Aku dengar suara sendu dia panggil nama aku. Aku nak jawab. Aku nak beritahu dia yang aku dengar, aku ada kat sini, jangan sedih, jangan nangis tapi aku tak boleh bergerak. Aku tak boleh sahut panggilan dia. Seolah ada gari menyelubung lidah aku. Seolah ada beban membungkus seluruh badan aku. Aku tak mampu.
Aku menoleh ke kanan bila aku terasa ada sesuatu yang lembut, sejuk dan halus memegang tangan aku. Serta-merta bibir aku menguntum senyum saat melihat seorang kanak-kanak perempuan bermata perang galak sedang tersenyum memandang aku.
Aku mencangkung di hadapan dia. Wajah dia aku tatap dalam-dalam. Mata perang dia, hidung butang dia, mulut halus dia, rambut kerinting dia. Hati aku terpaut pandang pertama. Perlahan-lahan kanak-kanak itu memegang pipi aku dan menghadiahkan aku segaris senyuman paling manis.
Aku tak mampu alihkan mata aku. Cantik sekali senyuman anak kecil ni. Aku tergamam bila tangan halus dia merangkul leher aku dan memeluk aku erat. Lambat-lambat aku membalas pelukan kanak-kanak itu dan entah mengapa pipi aku basah dilinangi air mata.
"Akira? Sayang?"
Aku terkebil-kebil buka mata. Sinar cahaya lampu menyilaukan pandangan aku. "Sayang?" Suara dalam tu lagi. Aku mengerutkan dahi. Aku cuba cari sumber suara dalam tu tapi cahaya yang menyinar mengaburkan pandangan mata aku.
"I'm here sayang, I'm here." Aku terasa pipi aku disentuh sesuatu yang hangat dan berkalus. Air mata bertakung sejurus aku melihat wajah dia. Wajah suami aku. Wajah Hadi.
"H-Hadi..."
Aku cuba memanggil tapi yang kedengaran hanyalah hembusan angin parau. Tekak aku kering dan dada aku perit.
"Ya sayang. Saya kat sini." Hadi mengusap kepala aku. Aku dapat rasa hangat hembusan nafas dia di pipi aku, di telinga aku.
"A-Awak balik..." Memori dia keluar dari rumah kembali menyentap hati aku. Aku menggerakkan tangan aku ke kepala dia, mengusap lembut rambut dia, mahu rasa dia betul ada dengan aku. Hadi mengangguk laju beberapa kali.
"Saya balik. Saya kat sini sayang. Saya kat sini." Bisik dia sambil merapatkan bibirnya ke dahi aku.
Tanpa aku sedar, aku menggerakkan tangan aku ke perut, mahu mengusap bonjolan di situ, tapi pergerakan tangan aku terhenti bila aku menyedari tiada bonjolan ketara di situ, tiada baby bump yang bulat dan besar, tiada pergerakan...
Aku meraba ke atas dan ke bawah. Eh? M-Mana...?
Perlahan-lahan aku menoleh, memandang Hadi yang sudah menjarakkan wajah dan matanya melekat pada perut aku yang tak sebulat dulu, kosong tanpa pergerakan.
"B-Baby... B-Baby...?"
Aku tanya tersekat-sekat. Darah aku berderau melihat perubahan di wajah dia. Denyut jantung aku berubah kencang. Nafas aku mula celaru, dada aku kasar turun naik. Aku tahu. Jawapan yang tak terkeluar dari mulut suami aku bergema-gema dalam kepala. Ya aku tahu. Dapat aku rasakan seluruh tubuh aku bergetar hebat, sehingga Hadi mengeratkan pelukannya pada tubuh aku.
Ya wallahi aku tahu, tapi aku tak mahu mengakuinya. Aku tak nak percaya.
Wajah kelu Hadi aku pandang lama. Dia menelan air liur. Aku nampak biji halkum dia bergerak ke atas dan ke bawah. Dada aku terasa senak bila aku menyedari sepasang mata perang dia berkaca dan setitis demi setitis air matanya tumpah ke atas dada aku, membasahi leher aku.
Aku perhatikan wajah dia—hidung dia merah, wajah dia kusut dan pucat. Ya, aku tahu.
"We—We lost her..." Bisik Hadi, perlahan merenung ke dasar mata aku.
Aku tak berkelip memandang dia.
Hadi berbisik lagi. "We lost our baby..."
Dada aku terasa berat. Terus aku pejamkan mata. L-Lost our baby? Satu kenyataan yang tak henti bergema dalam kepala aku. Tak. Tak mungkin.
"No... No... No..." Aku menggeleng kepala. Hadi mengusap rambut aku.
Kepalanya terangguk-angguk sambil bibirnya tak henti ucap, "It's okay, sayang, it's okay. I've got you." Seperti mentera untuk menjampi hati aku dan hati dia.
Aku memegang tangan dia di pipi aku. "Please. Hadi. B-Baby... B-baby... B-baby kita—" Hadi terus melekapkan bibirnya ke pelipis aku dan menarik aku ke dadanya.
"It's okay, sayang, it's okay..."
A/U notes:
This chap is heavily inspired by one of the scenes from This Is Us, when Rebecca lost one of her triplets. **GIF above.
It was so painfully excruciating to watch. I had to pause, sobbed my heart out, then pressed play again just to cry like a baby, then pause again. Then play again. It was so heartbreaking yet so good.
Their writers are truly storytellers. Amazing. And of kos I pun meleleh while writing this entry. Huhu
Vote and comment your hearts here.
YOU ARE READING
KITA
Любовные романыTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...