Aku nampak langkah Akira terhenti bila Diyana menegur aku. Aku cuba pakai wajah selamba dan melayan sapaan Diyana sambil mengira setiap saat untuk perbualan kami tamat.
Tumpuan aku pada butir bicara Diyana mati bila mata aku menangkap tingkah budak lelaki tinggi lampai menghempuk bekas ke dada isteri aku.
Aku mengetap rahang bila budak tu mengejar Akira sambil melaung-laung nama isteri aku. Aku tak dengar apa-apa kecuali degupan laju jantung aku dan suara hati aku yang memekik, memaksa aku pergi menjejak langkah isteri aku.
"D, I've to go. I'll talk to you later." Tanpa menunggu respons dia aku terus berlari ke arah yang dilalui Akira. Aku lihat pintu makmal terbuka. Aku masuk ke dalam. Mata aku melilau ke serata makmal. Kosong. Mana Akira?
Sayup-sayup suara lelaki dan perempuan kedengaran dari dalam stor di hujung makmal. Aku terus mengatur langkah ke stor dan langkah aku terhenti bila terdengar suara Akira melonjak naik, "Kau jangan macam-macam Noah. Aku anggap kau member je. Tak lebih. Kau level abang-abang je weh."
Aku mengerutkan dahi. Lain macam ayat isteri aku. Sebaik saja aku tiba di depan stor, mata aku terus terpacak pada susuk tubuh tinggi lampai seorang lelaki yang hanya berdiri beberapa meter dari Akira.
"Had—Dr. Hadi." Suara Akira menggigil menyebut nama aku.
Aku tak hiraukan dia. Fokus aku pada lelaki di depan aku. Lelaki tu memusingkan tubuhnya selaju mungkin. Wajahnya pucat membiru sejurus otak dia proses identiti aku.
"Buat apa ni?" Soal aku dingin, di sebalik gigi yang diketap rapat. Mata aku merobek setiap inci wajah lelaki itu.
"Kami hantar barang dalam stor Dr." Lelaki itu terundur beberapa langkah ke belakang, seperti hyena menyerah diri dan melepaskan mangsa yang ditangkapnya sejurus singa muncul.
"Dah hantar barang buat apa lagi berdua-duaan dalam ni?" Kawalan emosi aku makin menipis. Suara aku semakin tegang dan keras menyoal. Aku sorotkan mata aku ke wajah kelu Akira. Sepasang mata hitam dia bergelut memuntahkan segala jenis emosi dan perasaan untuk menjelaskan pada aku situasi dia berada.
"Dr. kami tak—" Lelaki itu cuba menafikan tuduhan aku.
"Keluar, Noah." Tengking aku tanpa mengalihkan mata aku dari Akira.
Lelaki itu teragak-agak untuk sesaat dua sebelum pergi dari situ. Aku masih renung isteri aku tajam. Aku salurkan emosi dan kekecewaan aku pada Akira. Aku nak dia tahu betapa hancurnya hati aku sekarang.
Aku mengatur langkah mendekati sehingga kedua telapak tangan dia melekap ke dada aku. Akira memanggil nama aku perlahan. Aku tahu dia takut. Aku dapat rasa dingin jari dia meresap ke dada aku. Aku cekalkan hati sebelum berkata datar,
"Explain."
Baru saja bibir Akira mahu menuturkan alasan, suara-suara pelajar masuk ke dalam makmal memecahkan ketegangan antara kami. Aku menoleh memandang ke sumber bunyi di luar sebelum kembali menala pandangan ke wajah serba-salah Akira.
"Kita balik." Aku pusingkan tubuh dan berjalan keluar dari stor. Pelajar-pelajar yang tercengang tengok aku sedikitpun aku tak hiraukan.
A/U notes:
Imagine you were in Akira's shoes, what would you do?
Vote and tell me your thoughts.
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...