HADI 9

174 2 0
                                    

Aku tahu aku telah menggunakan kuasa veto sebagai seorang pensyarah atas sebab remeh tapi aku tak boleh tahan diri. Her face is priceless! Aku memaksa diri menampal wajah tak beriak sungguhpun wajah kemerahan Akira betul menggeletek reseptor lucu badan aku.

Setelah hampir lima minit aku dan dia berperang, saling memanah renungan membunuh, acah kamehameha ala Son Goku, akhirnya, aku menang dan kami sekarang berada di kafe The Mad's Lab, bahagia menjamu selera. Sekurang-kurangnya aku bahagia. Akira, aku tak berapa pasti emosi dia. Muka kerut seribu habis tu. Tak berapa nak bahagia la kot.

"You're despicable." Cela dia tanpa tapis.

Matanya menusuk wajah aku bagai nak dilumat-lumatkan setiap inci badan aku. "Nothing new." Aku angguk selamba. Nasi goreng ayam penyet aku suap ke dalam mulut. Ya Allah, sedapnya. Rasa cukup, pedas cukup.

"I miss Hadi the busker." Ujarnya tiba-tiba. Terus terberhenti niat aku untuk menyuap daging ayam ke dalam mulut. Sebelah kening aku jungkit bertanya.

Akira menyandar sambil memeluk tubuh. "Hadi the busker sweet, baik. Tak kejam, tak zalim. Muka senyum je. Tak beku macam beruang kutub!" Gumam dia kuat. Mata hitam bulatnya masih merenung aku dengan emosi yang sama.

"What's your point?" Aku bertanya datar.

"My point is, I think you Sir, are suffering from a split personality disorder." Akira yang duduk setentang dengan aku mencondongkan tubuhnya ke depan. Jari telunjuknya lurus ditala ke muka aku. Aku memandang dia tak berkedip.

Is she for real?

"Do you have a spark with Hadi the busker?" Tanya aku serius. Aku membiarkan mata aku meliar di segenap inci kulit wajahnya, menanti sebarang reaksi.

Akira tak terkata. Lama dia melawan renungan tajam aku sebelum dia lambat-lambat mengalihkan pandangannya ke gelas berisi air sirap. Peluh-peluh air di luar gelas disekanya.

"Do you?" Aku mengulangi pertanyaan aku. Terasa berdebar dada menanti jawapannya.

"Probably." Balas dia lambat-lambat, perlahan, seperti hembusan nafas.

Aku terasa nafas aku tersekat di kerongkong. Aku menarik nafas dalam-dalam sehingga ternaik dada aku.

"How about Hadi the Professor?" Aku cuba menduga. Satu risiko yang besar, sangat besar. Tapi hati aku meronta-ronta nak tahu. Sepasang mata hitam Akira kembali bersatu dengan sepasang mata aku.

"Sir McGrumpy? Hmph tak apa la bang. Kirim salam jela. He's too cold and cruel. I'm not a big fan of a cold/cruel-hearted guy." Geleng kepala.

Dia geleng kepala. She actually had the guts to shake her head and bluntly rejected me. Aku membesarkan mata tak percaya. Perempuan ni...

"You do realize Hadi the busker and Sir McGrumpy are the same bloke, do you?" Aku cuba nak memastikan.

Akira mengetip bibir sehingga warna merah semulajadi bibirnya berubah keputihan. Mata aku melekat pada bibirnya yang masih menjadi mangsa gigitannya. Ikutkan hati, mahu saja aku tarik bibirnya, melepaskan gigitan mencabar keimanan tu.

Akhirnya tawa halus pecah juga dari tekaknya. "Saya tak percaya those two guys are the actually the same person. Serius Hadi, macam mana awak boleh jadi pensyarah he?" Akira menggeleng kepala penuh takjub.

Aku membiarkan mata aku melekat pada wajah kemerahan dia untuk beberapa saat sebelum menyambung suap ayam penyet ke dalam mulut.

"Sambung belajar la." Jawab aku ringkas. Akira menjulingkan mata ke langit, jelas bosan dengar jawapan cliché aku.

"Cepatlah makan. Kelas kita start pukul 2.30 tau tak? Kita tak zohor lagi ni." Gesa dia sambil membelek jam yang membelit pergelangan tangan kirinya. Aku buat tak endah.

"Akira, you are eating with the man who owns the 2.30 pm class. Stop worrying and enjoy your bloody drink." Aku mendekatkan gelas air sirap kepada dia. Akira menarik muka jelik.

"You're so full of yourself do you know that?"

"Hey, jangan sampai saya jadi Sir McGrumpy. Kita kat luar kelas ni. Belum masanya lagi untuk saya bertukar." Aku memberi amaran. Akira ketawa meleret mendengar kata-kata aku.

Hei ingat aku bergurau ke?

"Mental punya cikgu." Cela dia dalam tawa yang masih berlagu.

Aku memandang dia lama. Perlahan-lahan bibir aku tertarik di pinggir. Aku tak dapat tahan diri aku dari turut sama ketawa. Entah kenapa dan sejak bila, tiba-tiba aku dapat merasakan jantung aku menukar kadar denyutan, berdenyut mengikut rentak tawa dia.

Allah... I'm screwed.

A/U notes:

Writing about falling in love is euphoric but at the same time, horrifying.

Ribut taufan kepala dan emosi bila menulisnya.

Hope korang enjoy.

Vote & komen ya.

KITAWhere stories live. Discover now