Aku memaksa kaki melangkah ke patio bersama dengan sepupu-sepupu dan sedara-mara aku yang dah mula membanjiri patio dan laman belakang rumah.
"Where's yer lovely missus? Yous two were practically joined at the hips. Is her ankle hurt still?" Robbert menyedari aku tanpa isteri tercinta. "Yeah, she can't stand any longer. Hidayah's with her." Aku meraup rambut aku ke belakang beberapa kali.
Selepas aku sapu minyak ke buku lalinya tadi, dia berkeras untuk kembali ke laman dan tolong membakar dan memanggang daging, ayam semua. Aku ikutkan kehendaknya dengan syarat dia dengan aku sentiasa. Aku setia berdiri di sebelah dia, memeluk pinggangnya bagi meringankan beban tubuhnya dari menekan kakinya yang terseliuh.
Apabila sedara-mara aku mulai tiba, dia menyambut dan melayan mesra mereka macam kaki dia tak sakit, tapi aku tahu dia masih lagi dalam kesakitan. Dia cuba sembunyikan kesakitan dia. Aku nampak macam mana dia mengetap rahang menahan sakit sampai manik-manik peluh bertaburan di pelipisnya.
Aku hilang sabar bila lututnya bengkok dan hampir-hampir dia tersembam kalau bukan kerana tangan aku yang kejap melilit pinggangnya. "That's it!" Aku terus cempung dia dan bawa masuk ke dalam rumah. Aku jerit nama Hidayah dan menyuruh adik aku periksa keadaan kaki isteri aku.
Hidayah memakaikannya ankle brace dan hati aku mengeluh lega bila adik aku bersumpah yang isteri aku hanya terseliuh. Tak teruk mana pun. Insha Allah dia akan sembuh dua tiga hari lagi.
Aku nak menemani isteri aku di dapur tapi dia berkeras menyuruh aku melayan sedara-mara aku di luar. Katanya Hidayah ada menemani dia dan adik aku, si feminist, langsung tak membantu, setuju bulat-bulat dengan isteri aku. Aku mengeluh berat sebelum memegang kepala Akira dan menarik dia rapat ke dada. Aku kucup bibir dia lama sampai Hidayah toleh muka malu.
"Awak nak makan apa? Saya bawa kan." Aku lekapkan dahi aku ke dahinya sambil jari aku mengelus bibirnya yang dah bengkak dan kemerahan dek ciuman rakus aku. Akira menggeleng.
"Takpa. Awak pergi mingle around. Lama awak tak jumpa cousins awak. Pergi lepas rindu. I'll be alright here." Dia menggeselkan hidungnya ke hidung aku sebelum mengukir senyuman nipis.
"Okay." Aku mengangguk. "Jaga isteri aku elok-elok ngah. Satu helai rambut dia tak ada, siap kau." Aku tunjal kepala Hidayah sebelum keluar menuju ke patio. "Honestly, I hate your husband." Aku ketawa kecil dengar sumpahan adik aku.
"Aye. She's inside then? I'll go and cheer her up." Suara garau Robbert mengembalikan aku ke dunia realiti dari memori. "Excuse me?" Aku berkerut tengok sepupu aku tu yang dah berjalan ke rumah dengan peha ayam panggang dalam genggamannya.
Emily, sepupu aku, anak kepada Uncle Horrace, adik mama, memaut bahu aku, menghalang aku dari mengejar Robbert. "Let him be. Aki will be alright. Robbie knows you'll kill him if he dares standing in the same radius with her." Ujar dia separuh bergurau. "I deffo will." Aku tak bergurau.
"Take it easy, mate. We know she's off limits." Edward, abang kepada Emily menepuk belikat aku sebelum menogak wine anggur di tangannya. Disebabkan kami sekeluarga muslim, jadi sedara-mara semua faham yang mereka takkan dapat minuman beralkohol di dalam rumah. Jadi mereka bawa sendiri wine dan beer dan minum di luar sahaja, guna gelas mereka sendiri. Aku melayang sengih sinis kepadanya. Bagus, semua orang tahu.
"Anyway, she told me you were her professeur." Edward menekan perkataan 'professor' dalam bahasa Perancis. Edward dan Emily berdarah kacukan—separuh British, separuh Perancis. Ibu mereka, Tata Elaine, berbangsa Perancis. (Aunty)
"Elle t'a parle? Ma femme?" Aku agak terkejut bila dapat tahu Akira berbual dengan Edward sebab aku tak berenggang langsung dengan isteri aku. Jadi bila diaorang berbual sama? (She spoke to you? My wife?)
YOU ARE READING
KITA
Roman d'amourTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...