"SIS, I think I'm in love!," ujar Orkid suatu petang ketika kami sedang duduk berehat di anjung rumah sambil menikmati minum petang. Setiap hari minggu kami selalu meluangkan masa bersama kerana hanya hari minggu kami dapat bertemu. Hari-hari biasa kami berdua sibuk bekerja. Kerjaku tidak tentu masa, dan bila aku pulang ke rumah Orkid dan Jasmine sudah tidur.
Aku yang ketika itu sedang menghirup teh panas hampir sahaja lidahku melecur bila Orkid menyampaikan berita tentang dia sedang di lamun cinta.
"In love?? With whom?," ujarku separuh menjerit. Gembira dan ingin tahu siapakah gerangannya lelaki yang berjaya membuka pintu hati Orkid semula.
Dan bagaimana pula Orkid dapat menerima cinta lelaki dengan begitu mudah sedangkan pengalamannya dengan kaum Adam tidaklah begitu indah. Aku menyangka Orkid tidak ingin lagi jatuh cinta atau sudah serik untuk berumahtangga setelah apa yang telah berlaku ke atas rumahtangganya dahulu.
Orkid tersenyum bila adik kembarnya ingin tahu siapa jejaka yang berjaya menambat hatinya.
"This guy, remember I have told you that dia selalu ke kedai beli bunga everyday without fail," ujar Orkid ghairah lalu menoleh kearah Azalea bila Azalea bertanya lelaki mana yang dia sudah jatuh cinta.
Orkid tidak pernah berahsia dengan adiknya Azalea. Azalea bukan sahaja adik kembarnya malah Azalea juga teman rapatnya. Orkid tidak punya ramai teman kerana dia hanya menghabiskan masa di kedai bunga dan dengan anaknya Jasmine.
"Hmm?? Let me see...the gorgeous man you ever seen! If I'm not mistaken his name is Adam Alfian?," ujarku separuh ingat kerana Orkid pernah menyebut nama lelaki itu dan menceritakan kepadanya di mana dia mengenali lelaki itu.
Sudah menjadi kebiasaan Orkid menceritakan peristiwa lucu yang pernah berlaku di floristnya.
Salah satu yang selalu di ceritakan kepadanya tentang seorang lelaki yang bernama Adam. Lelaki itu selalu berkunjung ke kedainya dan akan membeli sekuntum bunga setiap hari.
Sekuntum sahaja! Bunga apa yang di rasa cantik akan dibeli sekuntum dan setelah membayar harga bunga tersebut di berikan kepada Orkid.
Pada mulanya Orkid tidak mahu menerimanya kerana bimbang lelaki itu berniat tidak baik.
Tapi bila melihat keikhlasan dan kesungguhan lelaki itu mahu berkenalan dengannya. Orkid menerima dan lama kelamaan mereka menjadi teman tapi mesra. Aku tidak menyangka hubungan mereka menjadi serious.
"Yes you are right! It's Adam Alfian, I'm in love with," jawab Orkid senyuman tidak lekang terukir di bibirnya.
"Adam Alfian??? I didn't know that you guys were that serious?," tanya ku lagi kerana tidak percaya bila mendengar pengakuan Orkid.
"It's about time we think about our future, he is the nicest guy I have ever met," jawab Orkid lalu menoleh kearah Azalea. Dia berharap Azalea akan merestui hubungan dia dengan Adam Alfian.
YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...