SEBAIK sahaja keluar dari balai pelepasan Adam sempat pergi menyinggah ke kedai florist yang terdapat di KLIA. Adam meminta florist menyediakan sejambak bunga "Gardenia's" putih untuk di berikan kepada isteri yang tersayang.
Dia bergegas ke carpark untuk mendapatkan keretanya. Tidak sabar hendak pulang ke rumah kerana terlalu rindu pada Lea dan Jasmine.
Dia sengaja tidak mahu menelefon ke rumah kerana hendak membuat kejutan kepada mereka. Sepatutnya Adam menaiki flight SilkAir terakhir dari Singapura ke KL.
Tapi setelah meetingnya habis awal dia meminta setiausahanya Lisa cuba mendapatkan flight petang. Alhamdullilah masih ada seat yang membolehkan Adam menaiki flight awal.
Adam memandu perlahan masuk ke dalam pengkarangan rumahnya. Sebaik sahaja enjin kereta di matikan. Dia mencapai bouquet gardenia dan overnight bagnya keluar dari kereta lalu menutup pintu.
Rumahnya sunyi tiada orang yang beristirehat di ruang tamu kerana sliding door di ruang tamunya tertutup rapat. Adam menuju ke arah pintu dapur.
"Assalamualaikum," ucap Adam kepada orang di rumah.
"Waalaikumsalam..eh Adam dah balik?," jawab Mak Limah yang sedang sibuk menyiapkan santapan minum petang di dapur. Dia terkejut kerana Adam sudah pulang.
"Sunyi saja rumah..mana Jasmine dan Della?," tanya Adam dia menarik kerusi lalu duduk.
Cuba melepaskan rasa penat seketika. Maklumlah sebaik sahaja touch down. Adam tidak lengah-lengah lagi untuk pulang.
"Della dan Jasmine pergi ke playground, Lea kat ruang tamu agaknya?," jawab Mak Limah lalu tersenyum.
"Ok Mak Limah saya pergi naik jumpa Lea," jawab Adam lalu tersenyum.
Dia mencapai jambangan bunga Gardenia dan overnight bagnya yang diletakkannya di atas meja ruang makan untuk di bawa naik ke atas.
Dia menuju ke arah ruang tamu. Lea tidak kelihatan berada di ruang tamu. Adam keluar mencari Lea di pool. Mungkin Lea berada di luar. Keliling dia mencari Lea. Namun bayang isterinya tidak kelihatan.
Mungkin Lea di bawa naik ke atas. Adam mendaki anak tangga menuju ke arah biliknya. Adam membuka pintu perlahan. Lea tidak kelihatan berada di bilik.
Adam membuka pintu luas. Dia merasa hairan Lea tidak berada di dalam bilik. Adam berjalan menuju ke arah kamar mandi lalu mengetuk pintu perlahan. Tiada jawapan.
Adam membuka pintu kamar mandi. Lea tidak berada di dalam. Adam mengerutkan dahinya. Kemana Lea? Pintu sliding door di balcony biliknya tertutup rapat.
Adam keluar dari bilik menuju ke arah bilik Jasmine. Pintu bilik Jasmine di buka. Dia merasa tidak sedap hati bila menyedari Lea tidak kelihatan di dalam biliknya mahupun di bilik Jasmine.

ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...