Aku hilang kata bila dia tarik aku ke dalam pelukan erat, sangat erat sehingga terasa himpit dada aku. Perlahan-lahan aku melingkarkan tangan ke belakang dia sambil membenamkan bibir aku ke bahu dia.
"I'm sorry for making you leave and I'm sorry for not letting you hold my hand." Sehalus hembusan nafas aku berbisik. Hadi mengeratkan lagi pelukan dia sehingga kehangatan kami menjadi satu, sehingga cahaya matahari pun tak dapat lalu.
"Sayang..." Kalau bukan kerana getaran yang menghambat suaranya, dah pasti aku leraikan pelukan yang mula menyesakkan nafas. Aku mengusap belikat dia.
"I can't lose you too..." Rintih Hadi perlahan.
Tangan aku berhenti mengusap. I can't lose you too...
Aku terpempan. Beberapa bulan aku hanyut dengan duka aku, menjilat luka aku seorang diri sampai aku lupa Hadi pun terluka, dia pun bernanah seperti aku. Mungkin lagi teruk. Sebab...
Dia bukan saja kehilangan anak dia, dia hilang aku juga. Mungkin luka dia tak pernah jadi kudis, terus mengalir darah sampai sekarang...
Rabak dada aku membayangkan perasaan Hadi ketika dia jumpa aku dalam tandas, terbaring kaku dan berdarah, tika doktor beritahu hentinya degupan jantung anak kami, tika dia terduduk cuba menelan pahit dan perit percaturan takdir, tika dia membilang setiap detik menunggu aku celik, tika dia kumpul kudrat untuk pecah-deraikan hati aku dengan berita tu.
I can't lose you too... Too. Hadi sebut too.
Ya Allah... Aku lupa dia pun berduka. Aku bangun dari sila, melutut dan melekapkan wajah dia ke dada aku. Aku tempel kucupan-kucupan halus di ubun-ubun dia.
Ya Allah, berdosanya aku pada suami aku, pada lelaki yang setia pasak tulang belakang aku walau tika aku jatuh, walau tika dia sendiri tumbang membumi. Hadi menjarakkan wajah dia dan merenung aku lama.
Perlahan-lahan dia belai rambut aku hingga jari dia berhenti di pipi aku.
"I can't lose you too." Bisik aku.
A/U notes:
Akira tahu Hadi pun merana but it didn't really register. She was still mellowing her pain. Now that she has made peace, baru la dia clearly realize yang Hadi pun berduka macam dia.
Akira baru rasa the full impact of her action.
This artwork by Kalycoris, I rasa sangat sesuai dengan scene in this chapter.
Vote and tell me your thoughts on this chap.
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...