AKIRA 42

208 4 0
                                    

Sebaik saja kereta Hadi berderum pergi, aku terjelepuk ke lantai tandas dan menangis semahu-mahunya. Aku tak bermaksud nak cakap ya. Aku tak berniat nak halau dia pergi tapi aku terlalu ikutkan perasaan, aku terlalu marahkan dia kerana lukakan hati kakak, insan yang paling aku sayang.

Sekarang, aku pula merobek-robek hati dia. Aku dapat bayangkan wajah Hadi ketika aku mengucapkan 'yes' tadi. Aku dengar deruan nafas berat dia bila aku menyuruh dia pergi. Aku dengar desperation, rayuan, air mata dan harapan yang menyalut suara dia ketika dia bertanya,

"Do you want me to leave?"

Ya Allah... Apa aku dah buat? Apa aku dah buat?

Aku memegang dada aku yang terasa senak. 

Kalau apa-apa jadi kat dia—Ya Allah, kalau apa-apa jadi kat suami aku, macam mana? 

Ya Allah... Ya Allah... Aku kena telefon dia. Aku kena beritahu dia aku salah, aku kena minta maaf. Aku kena beritahu dia yang aku tak nak dia pergi, yang aku sayang dia, yang aku perlukan dia. Aku kena. Aku kena..

Hadi...

Hadi...

Hadi...

Aku cuba bangun dengan meletakkan berat aku pada kaki dan tangan aku pula menekan dinding. Baru saja aku nak berdiri tegak, kaki aku tiba-tiba hilang kudrat dan sekelip mata aku tergelincir di atas lantai tandas.

Kepala aku menghentak keras sesuatu, mungkin dinding, mungkin sinki, aku tak pasti apa. Bunyi dengung membingitkan telinga dan aku terkebil-kebil memandang siling. Cahaya putih lampu tandas berkeli-kelip dan mulai kabur. 

Perlahan-lahan penglihatan aku berubah pudar dan akhirnya tenggelam dalam warna hitam. 

Gelap.

A/U notes:

It had to happen. Akira wasn't in her right mind. Her body was shaken. She was mentally, psychologically, emotionally & physically exhausted.

Nak tahu apa jadi kat Akira? 

Komen & vote gais.

KITAWhere stories live. Discover now