Part 12

90 8 0
                                        


SEPERTI di rancang awal tadi, aku Farah dan Jasmine keluar pergi ke Seasons mencari ice cream.


Jasmine gembira kerana dapat keluar bersama denganku hari ini. Sepertimana yang aku katakan tadi, aku jarang sekali keluar bersiar-siar dengan Jasmine.


Adam yang selalu membawa Jasmine keluar bersiar dan ke tempat-tempat yang Jasmine suka. Dan oleh kerana aku sudah menyakitkan hati Adam, maka Adam tidak jadi membawa Jasmine keluar hari ini. Adam meninggalkan rumah sebaik sahaja kami bertengkar tadi dan aku tidak menerima sebarang berita atau telefon darinya sejak tengahari tadi.


"What's wrong with you Lea? Hey! kalau aku dapat husband sebaik Adam, aku tak akan lepaskannya malah aku akan menyayanginya sepenuh jiwa dan raga...," ujar Farah dengan wajah yang bersungguh-sungguh.


Jasmine duduk di sebelah aku hanya mengekek kecil bila Farah berbuat demikian.


Walaupun dia tidak faham dengan apa yang Farah katakan awal tadi namun dari memek wajah Farah kelihatan lucu.


"Cut the crap!!... He will never love me," jawabku mendatar mengacau root beer float dengan straw dengan wajah bosan.


Yelah, dia berkahwin dengan aku pun kerana terpaksa dan demi memenuhi permintaan Orkid. Tak ada maknanya.


"Kau hanya bergurau kan??..., Kenapa kau cakap macam tu?," tanya Farah ingin tahu lebih lanjut mengenai masalah rumahtangga Lea. Apa yang menyebabkan hubungan mereka begitu.


"Dia cintakan Orkid, bukannya aku," jawabku lagi seperti orang putus asa.


Kenapa aku merasa demikian? Adakah aku cemburu pada Orkid? Cemburu kerana Orkid bertuah dapat memiliki hati Adam dan bukannya aku.


Dan Adam hanya cintakan Orkid. Dan aku tidak dapat menandingi Orkid. Orkid wanita yang memiliki peribadi yang baik, lemah lembut tidak seperti aku yang keras kepala dan tidak bertolak ansur.


"Tapi Orkid tiada lagi di dunia ni Lea??? Yang ada hanya kau, bukankah kau isterinya...tentulah dia sayangkan engkau," ujar Farah cuba menyakinkan Lea.


Dia tahu temannya Lea seorang wanita yang keras hatinya. Memang tidak di nafikan Lea cantik, akan tetapi dia terlalu keras hati dan tidak seperti kakaknya Orkid yang lemah lembut dan seorang penyayang.


"Tak ada maknanya dia cintakan aku Farah, aku dan Orkid kembar, wajah kami seiras, yang membezakan kami adalah perwatakan kami, Adam cintakan Orkid kerana perwatakannya yang keibuaan dan lemah lembut tapi perwatakan aku bertentangan dengan Orkid, aku keras kepala dan tidak pelembut seperti Orkid, aku tidak rasa Adam mahukan isteri yang degil macam aku," terangku untuk mensahihkan kenyataanku.


Yelah. Orkid senang di perdaya kerana dia lekas mempercayai pada orang manakala aku tidak mudah mempercayai orang.


"Entahlah Lea, kau ni memang keras kepala kan, bak kata orang muka lawa tapi keras kepala semua lelaki lari,"

Azalea Orkid (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang