ADAM tidak berada di dalam bilik bila aku mendapati cik Limah sedang sibuk mengemas bilik tidurnya. Entah hingga pukul berapalah Adam berjaga untuk menyiapkan kerjanya. Aku tiba-tiba merasa kasihan pada Adam.
Kenapa aku berhati batu dan tidak menghargai jasa dan pengorbanan Adam terhadap kami selama ini? Malah aku selalu menyakitkan hati Adam dan mengecewakannya.
Jika Adam seperti lelaki lain, nasibku tidak sebaik ini. Kenapa aku tidak dapat menerima Adam? Adam terlalu baik. Adakah kerana aku cemburukan Orkid maka aku tidak mahu menerima Adam? Aku cemburu kerana Adam sayangkan Orkid? Ya Allah, kenapa aku harus merasa cemburu pada Orkid?
Aku menuju ke bilik Jasmine. Pintu biliknya aku buka. Jasmine masih tidur. Aku menutup kembali pintunya dan menuju ke arah bilik Adam dimana cik Limah sedang sibuk mengemas katilnya.
"Selamat pagi Lea," tegur mak Limah sebaik sahaja terpandang Lea berdiri di muka pintu.
"Pagi mak Limah," jawabku lalu duduk di sofa single yang terdapat di dalam bilik Adam sambil memerhatikan mak Limah membuat kerjanya.
"Adam bangun pukul berapa?," soalku ingin tahu.
"Dalam pukul 5.30 pagi, lepas solat subuh dia keluar," jawab cik Limah ringkas tangannya pantas menyusun bantal dan membetulkan cadar katil Adam pula.
"Ada dia pesan apa-apa pada mak Limah?," tanyaku lagi kerana Adam tidak pernah keluar rumah awal pagi.
Kerana rutin Adam, setiap hari sabtu dan minggu dia akan bersarapan pagi bersama kami. Tapi hari ini dia keluar. Kemana Adam pergi?
"Dia pesan tak payah siapkan sarapan untuknya kerana dia akan bersarapan di luar, mak Limah sudah sediakan sarapan pagi untuk Lea," jawab Mak Limah tanpa menoleh ke arah Lea.
Dia pun terasa pelik bila Adam keluar rumah awal-awal pagi. Selalunya dia akan bersarapan pagi di rumah.
Aku mengerutkan dahi merasa hairan. Selama aku berkahwin dengan Adam, inilah kali pertama dia tidak bersarapan bersama kami, terutama sekali pada hujung minggu.
Adam tidak akan ke pejabat. Dia selalu meluangkan masanya untuk bersama keluarga. Atau lebih tepat meluangkan masa bersama Jasmine, kerana aku jarang sekali berada di rumah.
Adam tahu aku sengaja berbuat demikian agar kami tidak bertemu. Kami seperti housemate yang hanya berkongsi rumah dan mempunyai tanggungjawab yang sama iaitu menjaga dan membesarkan Jasmine.
Kami bergilir-gilir akan membawa Jasmine keluar hujung minggu agar Jasmine tidak merasa bosan dan merasakan dirinya terabai dan kurang kasih sayang.
Kami tidak mahu Jasmine merasa kehilangan. Dan Adam memenuhinya tanggungjawabnya tanpa keluh kesah. Aku akui Adam seorang lelaki yang baik kerana dia menganggap Jasmine seperti anaknya sendiri. Jika lelaki lain belum tentu sebaik Adam kerana Jasmine bukan anaknya.
Minggu ini, giliran aku untuk membawa Jasmine keluar. Selalunya, walaupun giliran aku membawa Jasmine keluar. Adam pasti berada di rumah bersama kami.
Entahlah? Mungkin Adam sudah mula bosan dengan kehidupan rutin yang sama dan sudah bosan dengan perangaiku yang tidak pernah berubah.
Aku tersentak bila terdengar enjin kereta menderum masuk ke porch. Kedengaran pintu kereta di buka dan ditutup. Aku menuruni anak tangga berpura-pura mahu menuju ke ruang dapur.
Adam memandang ke arah aku.
Seperti biasa aku tidak menegur Adam. Adam juga tidak menegurku. Adam menanggalkan shade yang dipakainya lalu di letakkannya di atas meja dan duduk di atas sofa kepenatan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...
