Tak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya.
Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER!
Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...
UUsai solat Subuh berjemaah, aku meminta izin untuk balik. Jemaah yang ada dalam masjid bersalaman dan memeluk aku serta mendoakan keselamatan perjalanan balik aku. Entah kenapa hati aku terasa berat, terasa tak sedap sejak aku keluar dari rumah malam tadi.
Kata orang tua, rasa tak sedap hati bawa alamat tak baik. Aku menolak fikiran tak elok jauh-jauh. Insha Allah tak ada apa-apa. Mainan perasaan je. Aku terus memandu ke rumah. Matahari dan bangkit. Dah pagi.
Mungkin emosi Akira dah stabil, dah boleh fikir secara normal. Aku menarik nafas dalam-dalam. Harap-harap Akira dah tak marah.
Sebaik saja aku tiba di rumah, aku beri salam. Rumah masih gelap. Tidur lagi ke? Aku menghalau bayangan buruk yang mencucuk fikiran aku. Aku menuju ke dapur. Kosong. Takkan tidur lagi? Tak Subuh lagi ke isteri aku ni?
Aku terus berjalan ke bilik dan membuka pintu bilik. Katil kosong, cadar dan bantal tegang tak berusik. Sweater yang aku hulur pada Akira malam tadi masih di atas katil.
Mana dia pergi?
Aku memandang sekeliling bilik. Telefon dia masih di atas meja solek, tak berganjak dari semalam. Beg tangan dia juga masih di tempat yang sama. Terus mata aku singgah pada pintu tandas yang tertutup rapat. Lampu tandas bernyala.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menggagahkan kaki menuju ke tandas. Perlahan-lahan aku mengetuk pintu tandas dan menyebut nama dia.
"Sayang?" Aku memanggil. Tiada sahutan.
"Sayang?" Aku memanggil lagi sambil melekapkan telinga ke daun pintu. Tak dengar bunyi air. Aku menggandakan ketukan pada pintu.
"Sayang? Akira?" Aku cuba lagi. Aku menggenggam tombol pintu tandas dan memulas. Tak berkunci. Perlahan-lahan aku tolak dan menjengahkan kepala ke dalam.
"Aki—"
Berderau darah aku saat melihat sekujur tubuh isteri aku terbaring di atas lantai. Sepantas kilat aku berlari mendapatkan dia. Wajah pucat Akira aku pandang tak keruan.
"Ya Allah. Akira, bangun sayang! Akira!" Aku mengangkat kepala dia dan jantung aku berhenti berdegup bila aku mendapati ada cecair melekit di belakang kepala dia.
Aku memberanikan diri melihat tangan aku dan mimpi ngeri aku bertukar nyata bila mendapati tangan aku dipenuhi darah. Darah Akira. Seluruh tubuh aku bergetar hebat. Aku menepuk pipi dia beberapa kali.
"Akira, bangun sayang. Akira? Ya Allah, Akira, please, bangun sayang, please, please, bangun, sayang, bangun." Aku merapatkan wajah dia ke dada aku sebelum mengucup dahi dia berkali-kali. Nafas aku terhenti bila aku terpandang darah bertakung di atas lantai, mengalir dari celah kelangkang Akira ke kakinya.
Aku mengerutkan dahi. Hempasan jantung aku ke rusuk memenuhi telinga dan aku tak mampu dengar apa-apa lagi, tak mampu bergerak, tak mampu bernafas.
No.... No.... No....
A/U notes:
My heart is literally shattered writing this piece gais. I can feel his fear from my bone.I'm so dramatic.
Votes and comments will help me feel a lot better.
Some graphic to help you paint the image when Hadi found Akira...(minus the blood pooling between her legs and her head)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.