Part 8

110 9 0
                                        



ADAM mematikan enjin keretanya sebaik sahaja kereta nya terpakir di porch rumah mamanya. Jasmine menanggalkan tali pinggang keledar.


Dia mencapai bag galas dan anak patung barbie yang di bawa bersama untuk ke rumah nenek Fauziah dan atuk Otteman. Jasmine suka dibawa ke sana kerana nenek dan atuk selalu memanjakannya.


Jasmine berlari menuju ke arah dapur kerana dia tahu neneknya pasti berada di dapur waktu-waktu begini untuk menyediakan makan tengahari. Adam menutup pintu kereta lalu menuju ke dalam rumah.


Lea membenarkan dia membawa Jasmine ke rumah mama dan papanya setiap hujung minggu. Azalea dan Orkid bukan orang asing lagi pada mereka, kerana mama dan papa sudah menganggap Azalea dan Orkid anak angkat mereka dan sudah menganggap Jasmine seperti cucunya sendiri.


"Nenek buat apa tu?," sergah Jasmine dari belakang nenek Ogynya. Dia mencapai tangan nenek lalu mencium tangan nenek Ogynya.


"Eh cucu nenek sampai rupanya..bila sampai? Nenek tak dengar bunyi kereta papa Adam pun?..Ah Adam kenapa tak beritahu hendak datang hari ni..mama belum sempat masak pun..kesian cucu nenek lapar nanti," ujar Datin Fauziah sebaik sahaja terpandang wajah anak bujangnya.


Dia mencubit pipi Jasmine mesra. Jasmine hanya ketawa bila nenek Ogynya berbuat demikian. Adam mendekati mamanya lalu mencium tangan mamanya.


"Adam tak bercadang nak datang tadi..tapi dah terlanjur keluar, Adam kemari ada perkara hendak dibincangkan dengan mama, papa mana ma?," ujar Adam lalu menarik kerusi meja makan lalu duduk. Kunci kereta di letakkan di atas meja.


"Bincang apa? Papa ntah ada kat atas agaknya tu," jawab Datin Fauziah acuh tak acuh kerana dari tadi tidak nampak muka suaminya, mungkin dia berada di bilik study room.


Dia membawa Jasmine duduk di kerusi meja makan di mana terdapat sayur-sayur yang hendak di siang dan di masak hari ini.


Puan Fauziah memberi Jasmine setangkai kacang panjang. Dia menunjukkan cara kepada Jasmine bagaimana hendak mematahkan kacang panjang itu untuk di jadikan lauk asam rebus sayur kacang. Jasmine suka bila dia diberi peluang membantu nenek Ogynya memasak.


"Eh cucu atuk ada? Bila sampai?..," tegur Dato Otteman bila dilihatnya Jasmine sedang leka menolong neneknya mematahkan kacang panjang.


"Baru aje sampai atuk," jawab Jasmine lalu bangkit dari kerusi lalu mencium tangan atuknya.


"Oh baru sampai..nak tunggu nenek kamu habis memasak laparlah kita..meh ikut atuk kita pergi KFC," ujar Dato Otteman lalu tersenyum.


Dia menghulurkan tangannya kepada Jasmine. Tadi dia terdengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumahnya. Bila menyedari kereta itu milik Adam. Dia tahu Jasmine pasti di bawa datang bersama.


Dato Otteman suka melayan cucu angkatnya Jasmine kerana rumah besar banglo milik mereka hanya mereka berdua termasuk pembantu rumah yang tinggal.


Hendak tunggukan Adam berkahwin dan dapatkan cucu untuk mereka lambatlah kerana anaknya masih belum bersedia untuk berkahwin lagi. Kehadiran Jasmine sedikit sebanyak membawa seri pada rumah mereka.


"Yes...KFC..Jasmine boleh ikut atuk tak papa?," tanya Jasmine lalu menoleh ke arah papa Adam yang sedang duduk mengadap nenek Ogynya.


"Pergilah papa tunggu Jasmine balik ok..tapi jangan nakal-nakal kesian atuk nak kena kejar Jasmine nanti," pesan Adam kepada Jasmine.


Jasmine hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Jasmine berlalu ke ruang tamu bersama atuk Ottemannya.


Adam mengalihkan pandangan ke wajah mamanya semula.


"Apa yang kamu hendak bincangkan Adam?," tanya Datin Fauziah lalu memandang wajah Adam.


Dia mencapai seketul bawang merah dikupas kulitnya lalu di hiris nipis.


"Saya hendak bernikah dengan Azalea," jawab Adam ringkas tidak berdolak dalih atau bahasa berbunga-bunga seolah-olah perkara yang hendak dibincangkan hanya perkara biasa sahaja.


Datin Fauziah berhenti dari memotong bawang lalu memandang wajah Adam lama cuba mendapatkan kepastian bila Adam mengatakan dia mahu bernikah dengan Azalea makcik Jasmine.


Apa benar Adam sudah bersedia untuk berumahtangga? Dahulu semasa dia bersama Orkid, susah pula untuk dia menyatakan hasratnya untuk bernikah dengan wanita itu.


"Bernikah dengan Lea?? Betul Adam hendak bernikah dengan Lea?," tanya Datin Fauziah lalu tersenyum.


Setahu dia, Adam sukakan Arwahyahamah Orkid, kerana Orkid wanita yang di perkenalkan sewaktu mereka berkawan dahulu.


Jasmine dan Azalea hanya di perkenalkan kemudian setelah hubungan mereka semakin intim dan serious. Dia dapat merasakan bahawa Azalea tidak begitu menyenangi Adam.


Mungkin sebab Azalea berperangai begitu kerana mahu mengelakkan diri dari disalah fahamkan oleh orang lain, takut orang lain akan menyangka bahawa dia adalah Orkid kerana mereka berdua benar-benar kelihatan serupa.


Dia sendiri tidak dapat membezakan yang mana satu Orkid dan yang mana satu Azalea bila kedua-duanya duduk bersebelahan bersama.


Ketika Adam bersama dengan Orkid dahulu, Azalea jarang sekali mahu turut serta dalam aktiviti mereka sekeluarga kerana dia suami isteri sudah menganggap Orkid dan Jasmine seperti keluarga angkatnya dan Azalea tidak terkecuali.


Azalea hanya menghadirkan diri bila dia dipaksa oleh Orkid. Azalea tidak mahu terlalu rapat dengan teman lelaki kakaknya sendiri. Tapi setelah Arwahyahamah telah tiada. Adam mula rapat dengan Lea. Dan mungkin sudah tertulis jodoh Adam dengan Lea dan bukannya dengan Orkid.


"Sudah jodoh saya dengan Azalea mama, kita hanya boleh merancang namun Allah yang menentukan," jawab Adam mendatar.


Tidak mungkin dia akan menceritakan kepada mamanya akan perjanjian dia dengan Azalea. Dia lakukan ini semua demi Jasmine. 

Azalea Orkid (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang