Part 39

121 8 5
                                        

ADAM cuba untuk bangun dari katilnya. Pagi tadi selepas solat subuh dan bersarapan di rumah mamanya dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya sendiri.

Dia tidak dapat menelefon Lea semalam kerana selepas pulang dari klinik dan memakan ubat dia tidak sedarkan diri sehingga pagi.

Mamanya kalau boleh tidak membenarkan dia pulang. Namun Adam memujuk mamanya supaya tidak risaukan tentang dirinya kerana dia sudah merasa sihat sedikit setelah mengambil ubat doctor.

Dia meminta izin untuk pulang ke rumahnya bersama Jasmine. Dia telah memberitahu pembantunya Lisa bahawa dia cuti sakit hari ini dan berehat di rumah dan sekiranya ada perkara penting hubunginya di handphone.

Adam tersedar bila BBnya berdering nyaring. Dia mencapai BB lalu menekan butang.

"Sir...sorry to bother you, Mr. Zakaria perlukan plan yang you sediakan untuk meeting hari ini bersama Mr. Alex Wong. Do you have soft copy in your computer??," ujar Lisa serba salah kerana dia terpaksa menganggu majikannya kerana dia tidak menemui plan yang di minta Mr. Zakaria. Dia tahu Adam tidak sihat dari mendengar suaranya.

"I don't save it in office computer, the thumb drive is with me...Ermm pukul berapa meeting Alex Wong," tanya Adam.

"3.30pm..I can get the thumb drive from you," ujar Lisa menawarkan diri untuk ke rumah Adam mengambil thumb drive dari majikannya.

"It's ok..I will drop by soon..I need to discuss something with Zack also..," jawab Adam perlahan dia mencapai jam tangan yang terdapat di meja sisinya.

Jarum jam menunjukkan pukul 11.45 tengahari. Dia harus pergi segera untuk mengelakkan kesesakan during lunch hour.

"Ok sir," jawab Lisa lalu mematikan talian.

Adam bangun dari katil. Kepalanya terasa berpusing bila dia bangun mengejut begitu. Adam duduk di katil semula. Dia memejamkan matanya buat seketika cuba untuk menstabilkan dirinya sebelum berdiri lagi.

Dia merasakan virus flu yang dia alami teruk kali ini. Selalunya bila dimakan ubat doktor keesokan hari, Adam sudah boleh bekerja semula. Adam bangun dari katil perlahan. Dia mencapai wallet dan kunci keretanya lalu berjalan perlahan menuju ke pintu.

"Eh abang Adam tak kerja hari ni? You look so pale..abang Adam tak sihat ke??," tanya Della bila terserempak dengan Adam ketika dia hendak menuju ke bilik Jasmine.

"Abang tak berapa sihat hari ini...," jawab Adam cuba membuahkan senyum pada Della.

Sungguhpun dia sudah memberitahu Della bahawa Della tidak perlu kemari kerana Azalea berada di Singapura menjalani rawatan di sana. Della menawarkan diri untuk menjadi nanny Jasmine. Lagipun tiada apa yang hendak di lakukan di rumah. Jika di sini dia dapat menemani Jasmine dan menolong Mak Limah.

"Tak sihat..habis abang nak kemana ni??," tanya Della bila di lihatnya Adam seperti hendak keluar rumah. Adam mengenakan polo shirt berwarna putih dan berseluar jeans.

"Ke office sekejap ada kerja sikit," jawab Adam bila di tanya Della.

"Are you sure you can drive dalam keadaan begini...,

Adam tidak dapat mendengar apa yang Della katakan kerana dia merasa Della berada terlalu jauh darinya kerana suara Della terasa jauh samar-samar dan pandangannya mula terasa kabur.

"Eh..abang kenapa ni?? Mak Limah..bantu saya," ujar Della cemas bila Adam tiba-tiba rebah.

Nasib baik dia sempat menarik lengan Adam. Kalau tidak pasti Adam sudah terjatuh tadi. Della cuba menampung badan Adam, namun dia tidak mampu berbuat demikian tanpa bantuan orang lain. Mak Limah terdengar jeritan Della segera menaiki anak tangga menuju ke atas. Dia terperanjat melihat keadaan Adam.

