Part 19

107 8 0
                                        

"KENAPA sayang menangis?,"

Aku tidak menjawab malah terus membenamkan mukaku ke dada bidang milik Adam sebaik sahaja aku membuka mata. Air mataku mengalir laju tanpa di tahan. Adam memelukku erat dan mengusap rambutku perlahan.

"Why you do this to me?," ujarku dengan suara tertahan-tahan. Walaupun tangisanku mula reda aku tidak dapat menahan sebak. Hatiku benar-benar sayu. Aku tidak sanggup kehilangan Adam. Adam terlalu baik. Aku sayangkan Adam.

"Syyyhh sayang, don't cry I'm here," pujuk Adam perlahan.

"I love you Adam, I can't live without you," ujarku seraya memandang tepat ke wajah tampan Adam. Adam memandangku dengan penuh kasih sayang.

"I love you too," jawabnya lalu tersenyum.

Airmataku mengalir perlahan bila Adam berkata demikian.

Aku membuka mata. Sinaran matahari menyinar masuk ke dalam ruang bilikku. Bilikku terasa sunyi. Aku menoleh ke kanan. Tiada Adam.

Lampu sisi masih bernyala kerana aku terlupa hendak mematikannya semalam. Aku tidak sedar bila aku terlena. Barulah aku sedar bahawa aku hanya bermimpi.

Adam tiada di bilikku semalam. Ah bagaimana aku boleh termimpikan Adam? Adakah aku sudah mula dapat menerima Adam dalam hidupku. Jika benar bagaimana hendak aku luahkan isi hatiku kepadanya. Adakah Adam akan dapat mencintai aku kembali?

Aku mematikan penghawa dingin lalu mencapai bathrobe tidak terus ke kamar mandi malah aku membuka pintu menuju kearah bilik Jasmine.

Pintu bilik Jasmine aku buka perlahan. Jasmine masih belum bangun. Aku mengurut kepalaku perlahan. Kepalaku terasa pening kerana kurang tidur.

Aku berjalan melintasi bilik Adam. Langkahku terhenti bila terasa angin sejuk yang keluar dari celah lubang pintu biliknya.

Air-cond di nyalakan? Ini bermakna Adam sudah balik dari Singapura? Hatiku melonjak gembira.

 

Aku memegang tombol pintu. Ingin mengucap selamat pagi kepadanya. Bukankah kau tak pernah berbuat demikian malah kau tidak pernah menghiraukannya. Bisik hati kecilku. Persetankan itu semua. Adam suamiku yang sah. Aku tidak perlu merasa malu untuk berbuat demikian.

Bagaimana sekiranya kau mendapati dia bersama dengan wanita lain?

Aku mengetap bibir menahan geram. Mungkin Adam tidak mengetahui bahawa aku tidak bekerja hari ini dan berani membawa wanita lain tidur bersamanya.

Lagipun aku tidak tahu Adam pulang ke rumah semalam kerana aku berjaga hingga hampir ke dua pagi dan Adam masih belum pulang lagi.

Dadaku berombak menahan kemarahan. Jika benar Adam bersama dengan wanita lain. Aku tidak akan mendiamkan diri.

Aku memulas tombol pintu dan terus menerjah masuk ke dalam bilik Adam. Mataku memandang kearah katil dan mendapati Adam masih lagi lena.

Adam tidak menyedari langsung aku menceroboh masuk ke dalam biliknya. Aku mendekatinya. Cuba mengintai di sebalik selimut tebalnya itu terdapat teman wanitanya.

Aku menyelak selimutnya perlahan agar Adam tidak terjaga. Aku mengeluh lega bila tiada bayang mahupun kelibat dia tidur bersama dengan wanita lain.

Aku merasa tidak puas hati dan cuba mengendap di bawah katilnya takut-takut wanita itu bersembunyi setelah menyedari bilik Adam diceroboh.

Aku mengeluh lega. Aku mendekati Adam. Wajah tampannya aku pandang lama. Tanganku terasa ringan ingin membelai rambut hitam keperangan milik Adam.

Bila secara tiba-tiba Adam membuka matanya perlahan. Aku tersentak terperanjat kerana tidak menyangka Adam terjaga. Adam terkejut bila terpandang wajahku.

"Are you ok?," ujar Adam separuh sedar lalu bangkit dari katil. Badannya yang tadinya berada di sebalik selimut tebal kini terdedah dan menyerlahkan lagi tubuh badannya yang sasa. Aku mengalihkan pandangan tepat ke wajahnya.

"I'm ok, just had a headache!," ujarku memberi alasan lalu duduk di atas katil di sisinya.

Aku tidak mahu Adam memikirkan bahawa aku menyelinap masuk ke biliknya kerana menyangka dia bersama dengan wanita lain.

"Are you sure?," ujarnya terpisat-pisat matanya masih kelihatan layu dan mengantuk.

Ikutkan hati ingin sahaja aku memeluk Adam erat dan mengatakan bahawa aku rindukannya.

Tapi aku tidak berbuat demikian kerana tidak mahu Adam menyangka aku gila, tiba-tiba sahaja berbuat demikian sedangkan selama ini aku tidak pernah.

Aku akan berbaik dengan Adam secara perlahan-lahan cuba menambat hatinya.

"It's ok you boleh sambung tidur, I won't disturb you," ujarku mahu bangun dari katil.

"You want me to send you to doctor...," ujar Adam lalu meletakan tapak tangannya ke dahiku spontan.

Sekali lagi aku tersentak bila Adam berbuat demikian. Badanku terasa kaku. Tidak berganjak dari katil Adam. Selama ini aku tidak pernah melayan mahupun menghiraukan kehendak Adam.

 

Adam tidak pernah memaksa malah dia turuti segala kehendakku dan bersabar dengan perangaiku. Hatiku tersentuh walapun aku selalu menyakitkan hatinya dia masih prihatin terhadap diriku.

"I'm ok, I just want to take the panadol from your toilet, mine dah habis," ujarku lalu bangun dari katilnya dan menuju kearah bilik mandi Adam.

Aku membuka cabinetnya mencari panadol. Sebaik panadol yang kucari sudah kutemui aku bergegas keluar dari bilik mandinya.

"Thanks for the panadol," ujarku tanpa menoleh kearah Adam.

"Lea..," tegur Adam.

Aku mematikan langkahku lalu menoleh ke arahnya.

"Feel free to come in here," ujar Adam lalu tersenyum. Walaupun dia kelihatan penat namun senyumannya itu bisa sahaja mencairkan hati wanitaku.

"Kalau I kehabisan panadol I datang sini lagi," jawabku selamba walaupun hatiku melonjak gembira di atas perlawaannya itu tapi aku masih belum bersedia untuk mengaku bahawa aku mula punya perasaan terhadap Adam.

Azalea Orkid (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang