Aku berdebar-debar apabila Hadi memusingkan tubuhnya usai doa diaminkan. Aku cuba kikis rasa malu yang menebal di dada dengan menatap dalam-dalam wajah dia.
Mata perang redup dia, hidung mancung dia, misai dan jambang yang tumbuh subur di serata kulit atas bibir dan rahangnya. Boleh tahan juga muka mamat ni sebenarnya.
Aku terlalu asyik meneliti segenap inci wajah dia sehingga aku tak sedar tangannya dah memegang pipi aku, mengesat bekas air mata di situ.
"Akira." Panggil Hadi separuh berbisik.
Nama aku entah kenapa kedengaran berlagu di telinga bila dia sebut begitu. Aku seolah dipukau. Ya, aku terpukau. Aku tak boleh berhenti pandang dia, bahkan aku tak nak berhenti pandang dia. Dada aku berdebar hebat. Macam kompang ditalu laju, menghentak kasar, dan sekali lagi, aku rasa satu perasaan asing menyerap masuk ke dalam jiwa.
Bila mata aku bertemu dengan mata dia, aku rasa...
Perlahan-lahan, sebelah tangannya memegang tangan aku. Bagai nak luruh jantung aku bila tangan kami bertemu.
Kali pertama aku dan dia bersentuhan, tanpa alas, tanpa jarak yang membatas, tanpa hukum yang melarang. Hadi tersenyum nipis. Jari-jemariku diusapnya lembut. Aku menelan air liur. Hadi tersenyum lagi sebelum mengangguk, memberitahu aku melalui renungan mata dia— it's going to be okay, insha Allah.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum mengangguk juga.
Aku membalas hangat genggaman tangan Hadi sebelum tunduk dan mengucup lembut tangan dia. Lama aku lekatkan bibir aku ke tangan dia. Air mata aku jatuh lagi bila aku terasa tangan kirinya memegang kepala aku, mengusap.
"Akira." Panggil Hadi lembut.
Aku mendongak, sebelum kembali tegak. Mata kami bertemu lagi dan jantung aku berdegup laju. Perlahan-lahan Hadi merapatkan wajahnya ke wajah aku. Jantung aku semakin laju mengepam. Pipi aku terasa hangat. Peluh terasa terbentuk di setiap liang roma permukaan tubuh aku.
Ya aku gemuruh, terlalu gemuruh. Aku memejamkan mata bila bibirnya menyentuh dahi aku, mengucup lembut.
Ya Allah.
Aku tak nak buka mata. Jadi aku terus pejamkan mata, menikmati kemanisan saat ni. Sungguh aku rasa bahagia. Sangat bahagia seolah seperti seluruh kasih sayang dalam dunia ni berada dalam genggaman aku, memeluk aku, menyelubung aku, melimpah ke dalam setiap denyut nadi aku, setiap deru nafas aku.
Satu perasaan yang betul memecahkan benteng air mata aku. Setitis demi setitis, butiran air mata jatuh ke pipi. Hadi tersenyum lagi. Jari kalusnya mengesat air mata di pipi aku.
"Sedih sangat ke kahwin dengan saya?" Seloroh dia perlahan.
Aku tergelak kecil sebelum menjelingnya. "Mana ada. Awak ni, tak baik tau cakap macam tu." Rajuk aku sambil memuncungkan mulut. Hadi turut sama tergelak.
"Yelah dari tadi tak berhenti nangis. Habis make up tu." Usik dia lagi sambil meluruskan jari telunjuknya ke hidung aku, mencuit. Aku menepis lembut jarinya.
"Comot sangat ke?" Aku memegang hidung, pipi dan serata wajah aku. Tak mahu aku kena marah dengan Fyn sebab dah rosakkan karya agung dia.
"Comot sangat sampai saya rasa macam nak cubit-cubit pipi awak." Hadi menarik tangan aku dari terus memegang wajah aku sendiri dan jarinya pula menggantikan jari aku. Aku ketawa lagi.
"Hadi, family awak sampai bila?" Aku menoleh ke belakang. Tindakan aku itu menjatuhkan tangan Hadi dari wajah aku.
Aku lihat kumpulan manusia yang menghadiri majlis pernikahan kami. Majoriti ahli keluarga aku dan teman-teman rapat. Ahli keluarga dia masih belum nampak batang hidung.
![](https://img.wattpad.com/cover/204594690-288-k338792.jpg)
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...