Part 9

101 9 0
                                        

MAJLIS pernikahan kami ringkas dan sederhana sahaja, hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja yang kami undang. Hanya mak long dan pak long, Syafinas dan beberapa saksi dan keluarga Adam yang hadir ke rumah kami.

Jasmine turut berada di sisiku sepanjang acara akad nikah berlangsung.

Aku mengenakan kebaya sutera organza berwarna cream sedondon dengan selendang sutera chiffon disulami batu-batu Kristal dari warna yang sama.

Adam, kini suamiku mengenakan baju melayu cekak musang berwarna cream dipadankan dengan samping songket berwarna coklat gelap.

Adam Alfian kelihatan kacak dan segak bila mengenakan baju melayu. Syafinas dan Jasmine memuji aku kelihatan anggun dan cantik hari ini.

Aku hanya tersenyum tawar mendengar pujian mereka. Mereka tidak tahu semua ini hanyalah sandiwara semata-mata. Mereka tidak tahu rahsia disebalik pernikahan ini. Hanya Adam dan aku sahaja yang tahu. Kami berjanji tidak akan memberitahu sesiapa mengenai penjanjian kami.

"Eh Lea, suami kau beri salam kenapa kau tak jawab?," tegur Syafinas bila dilihatnya Lea hanya mendiamkan diri dan sedang berkhayal bila Adam memberinya salam tadi.

Aku tersentak.

"Waalaikumsalam," jawabku lalu menghulur tangan untuk mengucup tangan suamiku.

Aku hanya mengenakan inai instant. Kerana aku tahu inai instant hanya bertahan di kuku sehari dua. Aku tidak mahu teman sepejabatku tahu aku sudah berkahwin.

Adam tersenyum lalu mengucup mesra dahiku.

Jantungku berdegup kencang. Belum pernah aku bersentuhan dengan Adam.

Inilah kali pertama setelah kami sudah diijab kabulkan dan sah sebagai suami isteri.

Aku melirik kearah jari manisku yang kini tersarung sebentuk cincin berlian pemberian Adam sebagai mas kahwin.

Kami tidak punya dulang hantaran apatah lagi duit hantaran. Aku tidak mahu menerima apa-apa dari Adam kerana aku sedar aku tidak layak menerimanya.

Aku terpaksa berbohong kepada keluarga Adam bahawa aku sudah menerima wang hantaran dari Adam terlebih dahulu.

Adam tidak membantah dengan setiap syarat yang aku kenakan malah dia tidak banyak soal. Apa yang aku hendak dia sudah tunaikan.

Alhamdullilah majlis pernikahan dan kenduri kesyukuran berjalan dengan lancar.

Dalam sesi photography. Aku meminta jurugambar untuk mengambil gambar kami bernikah sahaja dan tidak mahu bergambar dengan pelbagai aksi gaya seperti pengantin biasa kerana aku mengatakan kami sudah puas bergambar outdoor tempoh hari, dimana aku berbohong juga kerana tiada pengambaran outdoor yang kami ambil untuk merakamkan gambar kami sebagai pasangan suami isteri.

Aku tidak mahu. Kenapa perlu membazirkan wang untuk bergambar olok-olok. Sekali lagi Adam hanya menurut tanpa banyak bicara. Sepertimana aku katakan tadi dia hanya menurut semua kehendakku tanpa sebarang bantahan.

"Pengantin..., tak tidur lagi ke sudah lewat malam ni?," usik Mak long bila melihat kedua-dua mempelai yang baru bernikah itu masih lagi sibuk membantu mengemas sebaik sahaja kenduri selesai.

Aku terkedu bila di usik sedemikian. Aku cuba berlagak biasa. Aku sempat menjeling kearah Adam yang berada tidak jauh dariku.

Aku tahu Adam dengar akan usikan mak long namun wajahnya kelihatan bersahaja juga. Adam sibuk membantu mencuci periuk belanga yang belum dibasuh. Kami berbalas pandangan.

Azalea Orkid (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang