Part 27

98 9 7
                                    


2 tahun awal


"ADAM, what do you think of Lea?," tanya Orkid lalu memandang wajah kacak Adam Alfian.


Adam tidak menjawab malah tersenyum bila Orkid mengajukan soalan sebegitu padanya. That's so random. Dia tidak mengerti mengapa wanita itu tidak dapat menerima cintanya, malah Orkid beria-ia menyuruhnya berkenalan dengan adik kembarnya sendiri. Iaitu Azalea.


"Ok..., but I prefer you more than her," jawab Adam jujur lalu menutup majalah yang di baca awal tadi. Di waktu luangnya. Dia seringkali menemani Orkid di florist.


Orkid merasa tidak senang hati bila Adam berkata demikian. Dia tahu Adam sukakannya, dan Orkid sendiri sukakan Adam.


Namun suka Orkid terhadap diri Adam hanya sebagai sahabat. Dia tidak tahu kenapa dia tidak dapat menerima cinta Adam. Dia merasakan dirinya tidak layak untuk bergandingan dengan Adam. Adam teruna sedangkan dia janda beranak satu.


Walaupun Adam tidak pernah kisah akan status dirinya, tapi dia belum bersedia untuk menerima cinta dari mana-mana lelaki. Dia seakan sudah serik untuk berumahtangga lagi. Lagipun dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Walaupun dia tahu Adam jauh berbeza dari Taufiq.


"Adam, I tak sepadan dengan you," jawab Orkid lalu membetulkan bunga yang sudah siap digubah cantik. Orkid bangkit dari kerusi lalu membawa gubahan bunga segar itu ke dalam peti sejuk sebelum pelanggannya datang mengambilnya petang nanti.


"Why?? Am I not good enough for you?," jawab Adam kurang senang dengan alasan yang selalu Orkid berikan kepadanya bila dia meluahkan rasa hati kepada Orkid.


"Bukan begitu maksud I..., youlah calon yang paling layak untuk I jadikan suami, sekiranya I ingin mendirikan rumahtangga lagi, but right now I nak focus on my business and my daughter," terang Orkid sambil tersenyum.


Dia berharap Adam Alfian mengerti. Dia sukakan Adam. Adam lelaki yang baik dan penyayang. Satu dalam sejuta mungkin. 


Lelaki sebaik Adam sukar di perolehi zaman kini. Jasmine begitu sayang dan selesa bersama Adam. Malah Jasmine menganggap Adam seperti papanya sendiri, kerana dia tidak pernah mendapat kasih sayang dari arwah suaminya. Jadi kehadiran Adam dalam hidup Jasmine sedikit sebanyak memberi sinar dalam hidupnya. Malah Orkid sendiri senang berkawan dengan Adam.


Pada Adam, walaupun Orkid selalu menekankan bahawa hubungan mereka hanya sahabat biasa, namun Adam tidak pernah ingin persahabatan mereka terputus hanya kerana Orkid tidak menerima cintanya.


Dia merasa belas pada Orkid dan Jasmine. Dia selalu membantu mereka jika mereka memerlukan pertolongan. Sehingga teman-temannya menyangka bahawa mereka berdua adalah pasangan yang sedang hangat bercinta, walhal mereka hanya teman rapat biasa dan tidak lebih dari itu.


Sungguhpun begitu, Adam masih berharap Orkid akan berubah hati dan akan menerimanya satu hari nanti.

Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now