HADI 57

149 6 4
                                    

Kereta aku parkir beberapa meter dari pagar syarikat, tempat Akira sekarang bekerja. Sebulan selepas pulang ke Malaysia, dia dapat panggilan temuduga dan berjaya dapat jawatan sebagai salah seorang pegawai di jabatan Research & Development Centre (RDC).

Rutin harian aku menghantar dia ke pejabat dan menjemput dia. Bibir aku mengukir senyum meleret saat melihat isteri aku keluar dari pintu utama pejabat bersama-sama beberapa orang teman sekerjanya. 

Akira tergelak besar sambil menepuk lengan salah seorang temannya, barangkali diusik nakal temannya tu. Hati aku terasa dipeluk satu kehangatan dan rasa bangga bila tangannya meraba-raba perutnya yang membulat dengan benih aku, anak aku.

Kandungan dia dah masuk 37 minggu, dijangka kira-kira lagi tiga minggu dia akan melahirkan anak kami. Masa Akira mula menginjak 21 minggu, dia tak boleh tidur malam. 

Setiap hari dia akan minta aku pegang perut dia dan rasa ada pergerakan tak. Dia akan telefon doktor OB-GYN kami, Dr. Hanisah—doktor yang sama merawat Akira sewaktu dia keguguran Ahlam Nadyne, setiap kali dia rasa ada sesuatu tak kena dengan bayi dalam perutnya.

Aku bersyukur Dr. Hanisah sangat memahami dengan keadaan isteri aku yang trauma dengan kehilangan anak sulung kami. Agaknya kalau doktor lain, dah lama diaorang pecat diri sendiri dari jadi doktor OB-GYN kami.

Bila kandungannya masuk 30 minggu, barulah dia mampu tidur lena. Itupun tangan dia tak pernah tak melekat di perutnya.

Sedikit pergerakan, dia akan terjaga dan bila dia terjaga, aku pun akan terjaga. Dia akan lena semula bila aku tarik dia ke dada aku dan usap-usap perutnya.

Aku matikan enjin dan keluar dari kereta. Dada aku mengembang bila senyuman yang tergantung di bibirnya melebar saat mata dia menangkap aku yang dah tercongok depan kereta, menanti dia.

Pipinya bagai disalai bila teman-temannya buat bunyi, 'wuuu' sejurus mereka melihat aku yang dah tersengih macam kerang busuk tengok dia.

Makin hari, hati aku makin terpaut pada isteri aku, makin jatuh cinta. Aku tunggu sampai dia berada beberapa meter dari aku.

Akira memberi salam sambil menghadiahkan aku segaris senyuman malu-malu. Teman-temannya masih mengusik tak henti.

"Diamlah korang ni." Dia menolak lengan teman dia yang paling nakal.

"Tiap-tiap hari, tak pernah missed. I ols is so jealous." Temannya tu menelek aku atas bawah, memuji upaya aku menjemput dan menghantar isteri aku setiap hari. 

Aku sekadar tergelak kecil sambil mengambil beg galas dari bahu Akira. "Nak tumpang sekali, jom la." Dia mempelawa temannya.

"Eh tak payah. Kitaorang boleh jalan kaki. Dekat je LRT pun. Bye, Akira. Good luck beranak. Semoga selamat dan baik-baik saja you dengan baby." Teman sekerjanya menolak sopan sambil memeluk bahu dia. 

"Esok I ada lagi la." Dia ketawa tengok gelagat temannya tu.

"Bye Mr. Rom." Teman-temannya ketawa halus sebelum cepat-cepat jalan pergi.

Aku toleh tengok Akira yang dah juling mata. "Mr. Rom?" Duga aku sambil menjungkit sebelah kening.

"Mr. Romantik." Balas dia tanpa penjelasan lanjut. Suara dia jelas jengkel dengan gelaran teman-teman dia untuk aku. 

"Wah, first time orang panggil saya romantik." Aku bukakan pintu kereta untuk dia sambil melekapkan tangan aku betul di lekuk belakang dia.

"I can open my own door, you know." Ayat yang sama meniti di bibirnya tiap-tiap kali.

"I know, but I want to do it, for you." Aku balas dengan jawapan yang sama, tiap-tiap kali. 

Akira menggeleng kepala, bibirnya digigit menahan senyuman yang mahu tersimpul.

KITAWhere stories live. Discover now