AKIRA 53

119 2 0
                                    

"Kau betul okay dah ni?"

Ben tak henti asak aku dengan soalan yang sama setiap kali kami berjumpa. Dari awal semester sampai sekarang. Itu soalan pertama dia tanya.

Selepas satu semester aku tangguh, aku sambung kembali pengajian sarjana aku dan sekarang ni aku dan dia tengah pulun mengulangkaji subjek-subjek di kafe fakulti. 

Minggu ni minggu study week memandangkan minggu depan bermulanya peperiksaan akhir semester. Banyak topik nak kena cover.

Aku julingkan mata. "Iya, aku okay la. Kau tak nampak aku makin gemuk ni?" Aku tunjuk pada diri aku sendiri. 

Bulan puasa ni, berat badan aku makin naik sebab selera makan aku makin bertambah. Tulang rusuk yang sebelum ni tersembul sekarang hilang dan digantikan dengan lapisan lemak pula.

Ben memandang aku untuk beberapa saat sebelum akhirnya dia mengangguk puas hati. Dia kembali menelaah nota-notanya. Aku perhatikannya lama.

Waktu aku sambung semester semula, aku terkejut tengok dia ada sekali dalam kelas. Bila aku tanya kenapa dia ada sekali, katanya dia pun defer

Berkali-kali aku menyoal asbab dia defer tapi dia selalu lari dari menjawab. Sarah teruskan pengajian dan dah pun selamat habis, menanti tarikh graduasi, tapi Benji, dia tangguhkan satu semester seperti aku.

"Apasal kau defer?" Aku menyoal sambil mengecilkan mata ke arah kawan aku ni, memberinya amaran supaya jangan cuba pun nak berdalih. 

Ben tak berkelip tengok aku, mungkin tak jangka aku akan palu dia dengan soalan yang dah beratus kali dia dengar. Dia menjungkit bahu, seperti biasa tak nak jawab.

Aku mengerutkan dahi. "Benji, kenapa kau defer?" Aku mengulangi pertanyaan aku. 

"Sebab-sebab tertentu." Jawab dia berdalih. 

Aku menggigit bibir. "Benji, kalau kau tak beritahu aku kenapa kau defer, aku blah." Aku mula mengemas nota-nota dan buku-buku aku di atas meja.

"Aki." Dia tergamam tengok aku yang dah berdiri. 

"I've had enough. Kau tak nak cakap, kau punya pasal. Aku tak nak deal dengan kau lagi. Kau takkan jumpa aku lagi dah lepas ni." Janji aku keras.

Ben tak keruan tengok aku yang serius nak mengotakan kata-kata aku.

"Okay, okay. Aku beritahu." Dia mengeluh lega bila aku berhenti mengemas dan kembali duduk. 

"So? Kenapa?" Aku mendesak jawapan dari mulutnya.

"Kau tahu kenapa." Balasnya perlahan tanpa memandang aku. Dia memandang ke arah pelajar-pelajar lain yang sedang menelaah di meja bersebelahan dengan meja kami duduk di kafe fakulti.

"Tak, aku tak tahu kenapa." Aku menggeleng kepala sambil menampal wajah serius. Walaupun hakikatnya aku rasa aku tahu kenapa tapi aku nak dengar dari mulut dia sendiri.

"Kau seriously nak aku sebut ke?" Tempelak Ben dengan wajah tertekan.

Aku tak terkata tengok wajah kemerahan dia sebelum aku menyepak kakinya di bawah meja.

"Kau tak reti nak move on ke?" Desis aku, tak mahu menarik perhatian orang ramai di kafe. Ben membalas dengan sepakan sama kuat ke kaki aku.

"Kau ingat aku tak cuba ke?" Dia berdengus kasar. Naik turun dadanya menahan marah yang meluap-luap hampir meletup.

"Kau defer sebab aku, Benji. Kau bazir satu semester untuk aku! Itu cuba ke?" Aku menekan jari telunjuk ke dada aku. Ben meraup wajahnya beberapa kali sebelum melepaskan satu keluhan berat.

KITAWhere stories live. Discover now