"SORRY sayang abang tak dapat balik hari ni, meeting projek di Singapura extend..lusa baru abang balik," ujar Adam di hujung talian. Latar belakangnya kedengaran sibuk. Dia tidak menyangka perbincangan mereka tidak dapat diselesaikan kerana Adam terpaksa bertemu dengan beberapa contractor untuk projek mereka.
Namun sesibuk mana pun, dia cuba untuk menghubungi isterinya sekerap mungkin. Dia tidak mahu Lea merasa dirinya dipinggirkan dan terabai. Dia sedar, sejak akhir-akhir dia terlalu sibuk dengan urusan kerja kerana punya beberapa projek baru.
Dia hanya dapat meluangkan masa bersama Lea sekejap sahaja kerana dia terpaksa membawa kerja di rumah, jika dia tidak dapat menghabiskannya di waktu pejabat.
"Tak apa abang, Lea sihat-sihat saja disini," jawabku untuk menyenangkan hati Adam.
Sebenarnya aku terlalu rindukan Adam. 3 hari tidak melihat dan bersama Adam, aku merasa rindu dan sunyi bila Adam tiada. Adam bukan sahaja suamiku, dia juga teman baik dan teman gaduhku.
Walaupun aku yang suka bergaduh dengannya manakala Adam pula selalu mengalah dengan aku. Dan bila aku merajuk, Adam pandai memujuk membuatkan aku tidak dapat merajuk lama dengannya.
Bila mood aku tidak baik. Adam akan membelikan aku jambangan bunga white Daisy untuk menceriakan aku. Adam memang pandai mengambil hati orang yang di sayangi. Sebelum aku bertemu dengan Adam lagi, aku mula merasa suka padanya melalui cerita-cerita yang aku dengar dari Orkid.
Orkid mengatakan Adam lelaki yang tidak mengerti dan mengenal akan maksud putus asa. Adam sanggup ke kedainya setiap pagi sebelum dia ke office hanya mahu membeli sekuntum bunga untuk di serahkan kepada Orkid. Selagi Orkid tidak bersetuju berkenalan dengannya, selagi itu dia akan ke kedai Orkid setiap hari.
"Abang rindukan sayang," ujar Adam perlahan.
Ungkapan sayang dari Adam membuatkan hatiku bertambah sayu kerana aku turut rindukan Adam. Aku tidak dapat hidup tanpa Adam. Apatah lagi bila memikirkan jika suatu hari nanti aku terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain, jika Adam mahu bernikah lagi. Tidak sanggup rasanya aku mahu berkongsi Adam dengan wanita lain.
Semakin aku cuba untuk tidak memikirkan tentang perkara itu. Semakin kerap pula aku memikirkannya. Aku menjadi takut dan khuatir jika apa yang aku fikirkan akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
"Sayang?? Sayang...kenapa sayang diam?," tegur Adam bila isterinya tidak berkata apa bila dia menyatakan bahawa dia rindu padanya.
"Lea rindukan abang juga," jawabku dengan perasaan sebak.
Air mataku sudah mula mengalir perlahan. Tidak tahan menanggung rinduku pada Adam. Jika ditakdirkan perkara buruk yang aku fikirkan ini berlaku, aku tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Dapatkah aku menjadi wanita yang tabah dan redha dengan nasibku.
"Ok..ingatkan sayang tak rindukan abang, sedih abang di buatnya," ujar Adam lalu tertawa kecil.
YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
Storie d'amorePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...