Part 43

95 9 9
                                    

AKU mengeluh berat bila Nurul mengatakan dia tidak dapat menjemputku dari pusat pisioterapi kerana kelas malamnya berakhir lambat. Aku mengerling kearah jam di tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 8.40 malam.

Ikutkan boleh sahaja aku menaiki teksi tapi oleh kerana hujan lebat. Taxi stand kelihatan kosong tanpa sebarang teksi. Terpaksalah aku membuat on-call dan waktu begini memang susah untuk mendapatkan teksi. Aku menolak kerusi rodaku berhampiran dengan teksi stand berharap agar ada orang yang berhenti di sini. Kalau begini caranya. Aku tidak tahu pukul berapalah aku dapat sampai ke rumah.

Jariku terasa ringan untuk mendial nombor handphone Adam. Namun aku batalkan niat untuk berbuat demikian kerana tidak mahu Adam risaukan tentang diri aku nanti. Lagipun esok Adam akan datang berkunjung. Tidak sabar rasanya aku untuk bertemu dengan Adam. Aku benar-benar rindukan Adam.

Aku berhenti mengelamun bila terdengar seseorang memanggil namaku. Aku memandang kearah depan di mana terdapat sebuah kereta Audi berwarna silver berhenti di Taxi stand.

"Azalea..," ujar si pemandu.

Aku cuba mengamati wajah si pemandu. Namun tidak berjaya kerana keadaan dalam kereta gelap dan dia tidak menghidupkan lampu di dalam.

"Eh Lea..you masih kat sini?? Mana Nurul?? Dia tak jemput you ke?," tegur Nabila dari belakang bila dia mendapati Azalea berada sendirian di taxi stand tanpa ditemani Nurul.

"Nurul ada kelas dia balik lambat..I tengah call taxi..biasalah hujan susah nak dapat," jawabku lalu tersenyum.

"Marilah kami hantar you pulang...call taxi pun tak guna, peak hours dan hujan susah nak dapat," ujar Nabila lalu menurunkan brek kerusi roda Azalea. Dia menolak kerusi roda Azalea menuju kearah kereta Audi milik Amir.

"Eh tak menyusahkan ke?? You dan Dr. Amir ada dinner plans..," jawabku serba salah kerana menganggu makan malam mereka.

"Dinner plans?? No lah..I selalu sangat keluar dengan dia..tak ada plan-plan punya," jawab Nabila dengan wajah selamba.

Amir keluar dari keretanya lalu membuka pintu penumpang di belakang.

"Sorry Dr. Amir I 've spoilt your dinner plan, thank you for sending me back home," jawabku merasa serba salah kerana dia terpaksa menghantar aku pulang dan makan malam mereka terpaksa di tunda.

"Ah No worries..I dah selalu sangat jumpa Nabila ni dah naik jemu..ni pun kerana terpaksa keluar dengan dia, sebab dah datang kemari," jawab Amir lalu menjeling kearah Nabila di sebelah.

"Jemu eh???..Sudahlah malas hendak layan you," jawab Nabila pura-pura marah lalu menepuk lengan Amir kuat bila lelaki itu berkata demikian. Amir mengosok lengannya perlahan bila di tepuk kuat oleh Nabila.

"Tengok kasar kan dia..I wonder how dia treat my patient during session, ada tak dia tolak atau tarik you,"

"Of course dengan patient I will be very gentle..dengan you tak payah..," jawab Nabila tersenyum lagi.

Aku tersenyum bila Dr. Amir mengadu tentang kekasaran Nabila. Hubungan Dr. Amir dengan Nabila seperti aku dengan Adam. Adam selalu menjadi mangsa cubitan aku bila dia mengusik aku. Adam seperti sudah lali dengan cubitan dariku. Malah jika aku terlupa untuk berbuat demikian dia dengan rela hati menghulur lengannya bila aku terlupa mencubitnya. Ah Adam! I miss him so much.

"Eh it's ok Dr. Amir, I boleh lakukan sendiri," ujarku bila Dr. Amir mahu membantu aku untuk masuk ke dalam perut keretanya.

Oleh kerana aku sudah membiasakan diri turun dan naik dari teksi semasa ke hospital dan pusat terapi aku sudah arif dengan teknik turun naik dari kerusi roda dengan cepat.

Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now