SEJAK dari hari itu Adam seakan sedar bahawa usahanya untuk mengambil hati aku tidak berhasil kerana aku tidak mahu dia berbaik sangat dengan aku. Sedar tidak sedar kami sudah berumahtangga hampir 7 bulan lamanya.
Aku tidak mahu terlalu banyak makan budi Adam. Walaupun lelaki itu ikhlas dan tidak kisah dengan apa yang dia beri atau buat untuk aku dan Jasmine. Benar kata Orkid, Adam seorang lelaki yang baik. Tentang itu, aku tidak menafikannya.
"Mama Lea, bila kita boleh pergi jalan-jalan??," ujar Jasmine lalu memandang wajahku.
Kaler pensil yang dipegangnya di letakkan di atas meja. Sudah lama dia tidak keluar berjalan bersama mama Leanya.
Asyik keluar dengan papa Adam sahaja. Bukan dia tidak suka keluar bersama dengan papa Adam, dia suka. Cuma dia hendak juga keluar berjalan dengan mama Leanya atau keluar bertiga bersama sebagai sebuah keluarga.
Aku menoleh kearah Jasmine. Wajah anak kecil itu ku pandang dengan belas. Sejak aku mengambil tugas sebagai mama Jasmine, kami jarang sekali keluar bersiar-siar bersama. Aku terlalu sibuk dengan tugasku sehingga tidak punya masa untuk membawa Jasmine keluar berjalan-jalan.
"Sorrylah sayang, mama Lea sibuk minggu ni, apa kata kita keluar minggu depan, Erm..kita pergi theme park hendak tak?," ujarku lalu menjeling kearah Adam yang sedang leka membaca suratkhabar.
"Yay!!...., Sayang mama Lea, papa Adam pun pergi sama kan mama?," tanyanya lagi dengan wajah ceria. Seronok bila mama Leanya berjanji akan membawanya ke theme park.
"Papa Adam?? Mama Lea tak tahu samada papa Adam sibuk atau tidak minggu depan," ujarku seraya menoleh kearah Adam.
Terdengar akan perbualan di antara Lea dengan Jasmine. Adam meletak suratkhabar yang dibaca awal tadi.
"Untuk Jasmine, sibuk macamana pun papa Adam akan luangkan masa," jawabnya lalu mengukir senyum.
Pipi Jasmine di cubit perlahan. Jasmine turut tersenyum bila Adam berbuat begitu.
Aku menjeling meluat bila Adam berkata demikian. Sengaja hendak membuatkan aku naik darah. Aku sedar Adam lah yang banyak meluangkan masa bersama dengan Jasmine. Lagipun Jasmine tidak berapa rapat denganku. Dia tahu aku tegas orangnya manakala Adam banyak memanjakannya.
"Papa go and change first ok," ujar Adam tersenyum lalu mendaki anak tangga menuju ke biliknya kerana ingin bersiap-siap untuk keluar bersama Jasmine.
Bila giliran Adam untuk membawa Jasmine keluar, aku tidak pernah ikut sama. Aku akan ke gym atau keluar berjalan sendiri. Biarlah Adam meluangkan masa bersama dengan Jasmine. Kekadang Adam membawa Jasmine ke rumah mama papanya.
Aku tersentak bila loceng rumah bunyi bertalu-talu. Aku bangkit dari kerusi lalu menuju kearah tingkap berdekatan. Langsir ku selak untuk mengetahui siapa yang datang. Terpakir sebuah kereta Honda berwarna putih dan seorang wanita berdiri di hadapan gate menekan loceng.
"Farah?," bisikku dalam hati.
Dia dah pulang dari UK?. Macamana dia tahu aku tinggal sini? Ah pasti Farah mendapat alamat rumahku dari mak long. Aku membuka pintu dan menuju kearah gate.
"Hi Lea!," ujar gadis tinggi lampai itu tersenyum sebaik sahaja terpandang wajah teman baik lamanya Lea.
"Farah bila kau balik dari UK? Mana kau tahu aku tinggal sini?," ujarku lalu memeluk Farah erat. Kami berbalas pelukan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...
