Aku baru menapak keluar dari makmal molekular bila terlihat Akira di bawah berbumbungkan gazebo bersama kroni dia yang dua orang lagi, Sarah dan Ben. Aku mengerutkan dahi bila Ben semakin rapat dengan Akira. Lain macam je gaya tu.
Hampir tercekik air liur aku telan bila Akira bertindak menolak kasar kepala Ben ke skrin laptopnya. Ganas gila perempuan ni. Perlahan-lahan pangkal bibir aku menggulum senyum. Pandai jaga diri. That's my girl.
Eh? My girl? What the—
Aku baru nak hela nafas lega bila tiba-tiba Ben memusingkan kerusinya menghadap Akira. Dia semakin rapat. Hanya beberapa inci saja. Wajah Akira aku lihat berkerut-kerut sebelum dia melempar pandangan meminta tolong kepada Sarah.
Hampir terbeliak biji mata aku bila Sarah bangun meninggalkan kawannya dihimpit serigala tu. Tak boleh jadi. Kaki aku tak mengendahkan cadangan otak aku—menyuruh aku bertenang dan berfikir dahulu apa tindakan wajar selanjutnya yang patut dilakukan seorang pensyarah.
Tahu-tahu saja aku dah turun bawah, paksa dia ikut aku dan sekarang ni Akira berada beberapa kaki di belakang aku. Sungguh aku tak tahu nak goreng alasan kenapa aku suruh dia ikut aku.
"Hadi." Panggil Akira. Suaranya bersalut keraguan. Aku sekadar memalingkan sedikit wajah ke sisi, tidak memandangnya secara terus.
"Kenapa awak suruh saya ikut awak? Awak nak cakap pasal assignment ke? Saya dah email dah." Akira menambah meter kelajuan pada langkahnya, cuba menyaingi langkah panjang aku.
Aku memperlahankan langkah. "Dah makan?" Tanya aku melarikan diri dari menjawab soalannya. Akira tampak terkejut dengan pertanyaan aku tu sebelum dia cepat-cepat menyusun semula riak wajahnya berubah ragu-ragu.
"Dah." Jawab dia sepatah.
"Saya belum. Teman saya makan." Aku kembali mengatur langkah.
"Ha? Eh Hadi, saya student la!" Riak cemas jelas menghiasi wajahnya.
"So?" Aku balas malas.
"So, mana boleh student dengan pensyarah—oi mak kau—" Kepala Akira berlaga dengan lengan kanan aku bila aku berhenti berjalan secara mengejut. Nyaris terlepas laptop dari pegangannya.
"Mak saya kat rumah." Balas aku selamba. Akira mengurut dahinya yang terlanggar lengan aku sambil melontar jelingan maut ke arah aku.
"Awak ni, serius sikit boleh tak? Mana boleh lecturer makan dengan student berdua je." Desis Akira sambil matanya liar memandang sekeliling. Gaya macam aku dengan dia tengah bincang pasal pelan merompak bank negara je.
"Siapa cakap? Akira, in case you haven't notice, no body gives a damn." Aku membongkok sedikit, menatap wajah kemerahan dia. Akira menarik nafas dalam-dalam.
"Fine, whatever you say Sir." Dia menutur hujung ayatnya bagai nak termuntahkan racun tikus. Aku menahan senyuman yang mahu terbentuk di pinggir bibir. Aku suka dengar dia sarkastikkan panggilan 'Sir' tu.
"What's so funny?" Akira menyedari usaha aku menahan senyuman.
"Awak takut dengan saya. Betul tak?" Soal aku sambil menyeluk tangan ke dalam saku seluar. Akira tak berkedip memandang aku.
"Do you really not know how freakingly horrifying you are?" Dia memeluk tubuh sambil bertanya sinis.
"I'm horrifying?" Aku menala jari telunjuk ke dada sendiri. Akira menggerakkan keningnya ke atas.
"Like a menstruated Professor Snape." Tambahnya keras.
Aku melepaskan tawa besar. Hari tu kata aku constipated, hari ni menstruated pula. Untung aku pun Potterhead, jadi aku mampu faham subjek rujukan dia untuk aku. Kalau tak, tak ke kekok perbualan aku dengan dia nanti? Sepatah haram dia cakap aku tak faham.
"Whatever. Dah jangan banyak mulut. Jom teman Professor Snape makan. God I'm famished!" Aku mengatur langkah ala Professor Hogwarts yang tak berapa digemari ramai tu menuju ke kereta sambil tersengih bila aku menyedari rahang Akira yang sudah 5 inci terbuka.
A/U notes:
Yes, I'm a Potterhead! A hardcore. I tak boleh tidur selagi tak baca cerita Harry Potter. I love reading the books & the fanfics.
Are you a Potterhead too?
If yes, vote this chap & komen. A warm gratitude patronus will be sent to you in the form of Tonkinese cat (below)
If no, go buy a Harry Potter book and read it. Now. Then vote & komen here.
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...