Paru-paru aku rakus menelan sebanyak mungkin udara saat seseorang menyauk bawah lengan aku dan menarik aku ke atas, keluar dari belenggu air. Aku tersedak dan terbatuk-batuk memuntahkan air yang memenuhi tekak dan hidung aku.
Aku tak mampu buat apa-apa bila badan aku ditarik bangun. Kaki aku seperti hilang kudrat. Mujur ada tangan kejap membelit pinggang aku, menampung seluruh berat tubuh aku dengan kekuatan luar biasa.
Aku lekatkan tangan kanan aku di atas tangan berkalus penyelamat aku yang membelit pinggang. Tangan itu kemudian mendukung aku keluar dari tab mandi. Aku berkerut menahan sakit bila belikat aku ditepuk-tepuk kasar, memaksa paru-paru aku untuk kembang dan kuncup. Terus aku buka mata.
Hadi.
Wallahi belum pernah aku lihat wajah dia setegang ni. Rahangnya diketap kuat, bibirnya diketap rapat dan dia langsung tak pandang aku. Mata dia tertancap tajam pada lantai tandas, pada kaki aku, pada pintu, tapi bukan pada wajah aku. Aku menelan air liur.
Aku tahu Hadi marah. Aku dapat rasakan api kemarahan merembes dari setiap pori kulitnya. Pegangan dia di pinggang aku semakin mencengkam hingga menyakitkan. Aku yakin tapak tangan dia berbekas di kulit aku.
Aku menarik nafas dalam-dalam bila Hadi dudukkan aku di atas bangku jamban. Lama dia berdiri di hadapan aku tanpa menuturkan walau sebutir kata. Hanya deru nafas kasar dia kedengaran. Aku memberanikan diri mendongak.
Sepasang orbit karamel Hadi sedang merenung ke dasar mata aku, seolah dia sedang cuba merungkai satu-satu jalinan emosi, perasaan dan mimpi yang menyimpul hati aku. Aku membalas panahan mata dia. Aku cuba gugurkan dinding yang selama ni aku pasak tinggi, yang menutup isi hati aku, aku cuba buka sedikit ruang untuk suami aku intai.
Aku tergamam bila Hadi berkelip sekaligus mematikan moment antara aku dan dia. Hadi aku lihat menarik nafas dalam-dalam, tangannya menggenggam erat hingga berubah putih buku ruasnya. Sesaat kemudian, Hadi keluar dari bilik air tanpa berkata apa-apa, meninggalkan aku berteleku atas jamban.
Aku tersentak. Aku hilang kata. Dia keluar. Hadi keluar. Dia pergi tinggalkan aku. Dia betul-betul tinggalkan aku. Memori malam dia pergi meninggalkan aku selepas pertengkaran kami terasa menghempap rusuk, menyekat batang leher dan menyesakkan dada aku. Beban emosi yang terlalu membebankan buat aku tertunduk. Hadi dah janji dia takkan tinggalkan aku lagi.
Tapi...
Mungkin Hadi dah penat. Mungkin dia dah penat dengan kedinginan aku. Mungkin dia dah letih menjadi pasak aku. Ya, berminggu-minggu aku seperti mayat hidup. Hadi tak henti hulurkan tangan dia pada aku tapi aku..
Aku tepis tangan dia. Aku langsung lepaskan tanggungjawab aku sebagai isteri dia. Hari-hari dia berlalu tanpa aku. Tapi dia masih tak jemu memanggil nama aku setiap pagi, memujuk aku lihat matahari, membisikkan cinta dan janji.
Mungkin sekarang dia betul-betul dah letih, letih menunggu aku yang makin tenggelam ke dasar.
Aku terangguk-angguk. Aku tak salahkan Hadi. Tak, sedikit pun aku tak salahkan Hadi. Kalau aku ada di tempat dia, mungkin aku juga tak tahan dengan diri aku sendiri yang lemah dan menyusahkan semua orang di sekeliling aku.
Aku tak salahkan dia untuk pergi selamatkan diri dan kejar kebahagian sendiri. Aku tak salahkan Ha—
Terdongak kepala aku saat sehelai tuala membaluti badan aku. Nafas aku terhenti.
"Hadi..."
Dia tak pergi.
A/U notes:
If you are an avid fan of Grey's Anatomy, you'd realize some bits of that show ada dalam cerita I tulis ni. I takdalah copy paste 100%, I modified and molded it ikut acuan cerita I ni.
Btw, all jokes aside. I want to highlight on the importance of mental health.
Sekarang ni ramai sangat orang ada depression, stress & anxiety. Apa Akira buat ni adalah salah satu simptom depresi. If you have a depression, stress & or anxiety, firstly accept it. Terima kenyataan yang you are in that situation.
It's not shameful, it's not condescending and it doesn't dictate you are far from religion or God. No, that's not true at all.
Secondly, thank Allah for being able to recognize your situation. Ada orang dia tak tahu pun dia sebenarnya depresi dan perlukan bantuan. So bersyukur sbb kita consciously aware that we are imperfect and we need help.
Then beg Allah for forgiveness. Then beg Him for help & strength (mentally & physically) to deal with this problem. Cry to Him. Whine to Him. Complain to Him. Tell him what's bothering you, what's weakening you, what's killing you.
We make doa not for Allah to remove the problems in our life away but for Him to give us strength to deal with it.
Sebab problems takkan surut selagi nyawa masih melekat di badan, selagi kaki kita tak berdiri di depan Sang Pencipta, selagi kita tak melepasi titian sirat, selagi kita tak masuk ke kehidupan abadi dalam syurga.
Thirdly, seek medical attention. Go see a doctor, get a proper diagnosis from them and ask their sincere opinions on what to do next. If possible, find a Muslim doctor. If they suggest you to see a psychologist, go. Do not be ashamed.
Fourthly, seek help from orang yang you percaya dan orang tu mmg boleh dipercayai & reliable. Be it a family member, bestfriend, teacher, counsellor, anyone. Talk to them your problems, your issues. Don't keep it inside, it'll eat you inside out. Accept their help.
Fifthly, surround yourself with positive people, with people who will not put you down verbally & physically. On the other hand, they'll say honest but supportive words to you and always be there as your backbones.
Let's make doa for people who are suffering from mental health. May Allah give them the relief they're looking for. Allahumma ameen. Be strong!
Jangan lupa vote dan komen your thoughts!
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...