Part 46

115 8 5
                                    

TAXI yang di naiki Adam berhenti di hadapan taxi stand Hospital Mount Elizabeth tempat isterinya mendapatkan perkhidmatan dari doctor pakar Neurologist. Adam melirik ke arah jam di pergelangan tangannya.

Dia tidak pasti samada appointment Lea sudah berakhir ataupun belum, kerana dia tidak menghubungi Lea terlebih dahulu. Dia hendak membuat kejutan pada Lea. Adam membuat bayaran kepada pemandu teksi lalu keluar. Dia berjalan menuju kearah information counter meminta arah dari mereka untuk menuju terus ke Neurology klinik.

Setelah mendapat arah tuju untuk ke klinik Neurology. Adam menuju kearah lift untuk ke tingkat 4 dimana klinik itu di tempatkan. Mujur demamnya sudah kebah jika tidak dia tidak di benarkan Della untuk pergi ke Singapura. Adam mengerling kearah jam di tangannya sekali lagi jarum jam menunjukkan 2.30 petang. Pintu lift terbuka luas. Adam keluar tergesa-gesa bila pintu lif mahu tertutup semula.

"I'm sorry," ujar Adam bila dia tidak sengaja terlanggar seseorang yang mahu masuk ke dalam lift semasa dia keluar tadi. Fail yang di pegang lelaki itu jatuh di lantai dan beberapa document di dalam fail tersebut jatuh bertaburan.

Adam membongkokkan badannya membantu mengutip dokumen yang terjatuh di lantai lalu menyerahkan kepada orang yang di langgarnya tadi.

"In a hurry?..," tegur lelaki atau lebih tepat Dr. yang di langgar Adam lalu mencapai dokumen berserta fail dari tangan Adam.

"Just anxious..," jawab Adam jujur lalu memandang ke wajah Dr. lelaki itu.

Tidak sabar mahu bertemu dengan Dr. yang merawat isterinya. Adam melirik kearah name tag yang tersemat kemas di baju doktor yang di langgarnya tadi.

Ok!That's convienient..bisik Adam dalam hati 'pucuk di cita ulam mendatang' kerana Dr. yang di cari berada di hadapannya kerana name tag itu tertera nama 'Dr. Amir Samuel'. Dr. yang merawat isterinya Lea. Jadi benar apa yang di katakan Lea, Dr. Amir memang seorang doktor yang kacak dan bergaya. Dan disebabkan itu juga hatinya menjadi tidak senang bila mengetahui isterinya mendapat rawatan dari doctor kacak itu.

"Anxious??," soal Dr. Amir Samuel bila lelaki itu berkata demikian.

Dia tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini di kliniknya. Mungkinkah pesakit baru?

"Yes anxious..., you must be the Neurologist Dr., I'm Adam Alfian," ujar Adam ramah lalu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Dr. Amir Samuel.

"Yes..Do we have an appointment??," ujar Amir menyambut huluran tangan lelaki itu kerana lelaki itu tahu akan bidangnya.

Di jadualnya tidak terdapat sebarang temujanji dengan pesakit lain hari ini, selain dari Azalea. Dan temujanjinya dengan Azalea sudah berakhir satu jam yang lalu.

"No..actually, my wife have an appointment with you..Oh! My bad for not introducing myself earlier to you..I'm Azalea's husband," jawab Adam lalu tersenyum.

"Azalea's husband..," jawab Dr. Amir merasa terkejut bila lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai suami Azalea.

Oh gosh. Does he know that I'm trying to woo his wife? Hope not. I don't want to get into trouble with him.

"Yes..the one and only!," jawab Adam tersenyum puas kerana Dr. Amir Samuel kelihatan terpempan bila dia mengaku bahawa dia adalah suami Azalea. Sepertimana yang dia jangkakan. Guys will always be guys.

"Her appointment ends an hour ago..she's at the physiotherapy centre, but since you are here..why don't you come to my office and we can talked about her progress!," ujar Dr. Amir membalas senyuman lelaki itu.

Dia sebenarnya merasa sedikit gugup berdepan dengan suami Azalea. Jadi benar Azalea masih mempunyai suami. Dan dia merasa tidak selesa kerana mempunyai perasaan terhadap Azalea.

Melihatkan lelaki yang berdiri di hadapannya. Azalea tidak mungkin akan meninggalkannya. He's fine man. Semua sangkaan buruknya terhadap suami Azalea hilang kerana lelaki yang berada di hadapannya tidak seperti lelaki yang dia bayangkan. He looks like a responsible and sensible man.

"That would be good, I've miss all her appointments..and I would like to thanked you for taking care of her!," jawab Adam lalu berjalan mengekori Dr. Amir menuju kearah bilik pejabatnya.

"Doctors always care about their patients..," jawab Amir lalu tersenyum bila Adam berterima kasih kepadanya kerana menjaga Azalea. 

Dia dapat merasakan bahawa suami Azalea tidak begitu menyenanginya namun lelaki itu tidak menunjukkannya dengan ketara.

"I hope it just that..and not more," jawab Adam tersenyum lagi.

Amir tersenyum kelat bila lelaki itu seakan menyindirnya. Dia sukakan Azalea pertama kali dia terpandangkan akan wajah cantik pesakitnya itu. Dia sukakan Azalea bukan hanya kerana Azalea memiliki wajah yang cantik sahaja. Ia juga kerana Azalea seorang wanita yang cekal hati dan tabah.

Azalea wanita yang tidak mengenal erti putus asa. Semangat yang ada pada diri Azalea untuk berjalan semula membuatkan dia bertambah yakin bahawa dia suka pada wanita itu. Dia tidak tahu kenapa dia selalu jatuh cinta pada wanita yang tidak dapat membalas cintanya.

Dan tujuannya tadi mahu ke centre untuk bertemu dengan Azalea. Dia mahu membuat assessment mengenai perkembangan Lea dan dalam masa yang sama untuk membetulkan keadaan dan salah faham di antara mereka. Perbuataannya itu telah membuatkan Azalea merasa tidak selesa dan dia telah melanggar etika sebagai seorang doctor.

Dia merasa bersalah kerana membiarkan emosi menguasai dirinya. Tapi setelah dia sedar bahawa dia tidak mempunyai peluang langsung untuk terus cintakan Azalea kerana Azalea masih mempunyai suami. Dan ini bukanlah kali pertama cintanya di tolak.

Amir seperti sudah lali menerima kegagalan dan tidak perlu merawat hatinya kerana dia redha dengan ketentuan Allah. Dan tugasnya sebagai doctor untuk membantu pesakitnya sembuh dan bukan untuk perkara lain sepertimana yang dia katakan kepada suami Azalea tadi. 'Doctors always care about their patients'.

Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now