Beberapa hari selepas aku dan Hadi merenung lama dua garisan pada tiga batang pregnancy stick, dan disahkan oleh doktor yang aku sedang mengandung 6 minggu, kami buat keputusan untuk beritahu berita gembira ni kepada mama dan adik-adik Hadi.
Seperti yang dijangka, mama menyuruh Chef Black buat persiapan untuk majlis kesyukuran kecil-kecilan. Punyalah Hadi gertak mama dia jangan buat majlis, cukup sekadar makan-makan adik-beradik, kalau nak dia balik UK lagi tapi mama peduli apa.
Dia telefon sedara-mara dia, siapa yang senang, dijemput datang mengimarahkan majlis. Aku dan Hadi bersangka baik saja, berharap sedara-mara Hadi mendoakan yang terbaik.
Sayu hati aku melihat Hadi sujud sejurus dia melihat dua garisan pada pregnancy stick dan bila dia bangkit dari sujud, dia tarik kepala aku dan sembamkan wajah aku ke dada dia.
Tangan dia memeluk aku erat-erat. Jatuh air mata aku dengar bibir dia tak henti ucap tahmid kepada Tuhan yang Mengizinkan.
Selesai doa selamat, solat hajat berjemaah dan makan-makan, aku undur diri ke green house, jauh dari riuh rumah yang sarat dengan sedara-mara Hadi.
Aku lipat kaki aku bawah riba sambil menyandar pada kusyen empuk sofa. Tangan aku menyelak album yang aku ambil dari rak buku dalam bilik Hadi.
Album gambar-gambar Hadi masa kecil. Dah lama aku pasang angan nak teroka album ni. Akhirnya sampai juga detik yang ditunggu-tunggu. Bibir aku menggulum senyum membaca tulisan berangkai di helaian pertama.
'My sweet eldest. The beacon of my life, Hadi Alexandre Ibrahim-Knight.'
Aku selak helaian kedua. Bayi lelaki dibungkus kain biru lembut lena atas dada mama, gambar pertama menghiasi mata aku.
"Aww..." Aku tersenyum lagi.
Gambar Hadi fresh from the oven. Pipi dan bibir dia merah macam pakai gincu. Kulit dia putih kemerahan. Mata dia bulat dan perang seperti madu dipanah matahari, hampir keemasan.
Rambutnya perang dan lebat. Pipi dia pula tembam kalah kuih pau. Hadi waktu lahir sangat mat saleh. Langsung tak ada ciri Melayunya.
Ya Allah, comelnya suami aku! Rasa nak cium-cium, gigit-gigit je pipi dia.
Aku selak beberapa helaian seterusnya hinggalah helaian di mana mata aku terpaku pada gambar Hadi dalam dakapan seorang lelaki yang mirip suami aku. Ayah Hadi. Aku tarik nafas dalam-dalam.
Lelaki bermisai dan berjambang sedang merenung penuh kasih anaknya yang baru lahir. Wajah ayah dia saling tak tumpah seperti Hadi. Sama. Andai aku tak tahu, aku boleh salah faham ingatkan tu adalah Hadi sendiri.
"Buat apa tu?"
Tersentak setiap sel dalam badan aku sampai album terpelanting dari tangan. Tawa meleret Hadi bergema di seluruh ruang green house. Aku menjeling suami aku yang sedang berjalan dari belakang sofa ke arah aku.
"Sometimes I really hate you, you know." Akui aku sambil perhatikan dia tunduk mengutip album yang dah menyembah lantai. Hadi ketawa lagi sebelum ambil tempat di sebelah aku. Album di tangannya dibelek.
"This is mine." Ujar dia, melirik pada aku. Sebelah keningnya melengkung ke atas.
"Saya ambil dari rak buku awak." Jawab aku jujur. Hadi mencampak album dia ke atas riba aku sebelum merehatkan tangan dia di belakang aku, menarik aku rapat ke sisi dia.
"Saya cute kan masa kecil?" Dia menggeselkan hidung dia ke pelipis aku sebelum mengucup aku lembut .
Aku mengangguk. "Sangat. Geram gila tengok gambar awak masa baby. Cute gila." Aku selak beberapa helaian pertama. Jari aku bergerak dari satu gambar dia ke satu gambar. Semua comel belaka.
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...