Part 42

105 8 9
                                    

DARI jauh Amir memerhatikan pesakitnya Lea sedang menjalani terapi. Pesakitnya tidak sedar bahawa dia sedang di perhatikan kerana Amir tidak mahu menganggu ketika Lea berada di dalam session.

Lea menunjukkan perubahan positive setelah menghadiri beberapa session. Dahulu Lea tidak bisa bangun dan berdiri. Kini Lea berjaya bangun dan berdiri beberapa saat sebelum duduk kembali di kerusi rodanya. Pada Amir Itu adalah petanda yang baik. Lea pesakit yang gigih untuk sembuh dan berjalan semula.

Walaupun beberapa saat tapi ia adalah progresif yang bagus. Hari ini, dia tidak bertugas dan bercuti. Dia mengambil keputusan untuk ke spinal unit gymnasium dimana para pesakitnya menjalani terapi. Amir memilih Nabila untuk menjadi physiotherapist Lea kerana Nabila adalah kenalan lamanya dan Nabila senior therapist yang berpengalaman.

Melihat kesungguhan Lea. Amir tahu Lea seorang pesakit yang disiplin dan mahu cepat sembuh kerana Lea kelihatan bersungguh-sungguh bila menjalani terapi. Lea tidak pernah miss satu pun sesi terapinya.

"Hi Dr. Amir, you are on leave today?," tegur Nabila bila kenalan lamanya itu berjalan menuju ke arahnya bila menyedari lelaki yang datang menghampiri mereka itu adalah kenalan rapatnya Dr. Amir.

"Yes..dah lama tak visit you, Hi Azalea..how are you doing?" jawab Amir ramah lalu tersenyum kepada kedua-dua wanita itu.

Aku terperanjat bila Dr. Amir datang berkunjung. Kerana Dr. Amir tidak perlu hadir ketika aku menjalani terapi kerana ianya tidak terdapat didalam skopnya.

Aku membalas senyuman Dr. Amir. Dr. Amir kelihatan segak dan santai hari ini. Dia mengenakan jeans dan collar t-shirt berwarna light yellow.

"Visit?? Since when you visit??," ujar Nabila lalu tersenyum menyindir.

Amir tidak pernah bertemu dengannya di tempat kerja. Mereka selalu keluar atau makan bersama di luar. Dia dan Amir kenalan rapat maka dia tahu Amir bukan datang melawatnya tapi kerana sebab lain. Namun dia tidak pasti sebabnya apa.

"I do visit sometimes..., you yang tak tahu," jawab Amir tersenyum bila Nabila membuka tembelangnya.

Dia tahu Nabila sengaja berbuat demikian kerana dia dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena pada pandangannya.

"Oh really??? Maybe I ada memory lapse..so doctor can you cure me..?," usik Nabila. Dia menoleh kearah Azalea yang turut tersenyum bila dia mengusik Amir.

Patient yang di refer Amir hanya Azalea. Dia tahu sangat dengan cara Amir. Jika patient itu agak istimewa dan memerlukan lebih perhatian dan seseorang yang pakar sepertinya. Amir akan seboleh-boleh mahu dia yang kendalikan session terapi dengan pesakit itu dan bukan therapist yang lain. Bukan bermakna physiotherapists yang lain tidak bagus dan berpengalaman. Amir hanya perlukan special care darinya mungkin kerana dia teman rapatnya.

Dan Nabila bila setiap kali menerima memo dari Amir, dia sudah dapat mengagak bahawa Azalea adalah patient special Amir maka Amir memberikan tugasan itu kepadanya.

Amir tidak tahu bagaimana hendak bereaksi bila Nabila tidak henti-henti mengenakannya di hadapan Azalea.

"I can't stand her..you boleh tahan dengan perangai dia..did she treat you well??," ujar Amir mengalah kerana dia tidak dapat berlagak cool di hadapan Azalea bila teman Nabila terus terusan mengusiknya.

Aku hanya mampu tersenyum melihat mereka berdua mengusik di antara satu dengan lain. Dr. Amir dengan Nabila ada apa-apa ke? Mereka kelihatan mesra bersama.

Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now