Aku perhatikan dua belangkas di kafeteria fakulti. Sampai ke makmal aku boleh dengar suara dua orang tu bertikam lidah. Aku perhatikan lagi.
Beg Akira tersangkut di bahu budak hingusan tu. Terjungkit kening aku bila budak itu menuangkan lauk ke pinggan isteri aku. Cara dia layan Akira seolah-olah Akira ni diperbuat dari kaca. Isteri aku tak selembik tu.
Aku tahu Akira menyampah dengan layanan istimewa yang diberikan budak tu. Riak wajah Akira dah cukup lukiskan betapa jeliknya dia tapi mungkin sebab kawan, dia tahan lidah dari membidas.
Aku toleh tengok jam pada skrin telefon. Dah waktu lunch. Aku kembali lontar pandangan ke kafe sebelum menarik sengih.
Tiga minit kemudian, aku berada di sebelah Akira sambil menyilang kaki, sebelah tangan aku berada di belakang kerusi isteri aku, menilai Ben yang duduk di seberang atas bawah. Akira menggaru-garu kepala, tak tahan dengan suasana canggung antara kami.
"Awak tak ada kelas ke?" Dia bertanya sambil menepuk peha aku, memaksa aku turunkan kaki dari bersilang. Dia tahu aku macam serigala yang tengah tandakan perimeter.
"Tak ada. Awak lepas ni ada kelas?" Aku bertanya, memandang dia sekilas. Walaupun aku tahu jadual Akira, aku masih nak dengar dari mulut dia.
Mata aku kekal melekat pada Ben yang cuba memakai lagak biasa tanpa apa-apa perasaan, seolah dia tak terkesan pun dengan renungan membunuh aku.
"Habis dah kelas tapi lepas ni nak jumpa Dr. Diyana. Nak discuss pasal sub-species agas saya." Akira menarik air masak dan menghirup perlahan.
"Dia tak tahu pasal sub-species agas. Jumpa saya kat lab saya. Awak guna electron microscope kan?" Aku larikan mata aku ke wajah Akira.
Dia terangguk-angguk setuju dengan cadangan bernas aku memandangkan makmal aku lebih dekat berbanding bilik Diyana. Jauh nanti dia kena menapak. "Based on morfologi ya? Molekular tak nak buat?" Aku meneruskan pertanyaan. Akira menggigit bibir.
"Molekular buat level PhD boleh kan?" Dia menduga.
Aku diam memikirkan cadangan dia. Buat masa sekarang dia mengasingkan agas yang hanya bersaiz milimeter kepada sub-spesies berdasarkan morfologi atau bentuk luaran agas. Tapi pengasingan dia akan lebih tepat kalau dia buktikan dengan DNA (molekular). Aku menjungkit bahu.
"Suka hati awak." Dia tersenyum lebar.
"PhD la buat molekular. Eh Benji, nak pergi mana?" Senyuman dia lebur sejurus budak hingusan tu berdiri. Aku mengerutkan dahi tengok budak tu tiba-tiba bangun nak beredar.
"Aku gerak dulu Aki. Ada meeting dengan supervisor." Beritahu dia sambil mengerling aku.
"Kot iya pun habiskanlah makanan kau dulu. Ni baru jamah sikit takkan nak blah dah? Duduk Benji. Makan. Lepas tu baru pergi." Arah Akira dengan nada bossy.
Aku alihkan mata aku pada isteri aku pula. Wajahnya terpamer riak kecewa. Aku mengeluh perlahan sebelum melakukan sesuatu yang aku sendiri tak sangka aku akan buat.
"Duduk Benjamin." Aku menyuruh datar.
Budak tu tengok aku tak berkedip. "Don't make me repeat myself again." Aku memberi amaran. Terus dia duduk dan kembali menyuap nasi ke dalam mulut.
Aku tersenyum nipis bila jari Akira bersulam dengan jari aku di bawah meja. Cara halus dia ucapkan terima kasih.
~*~
"So ni sub-species yang sama kan? Betulkan saya sort?" Akira merapatkan tubuhnya ke belakang aku, tangan dia mencengkam bahu aku sambil kepala dia terjengah-jengah, mahu lihat monitor yang memaparkan dengan lebih dekat dan terperinci struktur badan agas, dari antena hinggalah hujung ekor. Aku menggerakkan sedikit tubuh aku ke tepi, memberi dia ruang.
"Yup. Ni sub-species yang sama dengan yang tadi. Jenis antena sama, bilangan segmen kaki dia sama, saiz mata pun sama. Good job, penguin." Aku menghadiahkan dia segaris senyuman manis. Akira tersipu-sipu tengok aku.
"What?" Aku tanya pelik.
"Sir McGrumpy sejak dua menjak ni makin sappy. Tersenyum la, puji la, panggil saya cute nicknames la, offer diri nak tolong la. Dapat hidayah dari langit ke bang?" Sakat Akira sambil bermain kening.
"Nak saya jadi Sir McGrumpy ke?" Ugut aku. Laju dia geleng kepala. "Tamau. I love this version of Hadi. Please don't change." Rayu dia sambil memeluk leher aku. Aku ketawa besar. Tahu cemas.
"Awak rasa saya patut buat molekular sekali tak?" Tanya Akira, menukar topik dengan nada serius. Aku memandang dia lama. Tengok kondisi dia sekarang yang sedang mengandung 21 minggu, cepat letih, sleepy, lesu, dengan muka pucat, terus aku geleng kepala.
"Morfologi okay dah untuk level Master." Aku mengangguk, cuba meneguhkan hati dia yang dalam keraguan. Akira membalas pandangan aku.
"Really?" Dia tanya lagi. Aku tahu dia masih tak yakin. Dasar perfectionist.
"Positive." Aku mengangguk sekali lagi.
"Okay." Akhirnya dia tersenyum lega dan rentak jantung aku kembali normal melihat senyuman yang mekar di wajah dia.
A/U notes:
Hadi dah redha dah yang isterinya memang BFF dengan Benji. LOL
Vote & komen gais.
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...