Prolog

11.1K 737 30
                                    

Sinar bulan terang menyinari langit malam. Aku duduk menyandar melihat bulatan terang itu.

Badan aku terasa sangat lemah. Tapi aku tidak kisah kerana itu adalah pilihan aku.

Aku tersenyum melihat bulan tersebut. Indah bukan kalau dapat bermain di bulan. Seorang diri dan bebas.

Tanpa ikatan yang menyiksa kita. Tanpa suara yang menyakitkan kita. Tanpa perasaan yang membekukan hati ini. Memang seronok.

Aku amat menginginkan semua itu sehingga aku tidak perasan air mata aku mengalir. Tapi mulut aku tersenyum. Ianya sakit tapi aku suka.

Pilihan aku adalah penentu masa depan aku. Dan inilah pilihan aku untuk meninggalkan dunia ini.

Tok! Tok!

"Cik muda..."

Itu mesti Mary. Hanya dia sahaja yang ada bersama aku selama ini. Yang menjaga aku dan memberikan aku kasih sayang.

Maafkan aku terpaksa buat semua ni. Aku sudah penat dengan lakonan dunia ini. Biarlah aku pergi.

Mata aku semakin berat untuk terbuka. Aku rasa mungkin ini masa untuk aku melihat keindahan malam buat kali terakhirnya.

Pandangan aku menjadi kelam dan suram. Fikiran aku kosong. Tiada apa yang aku dapat lihat dan fikirkan lagi. Aku pergi meninggalkan dunia ini.

Vote dan comment ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Vote dan comment ya. Ada juga semangat aku nak sambung cerita ni.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now