HADI 21

263 3 0
                                    

Ridhwan perhatikan aku yang dari tadi jalan mundar-mandir dalam kliniknya di hospital sambil mendail nombor Akira berkali-kali. "Still not answering?" Soal kawan baik aku tu. Aku menyumpah perlahan sebelum mendail semula nombor isteri aku.

"Dia off handphone dia." Aku mengurut dahi aku yang dah berdenyut sambil memejamkan mata. "Baru sebulan kau kahwin, dah gaduh macam ni. Apa dah jadi?" Ridhwan menyilang kaki sambil merenung wajah kusut aku. Tangannya mengusap janggut di dagunya.

"Aku over-reacted sikit." Balas aku sambil menggaru belakang kepala.

"You said that already. Care to elaborate?" Dia menjungkit sebelah kening. Aku berdengus kasar sebelum menghempas badan aku ke kerusi berhadapan dengan dia. 

"Aku campak assignment dia depan satu kelas. Aku panggil kerja dia sampah." Air liur aku telan terasa pahit. Aku kerutkan hidung. Wajah Akira sarat dengan air mata terbayang-bayang di kepala. Shite!

"You're an idiot." Ridhwan tak berkelip tengok aku.

Aku berdengus lagi. "Tiga hari kau tak jumpa dia, kau tidur dengan dia, esoknya kau terus cari pasal macam tu? What in the world is wrong with you?" Herdik kawan baik aku tu sambil menayang lima jarinya ke muka aku.

"Rid, aku datang jumpa kau ni, nak mintak nasihat. Kalau aku nak dengar kau carutkan aku, aku dah pergi jumpa adik aku dah." Tempelak aku geram. Ridhwan menggeleng kepala sebelum melepaskan satu keluhan berat.

"Akira matikan phone dia. Get the message. She wants you to leave her alone. Bagi dia some space. She's emotionally down. Her husband humiliated her in front of her friends. Of course her mood dampened.

Kau pun tengah overwhelmed jugak. Better biar dia cool off dulu, kau pun tenangkan kepala kau dulu. Balik kerja, kat rumah nanti, kau slow talk dengan dia." Nasihat dia panjang lebar. Matanya mencerun pada telefon di tangan aku, menyuruh aku simpannya.

Aku meraup rambut aku wajah beberapa kali. "Kalau dia tak balik rumah macam mana?" Dada aku terasa senak memikirkan kebarangkalian isteri aku tak balik rumah. Berderau darah aku membayangkan dia melarikan diri atau sekiranya apa-apa berlaku kat dia. Ya Tuhan...

"Insha Allah tak ada apa-apa jadi kat dia. She's a big girl. She can take care of herself. Aku yakin dia balik rumah. Maybe lambat. Kau tunggu je. Kalau sampai malam dia masih tak balik, kau start call kawan-kawan dia tanya." Ridhwan seolah dapat membaca apa yang menghantui fikiran aku. Aku mengangguk beberapa kali.

"Okay. I'll do that. Thanks mate." Aku menepuk bahunya. "Apologise to her, don't argue. She's not the idiot here." Pesan Ridhwan, suaranya keras. Aku menggetap bibir bawah sebelum mengeluh berat.

"I know."

~*~

Aku mengerling jam yang membelit pergelangan tangan aku buat kali ke berapa, aku tak tahu, aku tak kira. Akira masih belum pulang. Telefonnya masih dimatikan. Aku tak dapat telefon dia. Mesej aku satu pun tak bertanda. Mana dia pergi? Dah nak maghrib ni. Merajuk sampai memberontak tak nak balik ke?

"Long, daripada kau dok jalan ke hulu ke hilir, baik kau call dia." Hidayah yang duduk bersila di atas sofa sambil mengunyah kacang tanah memberi cadangan. 

"You think I didn't think of that? Dia off handphone. Plus dia bawa scooter. Aku tak nak dia jawab phone time bawa scooter." Tak sanggup aku bayangkan apa-apa jadi pada isteri aku. Minta jauh, ya Tuhan.

"Aku offer hantar dia pergi kelas pagi tadi, tapi dia tak nak. Dah biasa bawa motor katanya." Hamzah pula menyampuk. "Yelah kau baru sampai pagi-pagi buta tadi takkan dia nak susahkan kau pulak cik." Hidayah beri penjelasan bagi pihak isteri aku.

KITAWhere stories live. Discover now