ADAM duduk di salah sebuah bangku yang berdekatan dengan Super tree grove. Dia tidak tahu mengapa tempat ini menjadi pilihannya setiap kali dia kemari. Mungkin kerana keindahan dari cahaya lampu yang dihiasi di pokok gergasi itu. Dia pernah membawa Azalea kemari sekali.
Isterinya Azalea turut akui akan keindahan tempat ini. Bukan sahaja tempat ini menarik dengan pokok gergasi itu. Ia juga menarik kerana tempat ini di hiasi dengan pelbagai jenis bunga dan ianya indah seperti sebuah taman besar yang di penuhi bunga-bunga segar dan berwarna-warni.
Adam tidak tahu kenapa dia berada di sini. Dia tidak tahu kenapa dia merasa tidak selesa melihat Azalea bersama dengan Amir. Dia cemburu melihat kemesraan Lea dengan Amir. Walaupun Lea tidak memberitahunya apa-apa mengenai Amir. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang di sembunyikan Lea dari pengetahuannya. Adam tidak tahu kenapa dia merasa dirinya tergugat tiap kali mengenangkan isterinya di rawat Dr. Amir.
Dia cuba untuk menghapuskan segala prasangka buruk terhadap Azalea dan Dr. Amir namun dia tidak dapat berbuat demikian kerana merasa insecure. Dia sepatutnya bersemuka dengan Azalea dan Amir siang tadi, namun dia tidak berbuat begitu malah dia mengambil keputusan untuk tidak berhadapan dengan mereka.
Adakah perbuataannya itu betul? Mungkinkah hubungan mereka tidak lebih dari seorang teman dan dia hanya tersalah sangka? Adam tidak mahu kehilangan Azalea. Dia cintakan Azalea.
"Assalamualaikum..abang," tegurku sebaik sahaja berdiri di belakang lelaki yang sedang duduk di bangku berhadapan dengan Supertree. Aku tahu itu Adam melihat cara dan pisikal lelaki itu.
Adam tersentak lalu menoleh ke belakang bila seseorang memberinya salam. Dia terkejut bila menyedari wanita yang memberinya salam itu adalah isterinya Azalea.
"Lea? Buat apa disini? Macamana Lea tahu abang berada di sini?," ujar Adam terperanjat lalu mendekati isterinya.
Bagaimana Lea tahu dia berada di Singapura? Dan bagaimana Lea tahu dia berada disini? Dan isterinya datang ke mari bersendirian tanpa di temani sesiapa.
Lea dapat berjalan semula. Alhamdullilah! Adam segera mendapatkan Lea lalu memeluk isterinya erat. Rindu pada Lea tidak dapat di gambarkan.
Aku membalas pelukan Adam kerana aku terlalu rindu padanya. Air mataku mengalir lagi kerana dapat bersama semula dengan suamiku, Adam. Aku benar-benar takut akan kehilangan Adam.
"Abang jangan tinggalkan Lea," ujarku perlahan menahan sendu. Aku memeluk Adam erat tidak ingin lepas dari pelukannya.
"Tidak sayang..abang tak akan tinggalkan sayang, abang minta maaf..I just need to clear my mind..I don't have the intention to make you worried..I'm so sorry," jawab Adam merasa bersalah bila isterinya bersangka demikian.
Dia tidak tahu bagaimana Lea mengetahui di mana dia berada. Semasa dia meninggalkan pusat pisio Lea tidak perasankan dia.
"Please don't do that ever again..," ujarku lalu memandang wajah Adam.
YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...