AMIR menelefon aku mengatakan bahawa dia sudah mendapat maklumat dari ujian yang di lakukan ke atas diriku tempoh hari.
Aku tidak tahu mengapa hatiku mula berdebar-debar bila Amir berkata demikian. Berita baik atau buruk? Suara Amir di telefon kedengaran serious cukup membuatkan hatiku bertambah kecut.
Dan lagi, Amir mahu aku bertemunya di tempat pisioterapi dan bukan di pejabatnya. Dia mengatakan dia akan memberitahuku dan menunjukkan keputusan ujian tersebut di sana.
Aku cuba untuk tidak memikirkan tentang ujian itu. Apapun perkhabaran berita yang Amir bakal sampaikan pada aku, akan aku terima dengan tabah dan redha.
Aku bersyukur kerana dapat bergerak tanpa bantuan kerusi roda dan aku boleh berjalan mengunakan bantuan knee brace. Alhamdullilah...tapi kenapa hatiku merasa tidak senang dan panik. Ya Allah, Ya tuhanku berilah perkhabaran yang baik-baik sahaja pada diriku.
Aku berjalan perlahan lalu menolak pintu bilik gym tempat aku selalu menjalani latihan. Nabila tidak lagi menjadi teraphist ku kerana dia melanjutkan perlajarannya dalam bidang perubatan untuk mendapatkan Doctor of Physical Therapy degree di States. Aku di gantikan dengan teraphist bernama Alice.
Walaupun Alice seorang teraphist yang baik namun aku rindukan Nabila. Aku dan Nabila, kami sudah seperti kenalan lama dan aku enjoyed setiap kali menghadiri terapi bersamanya. Alice bagus juga, hanya Alice tidak seperti Nabila yang aku boleh jadikan teman berbicara.
Dari jauh aku lihat Amir sedang berbual dengan Alice seperti berbincangkan sesuatu dengannya. Amir tidak bekerja hari ini dengan cara pemakaiannya yang santai. Iaitu jeans dan kemeja plaid berwarna dark chocolate dari jenama Tommy Hilfiger. Amir menoleh ke arah ku. Tiada senyuman terukir di bibirnya, sepertimana dia selalu berikan kepadaku ketika menyambutku.
Aku merasa tidak senang bila dia berbuat demikian kerana ia memberi aku signal mengatakan bahawa dia hendak menyampaikan aku berita yang kurang baik. Hatiku berdebar semula. Jika berita yang tidak baik yang ingin di sampaikan, aku mahu Adam ada bersamaku.
Tapi Adam hanya kemari esok. Hampir 2 bulan lamanya aku tidak bertemu dengan Adam kerana dia perlu bekerja di luar daerah. Kami hanya dapat berhubung melalui telefon dan skype.
Amir berjalan menghampiri aku. Aku hanya mampu menelan air liur bila lelaki itu kelihatan serious sedari tadi.
"Today is your final assessment, as your physician I will do the assessment on you today, can you do your normal routine exercise?," tegur Amir memandang wajah Azalea.
"Ok," jawabku gugup bila Amir mengatakan dia akan mengantikan tempat Alice hari ini kerana hari ini merupakan hari terakhir aku menjalani terapi di pusat ini.
Aku akan menjalani terapi selama 2 jam di bawah pengawasan Dr. Amir. Aku melakukan senaman yang selalu aku lakukan di sini. Amir hanya memerhatikan aku dan sesekali dia mencatatkan sesuatu di dalam fail assessmentku. Kerana aku boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan therapist, Amir duduk di kerusi berada 2 meter jarak dari tempat aku melakukan senaman.
ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
Roman d'amourPersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...
