AKU merasa tidak senang hati dan resah gelisah sejak beberapa hari ini, sejak Adam ke Singapura. Aku cuba untuk tidak memikirkan tentang Adam dengan kedua-dua wanita yang aku temui.
Siapa mereka di hati Adam? Kerana ego aku tidak bertanya kepada Adam siapa wanita-wanita itu, kerana aku mahu menunjukkan kepada Adam bahawa perbuataannya itu tidak menyakitkan hati aku, malah aku tidak merasa kisah.
Namun, hakikatnya aku tidak senang hati bila mengetahui Adam sudah mempunyai ramai kenalan wanita. Aku tidak bertemu dengan Adam pada hari dia berlepas ke Singapura.
Tiada sebarang berita mahupun pangilan telefon dari Adam sejak dia ke Singapura. Kenapa Adam tidak menghubungi aku? Aku tidak pernah segelisah sebegininya. Apa yang aku gelisahkan?
Kenapa aku tak senang duduk pulak. Bukankah aku tidak pernah ambil peduli tentang diri Adam. Ini bukan pertama kali dia out-station sudah banyak kali. Malah pernah dia out-station selama dua minggu aku tidak pernah risau mahupun menanti panggilan telefon darinya. Ah aku cuma risau kerana Jasmine asyik bertanyakan tentang Adam. Kenapa papa Adamnya tidak menghubunginya.
Aku mencapai cordless telefon dan mula mendial nombor bimbit Adam. Talian tidak disambut oleh Adam walaupun aku sudah mencuba mendialnya beberapa kali.
Kenapa Adam tidak mengangkat telefon? Aku mencampak telefon cordless di atas katil setelah puas mendial namun tiada jawapan dari Adam.
Aku melirik kearah jam di dinding. Hampir ke satu pagi namun mataku masih lagi segar. Tidak terasa mengantuk. Deringan telefon yang nyaring membuatkan aku tersentak. Aku pantas menekan butang.
"Hello, Adam!!...,"
"Lea, kenapa tak keluar malam ni?,"
Aku mendengus kecil merasa hampa kerana bukan Adam yang menelefonku tapi Syafinas. Bukan kerana aku tidak suka mendengar suaranya tetapi aku kecewa bukan Adam yang menghubungi ku. Aku tidak tahu kenapa aku tiba-tiba merasa rindu dengan Adam selama ini aku tidak pernah merasa demikian.
"Erm tak sihatlah hari ini...," bohongku.
Sebenarnya bukan aku tidak sihat tetapi aku tidak mahu selalu keluar malam. Adam tidak suka aku keluar selalu. Walaupun Adam tidak pernah menghalang mahupun menegurku tapi aku tahu dia tidak suka aku keluar malam selalu. Kenapa pula aku kisahkan pandangan Adam. Apa sudah jadi dengan diriku.
"Heh, kau dengar tak apa yang aku cakap?," jerit Nas kerana latar belakangnya terlalu bising. Aku pasti Syafinas berada di salah satu kelab malam yang kami selalu kunjungi.
"Apa dia??,"
"Rafael ada kat Zouk, kau kan minat kat dia, rugi tak datang," ujar Nas seakan menjerit.
Rafael actor yang aku minati. Ya, aku memang meminati Rafael. Lelaki idaman ku mestilah romantic dan tampan seperti Rafael.
Bukankah Adam Alfian dua kali ganda tampan dan romantic dari Rafael. Adam is real person and he is romantic. Kerana dia cintakan Orkid dia sanggup korbankan kebahagiaannya untuk Jasmine.
Adam senang-senang sahaja boleh bernikah dengan wanita pilihannya. Tapi dia tidak berbuat demikian kerana rasa cintanya terhadap Orkid. Orkid benar-benar beruntung dalam memiliki hati Adam. Kenapa aku tidak mengenali Adam sebelum Orkid.
Ya, aku sebenarnya cemburu pada Orkid. Aku akui bahawa sejak pertama kali aku bertemu dengan Adam. Aku sememangnya sukakan Adam. Dan aku merasa cemburu kerana Orkid terlebih dahulu memiliki hati Adam.
Demi Orkid aku cuba untuk menjarakkan diri aku dengan Adam. Namun sukar untukku berbuat demikian kerana perasaan suka aku terhadap diri Adam.
Aku terpaksa mencari helah dan mencari kesalahan Adam agar aku dapat membencinya. Aku berjaya berbuat demikian sehinggalah Orkid pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Aku sepatutnya merasa gembira kerana Adam menjadi suamiku, tapi aku tidak berperasaan demikian. Aku merasakan bahawa Adam hanya bernikah dengan aku kerana dia sayangkan Jasmine dan Orkid. Bukan kerana dia cintakan aku. Orkid sentiasa di hati Adam.
"Kirim salam ajelah pada dia..," jawab aku acuh tak acuh.
Selalunya aku akan excited bila saja mendengar nama Rafael. Tapi tidak pula kali ini. Namanya tidak dapat membuatkanku senang hati.
"Hey whats wrong?? We are talking about Rafael you know?," soal Nas bila di dengar aku seperti tidak berminat.
"I'm not well," jawabku ringkas seraya berbatuk kecil agak Nas tidak mengesyaki apa-apa.
"Ok, then see you tomorrow,"
"Errr Nas, mungkin besok aku tak masuk office, still not well," ujar aku berbatuk lagi.
Yang sebenarnya aku tidak punya mood hendak ke pejabat besok. Entahlah aku sendiri tidak tahu kenapa.
"Ok rest well, see you on Tuesday, take care," ujar Nas lalu mematikan talian.
Aku meletak cordless di tempat asal.
Aku menuju ke arah katil. Dan menarik selimut hingga ke paras dada.
Aku memandang kosong kearah syiling. Aku pasti Adam tidak akan menelefon aku kembali kerana jam sudah menunjukkan hampir ke satu setengah pagi.
Mungkin Adam sudah tidur sebab itu tidak menjawab panggilan telefon. Aku cuba memujuk hatiku.
Tapi bagaimana pula jika Adam masih berjaga dan sedang berseronok di club bersama wanita-wanita di Singapura?. Bisik hatiku lagi.
Aku menjadi tidak senang semula. Aku sudah dapat membayangkan Adam di keliling wanita-wanita muda yang cantik dan seksi. Aku tidak menafikan ianya bukanlah perkara mustahil. Lelaki kacak dan package lengkap sepertinya siapa yang tidak mahu melepaskan peluang bersama dengannya. Aku mengetap bibir menahan rasa. Bayang-bayang wanita seksi dan cantik terus bermain di fikiranku.

YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
عاطفيةPersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...