"Mak Limah bantu saya..bawa abang Adam ke katil," ujar Della lalu meletak lengan Adam di bahunya. Mereka membawa Adam menuju ke katil. Mak Limah membantu membaringkan Adam di atas katil.

Della duduk di hujung katil. Dia merasakan badan Adam panas sekali. Della memeriksa nadi di pergelangan tangan Adam. Nadinya berdenyut lemah. Dia harus menurutkan suhu di badan Adam.

"Mak Limah..tolong ambilkan sahaja semangkuk air sejuk dari fridge dan tuala kecil," ujar Della.

Mak Limah menganggukkan kepala lalu pergi mendapatkan barang yang di pesan Della.

Della bergegas ke kamar mandi lalu membuka cabinet yang terdapat di kamar mandi mencari sesuatu. Della mencapai ice pack yang belum di buka dari kotaknya lalu mengeluarkan ice pack tersebut. Ice pack tadi di letakkan di atas dahi Adam sementara menunggu Mak Limah membawa barang yang di pesan.

Bila BB Adam berdering nyaring. Della menyeluk poket seluar Adam lalu mengeluarkan BB. Nama kak Lea tertera di Skrin BBnya.

                                                                                       

                                                                                            ****

"ASSALAMUALAIKUM..," ujarku sebaik sahaja telefon Adam di sambut.

"Waalaikumsalam..Kak Lea ini Della," ujar Della.

Aku mengerutkan dahi bila Della yang menyambut pangilan telefon Adam. Kenapa Della yang menyambutnya. Kemana Adam? Aku menghubungi Adam kerana semalam dia berjanji mahu menelefonku, tapi dia tidak telefon, mungkin kerana dia pulang lewat semalam.

Dan aku masih belum menerima pangilan darinya hari ini. Bila masuk tengahari Adam tidak menelefonku. Aku mula merasa tidak senang hati dan menjadi risau kerana dari suara Adam semalam dia semacam tidak sihat.

"Della, abang Adam tak kerja hari ini?," tanyaku ingin tahu.

"Abang Adam tak sihat kak Lea...dia pitam tadi, ni Della cuba bantu kurangkan suhu panas badannya," ujar Della mencapai mangkuk berisi air batu dari tangan Mak Limah. Tuala kecil itu di celup ke dalam air tersebut lalu memerahnya sedikit. Tuala kecil itu di letakkan di atas dahi Adam.

Della menarik comforter lalu menyelimut badan Adam hingga ke paras dada.

"Abang Adam tak sihat...kenapa Della tak call Doktor?? How's he??," soalku cemas.

Aku menjadi tidak senang hati mendengar berita dari Della. Ya Allah, bagai hendak terlucut jantungku mendengar keadaan Adam. Ingin sahaja aku terbang balik ke Kuala Lumpur tika dan saat ni untuk bersama Adam.

"Kak Lea...jangan bimbang, I'm trained nursed..Della akan menjaga abang Adam, abang Adam having viral flu..he need to rest well and take more fluid..I will ask him to call you once's he is awake," ujar Della cuba menenangkan kak Lea.

Dia tahu Kak Lea khuatir dan risau tentang keadaan abang Adam. Seperti apa yang di katakan tadi. Dia seorang nurse yang di latih. Dia boleh menjaga Adam.

Della mencapai bungkusan plastic putih yang terdapat di atas meja sisi. Ubat yang di beri doctor kepada Adam. Della berkira-kira berapa kali Adam mengambil ubat doctor. Dari apa yang dia baca dari arahan yang terdapat di plastic ubat tersebut. Adam harus mengambil setiap 6 jam.

"Thanks Lea," ujarku dengan perasaan sebak.

"No worries kak Lea..he's like my big brother, I will take care of him for you," ujar Della lalu tersenyum.

Dia tahu kak Lea merasa tidak senang hati bila dia menjaga Adam mungkin kerana dia terdengar akan perbualan di antara dia dengan Datin Fauziah tempoh hari. Dan di sebabkan itu Kak Lea mengambil keputusan untuk mendapatkan second opinion dari Doktor di Singapura agar dia cepat sembuh.

Demi Allah dia tidak punya niat hendak merampas abang Adam dari kak Lea. Dia tidak punya perasaan langsung pada abang Adamnya. Sepertimana yang dia katakan, abang Adam sudah dianggap seperti abangnya sendiri.

Azalea Orkid (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang