(ON HOLD/SLOW UPDATE) ‼️ Hadirnya dia, Membuatkan hidup Safiyyah menjadi lebih bermakna. Perginya dia, membawa seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Safiyyah pasrah dengan ketentuan hidupnya. Dia yakin, pasti Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buat dirinya kelak. Kemunculan seorang lelaki ego yang mempunyai wajah yang manis tapi bukan hatinya membuatkan hidup Safiyyah semakin bercelaru. Dia tidak mempunyai pilihan lain. Safiyyah harus bersemuka dengan lelaki itu setiap hari. "Aku nak kau siapkan semua kerja yang aku bagi. Kalau tak, jangan haraplah kau dapat balik rumah hari ni." - IAN HADEEF "Encik tak boleh buat saya macam ni. Saya ni cuma pembantu peribadi encik, bukannya isteri encik!" - AISYA SAFIYYAH "Kalau macam tu, jadilah isteri aku." - IAN HADEEF Semakin hari, tangkai hati mereka mula dipaut rasa sayang. Masing-masing ego untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Namun, semuanya sudah terlambat apabila munculnya cinta pertama untuk menebus kesilapan lama. "Fiya, saya minta maaf. Saya janji saya akan bahagiakan awak." - AZAD RAYYAN Dek kerana cinta agungnya terhadap cinta lama, dengan mudahnya dia menerima kembali lelaki yang pernah menghancurkan hatinya dahulu. Mungkin itu yang terbaik buat dirinya dan juga keluarganya. "Will you marry me?" - AZAD RAYYAN "Yes, I will." - AISYA SAFIYYAH Perkahwinan yang dinanti-nantikan akhirnya musnah buat kali kedua. Sekelip mata sahaja takdirnya berubah menjadi isteri kepada lelaki yang tidak pernah dicintai olehnya. "Kenapa awak paksa saya kahwin dengan awak? Saya sayangkan Azad, sepatutnya saya kahwin dengan dia bukannya awak! Apa motif awak sebenarnya ni?" Dia dambakan bahagia daripada lelaki itu, namun perkahwinan mereka bukanlah seindah yang disangka. Kemunculan orang luar yang ingin mengganggu rumah tangganya merumitkan lagi keadaan. Akhirnya, dia pergi membawa diri. Highest ranking - #12 in Teen Fiction [21/07/2018]
60 parts