ADAM melonggarkan tali lehernya sebaik sahaja enjin kereta di matikan. Dia benar-benar terlupa akan charity dinner untuk persatuan arkitek seluruh Malaysia yang di adakan di Hotel Sheraton. Kalau tidak diingatkan setiausahanya Lisa tadi, pasti dia tidak dapat hadir.
Dia membuka boot kereta lalu mengeluarkan suit Ermenegildo Zegna yang ditempahnya kelmarin. Dia tidak sempat hendak memilih baju apa yang sesuai. Adam terperanjat bila lampu di ruang tamu dinyalakan.
Lea berada di rumah?
Dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 7.45 malam. Hari sabtu malam minggu Lea berada di rumah? Pelik.
Adam mengerutkan dahinya hairan. Lea sakitkah? Adam bergegas menuju kearah pintu dan menyeluk sakunya untuk mencari anak kunci bila tiba-tiba pintu di buka dari dalam. Azalea berdiri tercegat di hadapannya.
"Lea hendak pergi ke mana?," tanya Adam matanya memandang ke wajah isterinya tanpa berkelip.
Terpegun melihat kejelitaan Lea pada malam ini. Lea mengenakan evening dress berwarna light blue. Wajahnya di dandan rapi.
Jika Lea mahu keluar dengan kelihatan seksi dan cantik sebegini dia sanggup melupakan dinner persatuannya. Dia tidak akan membiarkan Lea pergi bersama teman-temannya. Dan dia tidak rela lelaki lain berdampingan dengan Lea selain dirinya.
"I tak pergi mana-mana? Malam ni kan anniversary kita!," jawabku lalu tersenyum manis.
Aku tahu Adam terpegun melihat diriku malam ini. Masakan tidak apa mimpi aku hendak berdandan dan memakai evening dress hanya untuk makan malam bersama Adam yang tidak pernah aku pedulikan selama ini.
Lidah Adam kelu untuk berbicara. Dia tidak pasti bahawa dia sedang bermimpi atau dia sedang berkhayal bila Lea berkata demikian.
Belum pernah Lea sebaik hari ini dengannya. Selama ini, layanan yang diberikan Lea dingin. Lea tidak pernah ingat mahupun hiraukan hari-hari penting dalam hidup mereka kecuali hari lahir Jasmine.
"You ada dinner malam ni??," ujarku bila perasan Adam memegang suit hitam tailor dengan suitcasenya.
"Charity Dinner, black tie!," jawab Adam dengan wajah serba salah.
Matanya tidak lepas dari memandang Azalea. Isterinya kelihatan cantik sekali malam ini. Jika dia tahu Lea mahu menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Adam tidak akan pergi ke Charity Ball dan Adam akan menempah restaurant candle light dinner untuk meraikan hari istimewa mereka bersama.
Adam tidak berbuat demikian kerana dia menyangka Lea tidak mengingati atau tidak ambil peduli tentang Anniversary mereka. Dia sangka Lea akan keluar dengan teman-temannya malam ini.
Tapi Lea tidak keluar dengan teman-temannya dan mahu meraihkan hari ulangtahun perkahwinan mereka bersama.
Adam benar-benar tidak percaya dengan apa yang di dengar. Adakah Lea sudah dapat menerimanya. Jika benar dialah orang yang paling bahagia sekali malam ini.
"I'll guess you better go..," jawabku merasa sedikit kecewa kerana Adam terpaksa pergi menghadiri Charity Ball persatuannya.
Segala usahaku hanya sia-sia. Sangakaku hari ini adalah hari yang sungguh bermakna buat kami berdua, kerana aku sudah berjanji untuk berubah.
Aku mahu mencintai Adam dan menerimanya sebagai suamiku. Aku tidak mahu lagi menyakitkan hatinya. Adam terlalu baik untuk aku. Walaupun aku terpaksa menerima hakikat bahawa Adam hanya cintakan Orkid dan bukan diriku.
Apa benar dia tidak bermimpi? Jika ianya mimpi dia tidak ingin sedar dari mimpi ini. Apa benar wanita yang berada di hapadannya itu Lea, isterinya?
Melihatkan Adam hanya mendiamkan diri aku ingin menuju ke bilik bila tiba-tiba Adam menarik tanganku perlahan. Aku tersentak lalu memandang wajahnya
"Care to be my date tonight?," ujar Adam lalu memandang tepat kearah anak mataku.
Aku merasa gugup bila Adam berkata demikian. Belum pernah aku merasa gugup di hadapan mana-mana lelaki, tidak kiralah lelaki yang aku sukai atau lelaki yang sehebat Adam. Belum pernah jantungku berdegup kencang.
Belum pernah hatiku tersentuh bila mendengar kata-kata romantis dari lelaki yang pernah kukenali dahulu. Sungguh belum pernah! Kerana hatiku tidak selemah wanita biasa yang akan cair bila tiap kali lelaki merayu.
Malah ramai mantan teman lelakiku yang pernah berkata aku tidak mempunyai perasaan seperti wanita biasa hanya kerana aku tidak pernah merasa seperti mana aku rasakan sekarang. Aku dapat merasakan seolah-olah kupu-kupu berada di dalam perutku.
"You don't mind!!..., I mean, what about your date?, I'm sure you dah arrange everything!," ujarku cuba mengawal perasaan gembiraku.
Aku tidak mahu Adam tahu bahawa aku sebenarnya gembira dengan perlawaannya itu. Aku belum pernah menghadiri dinner mahupun apa-apa function bersama Adam sejak kami menjadi suami isteri.
Adam banyak kali juga mengajakku namun aku menolak perlawaannya bulat-bulat kerana aku tidak mahu kenalan atau teman-teman Adam mengetahui bahawa aku isterinya. Lagipun aku tidak pernah menganggap Adam sebagai suamiku sebelum ini.
"To be honest, I terlupa langsung mengenai dinner malam ni and I tak ada date, but too bad I still have to attend this dinner," jawab Adam tersenyum lagi. Dia berharap benar Lea dapat menghadiri majlis itu bersama dengannya.
Sudah lama dia berdoa dan mengimpikan agar Azalea dapat menerimanya. Adam merasa begitu teruja akan perubahan Lea. Dia benar-benar bersyukur.
Adam tidak akan membebankan fikirannya dengan keadaan akan kembali normal dan Lea akan kembali kepada perangai asalnya. Adam tidak mahu memikirkannya.
Adam tidak kisah jika Lea hanya baik padanya malam ini sahaja, yang penting Lea mahu bersamanya dan menunjukkan bahawa Lea sudah mula menerimanya.
Dia dapat merasakan ini adalah langkah awal yang dapat merapatkan lagi hubungan mereka suami isteri. Adam berbesar hati dapat berdampingan dengan Azalea isterinya sendiri hari ini, dan bukan teman sekerja mahupun kenalan wanitanya yang lain.
"Ok.., I nak ambil kasut I," jawabku ringkas lalu tersenyum, aku melangkah menuju kearah anak tangga di temani Adam.
"Give me 30 minutes, I will be ready by then," jawab Adam agak tergesa-gesa mendaki anak tangga.
![](https://img.wattpad.com/cover/224608589-288-k138663.jpg)
YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
Roman d'amourPersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...