"HI Lea, you jadi keluar malam ni??," tegur Adam Alfian sebaik sahaja terserempak dengan Lea di dapur rumahnya. Orkid dan Lea sudah biasa ke rumahnya. Mereka rapat dan sudah seperti sebuah keluarga. Jika dia tidak membawa Orkid dan Jasmine berjalan di luar. Dia selalu mengajak mereka ke rumahnya. Jasmine suka berenang di kolam mandi di rumahnya.
Hari ini Lea meminta Adam menjagakan Jasmine untuknya kerana Orkid tidak berada di rumah dan dia pula hendak keluar bersama teman-temannya. Adam mempunyai pembantu rumah Mak Limah yang turut membantunya menjaga Jasmine di rumah sementara dia keluar dan Orkid ke luar bandar.
Kebetulan Adam hendak mengambilkan milo untuk Jasmine dan menyedari Lea turut berada di dapur sedang mengambil sesuatu dari peti sejuknya. Matanya memerhatikan Lea dari atas ke bawah. Dia merasa tidak selesa melihat apa yang di pakai Lea malam ini kerana pada Adam ia benar-benar seksi.
Aku tidak merasa hairan bila Adam memandangku sebegitu. Man, what do you expect!
So Adam is not as decent as I've thought kerana dia memandang aku sepertimana lelaki lain akan memandang bila berdepan dengan wanita cantik lagi seksi.
Typical man. Pantang melihat wanita cantik dan seksi. Aku mengenakan tank top sequin berwarna silver dengan skinny pants berwarna hitam.
Sexy. Bezanya aku dengan Orkid. Orkid, she likes to dress simple and modest. Aku pula fashionable and bold. Kalau tidak bagaimana Shafinas mendapat tips mengenai fashion dari aku.
Dan aku memang kelihatan sexy malam ini. Dan aku juga tahu Adam sebagai seorang lelaki tulen pasti akan merasa terpegun melihat kecantikan aku.
"Yeah..., pergi clubbing with my boss and other colleagues," jawab ku dengan wajah selamba lalu membuka penutup tin ice lemon tea yang aku ambil dari peti sejuk tadi untuk menghilangkan dahaga.
"And you wearing that..?," tegur Adam Alfian seperti seorang abang menegur adiknya bila dia berpakaian begitu. Lea benar-benar mahu keluar memakai pakaian sebegitu. Orkid tidak pernah menegur Lea cara dia berpakaian?
"Yeah, what's wrong? Tak boleh? Siapa you untuk menegur cara I berpakaian," jawabku kurang senang dengan intonasi suara Adam Alfian seolah-olah mahu mengajarku bagaimana hendak berpakaian sesuai.
Dia siapa dia? Belum menjadi abang ipar aku sudah berlagak. Tolong sikit!
Adam Alfian mengelengkan kepalanya perlahan bila mendengar jawapan dari Lea. Dia tidak dapat mengawal diri dari membuat komen sedemikian kerana dia tidak layak berbuat demikian. Dia sedar dan juga tahu adik Orkid, Lea tidak begitu menyenangi kehadirannya dalam hidup mereka. Lea tidak mempercayainya.
Adam tahu Lea begitu protective when comes to Orkid dan Jasmine. Adam tidak menyalahkan Lea kerana Lea berhak merasa curiga akan lelaki baru dalam hidup Orkid, kerana Lea sayangkan Orkid dan Jasmine.
Tapi tidakkah Lea tahu bahawa Adam benar-benar ikhlas menerima Orkid. Adam mengerti Lea memerlukan masa untuk menerimanya dalam keluarga. Dan dia cuba untuk menambat hati Lea.
ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
CintaPersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...
