2 bulan kemudian
ALHAMDULLILAH segala salah fahaman di antara Adam, Amir dan Nabila semuanya berakhir. Nabila dan Amir dapat menerima kenyataan bahawa tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan.
Hubungan aku dengan Nabila dan Amir menjadi lebih akrab. Adam dan Amir pula surprisingly menjadi teman baik. Malah Amir akan selalu memberitahu Adam tentang perkembangan aku sepanjang rawatan aku di sini. No hard feelings. Really?? Aku tidak percaya akan motto Adam tentang persahabatan mereka 'keep your friend close..keep your enemy closer'.
Sejak akhir-akhir ini, aku mula merasa tidak sedap badan dan kurang selera makan. Aku mengadu pada Amir tentang kesihatanku. Mungkin kerana penangan medication baru yang Amir berikan kepadaku tempoh hari maka side effectnya membuatkan aku mudah fatigue, kerana menurut Amir semua medication drugs mempunyai side effect samada mild ataupun tidak. Namun side effect yang Amir terangkan kepadanya bukan seperti yang Azalea alami.
Amir melakukan pemeriksaan rutin ke atas diriku. Periksa tekanan darah tinggi, refleksi dan lain-lain. Semuanya ok. Aku memberitahunya mungkin ia bersangkutan dengan ubatan baru yang di beri kepadaku tempoh hari.
"I don't think is the medication..," jawab Amir lalu bangun dari tempat duduknya.
Dia sudah memastikan ubat itu selamat untuk di ambil oleh Lea. Dia menuju kearah cabinet di belakangnya. Dari ujian test darah yang di ambil tempoh hari tiada terdapat sebarang keganjilan yang terdapat di sel-sel darah Azalea.
Perkiraan darah merah dan darah putihnya normal, malah dia ada membuat ujian lain ke atas darah Azalea. Semua bacaan dari makmal menunjukkan normal.
Jadi kenapa Azalea mengatakan dia merasa tidak sihat dan kurang selera makan. Setiap kali dia makan. Dia akan mengeluarkan makanan itu semula. Amir membaca fail Azalea ingin mengetahui ujian apa yang Azalea masih belum lalui. Amir mencapai plastic urine sterile sample cup lalu menyerahkan kepada Azalea.
"Urine sample?," tanyaku bila Amir menyerah plastic bag kecil di dalamnya terdapat bekas sample untuk ujian air kencing.
"Yes to check a standard urinalysis qualities of the urine (color, odor, pH, clarity, glucose, ketones, nitrates, proteins, etc.) and to see any presence of bacteria to rule out a urinary tract infection," jawab Amir lalu menekan interkom memanggil nurse yang bertugas untuk membantu Azalea untuk di bawa ke tandas.
Amir duduk di kerusinya semula sementara menunggu Azalea kembali ke biliknya untuk memberikannya sample air kencing. Dia meneliti record Azalea sekali lagi untuk memastikan bahawa dia tidak terlepas pandang apa-apa. Mungkin Azalea allergic pada kandungan yang terdapat didalam ubat yang di berikan.
Amir menaip sesuatu di komputernya. Mencari senarai ubat-ubatan Azalea yang pernah di beri selama Azalea mendapatkan rawatan darinya. Dia merasa tidak senang hati selagi tidak mengetahui akan sebab mengapa Azalea merasa tidak sihat kerana ujian yang di lakukan ke atas diri Azalea menunjukkan normal.
Perlukah Lea menjalani CT Scan sekali lagi. Amir menjadi tidak selesa bila memikirkannya. Dia khuatir ada penyakit lain yang membuatkan Azalea begitu dan kali ini melibatkan saraf otaknya.
Amir menoleh ke arah pintu bila Felisya menolak kerusi roda Azalea masuk kedalam biliknya. Azalea di tinggalkan di dalam bilik Dr. Amir. Felisya keluar membawa specimen air kencing Azalea untuk di berikan kepada makmal.
"It will take about 2 to 3 days in order to get the urine test result, you will only need to see me next week..I don't think you boleh teruskan the pisio rutin until you are better," ujar Amir lalu memandang wajah Azalea.
Dia tidak dapat memberi Azalea ubat yang lain, selain dari memberi Azalea nasihat supaya mendapatkan rehat yang secukupnya dan banyak minum air untuk mengelakkan dari dehydration.
"Drink 8 - 10 glasses of clear fluids every day. You can also sip fruit juices..try to eat prorridge atau toast bread or clear soup...elakkan dari makanan yang berminyak dan pedas..rest well..and if you still feel unwell..please give me a call ok..," terang Amir.
Dia risau melihat akan keadaan Lea. Apa-apa yang berlaku pada Azalea dia yang harus jawab pada Adam. He can't let it happen. Azalea dan Adam are his dear friend.
Aku hanya menganggukkan kepala perlahan mendengar arahan Amir. Aku berharap sakitku itu hanya kerana aku tidak cukup rehat dan kurang minum air masak. Aku benar-benar tidak tahan dan tidak bermaya kerana setiap kali apa yang aku makan akan membuatkan aku muntah semula.
****
PENERBANGAN dari Kuala Lumpur ke Singapura yang mengambil masa selama 40 minit, Adam rasakan begitu lama. Sepatutnya dia berangkat ke Singapura esok hari, kerana dokumentasi pelepasan rawatan dari Hospital untuk Lea hanya dapat disediakan esok, setelah pengarah pihak hospital menurunkan tandatangan.
Namun dia tidak sabar menunggu hari esok. Dia mahu membuat kejutan pada isterinya. Dia sengaja tidak mahu memberitahu isterinya tentang kedatangannya hari ini.
Adam ingin segera sampai ke Changi Airport dan terus ke pusat pisioterapi isterinya. Kerana menurut Amir, isterinya sudah mampu berjalan dan tidak memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak lagi.
Lea sudah boleh berjalan dengan bantuan knee braces. Saraf di kaki Lea sudah semakin kukuh dan kuat. Alhamdullilah..menurut Amir lagi Lea pasti dapat berjalan semula tanpa mengunakan braces.
Adam menyampaikan berita tersebut kepada Jasmine. Jasmine turut merasa teruja mendengar perkhabaran berita yang mengembirakan dari Adam mengenai mama Leanya. Dia merasa tidak sabar menanti kepulangan mama Lea.
Sudah terlalu lama mama Lea meninggalkannya. Dia terlalu rindu pada mama Leanya. Berbual di skype dan telefon sahaja tidak cukup dan puas untuknya melepaskan rindu. Dia mahu mama Leanya berada di rumah bersama dengannya. Dia mahu keluar bersama dengan mama Leanya seperti dahulu.
YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
RomantizmPersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...