HADI 16

212 3 0
                                    

Umi menghadiahkan aku segaris senyuman keibuan sejurus dia lihat aku berjalan ke dapur sudah siap berpakaian kemas.

"Nak pergi ambil mama Hadi kat airport dah? Diaorang dah sampai ke?" Tanya umi masih tak lekang dengan senyuman. Aku mengangguk sambil merehatkan lengan di atas kepala kerusi di sebelah umi yang sedang menghiris lobak merah.

"Dijangka tiba lagi 40 minit umi. Nak pergi awal sikit. Takut jam nanti. Haru." Balas aku sambil mengerling jam yang membelit pergelangan tangan kiri. Dalam kepala sudah mencongak masa akan aku ambil kalau gerak sekarang.

Umi terangguk-angguk dengar. "Bawa je mama dan adik-adik Hadi balik rumah. Kita makan sini. Umi masak. Tak payah susah-susah makan luar. Kesian mama tu. Jet lag tak hilang lagi lepas tu nak berjalan cari makan pulak. Makan kat rumah je la ya?" Umi menepuk lembut pipi aku.

Aku diam sejenak. Betul juga cadangan umi tapi mama tu hantu berjalan. Dia mana kisah jet lag ke tak. Stamina kalah pelari pecut negara.

"Yelah umi. Hadi dengan Aki pergi ambil diaorang lepas tu kita makan sama-sama okay?" Aku setuju dengan cadangan bernas umi. Inilah masanya pun nak mengeratkan lagi hubungan dua keluarga.

"Ha kan bagus macam tu. Isteri Hadi mana?" Umi bertanya bila menyedari anak dia masih tak muncul-muncul.

"Tengah bersiap. Tadi masa Hadi tengah bersiap dia baru nak mandi." Aku menarik kerusi di sebelah umi dan duduk sebelum mencapai hirisan lobak merah yang baru dihirisnya dan menyumbat ke dalam mulut.

"Ha panjang um-" Aku menjungkit kening melihat umi bila umi terhenti berkata. Dah kenapa tu tiba-tiba break mengejut bila bercakap?

Aku menoleh, mengikut arah anak mata umi dan tika itu juga rahang aku jatuh.

Isteri aku sedang terpacak di depan kami, berseluar slack hitam, bertunik hijau tua emerald dan selendang hitam meliputi kepala dan lehernya.

"Hadi, tunggu apa lagi? Jomlah, lambat nanti." Suara bak baldu dia menyedarkan aku dan umi dari pukau dek keindahan pantulan rupa dia memenuhi hukum tuhan. Betul ke ni isteri aku?

"Siapa ni umi?" Aku meluruskan jari telunjuk ke arah gadis berhijab di hadapan kami, betul terpukau dengan kejelitaan dan keayuannya. Umi menepuk lengan aku sambil tergelak kecil.

"Tu puteri kayangan baru turun dari langit." Sakat umi tak nak kalah. Aku membesarkan mata.

"Ni bukan puteri kayangan dari langit umi. Ni dari tanah haram ni." Aku pun tak nak kalah. Akira menggetap gigi sambil berdengus geram.

"Jangan sampai Aki buka tudung ni kang!" Ugut dia keras.

Terus aku bangun dan berjalan ke arah dia sebelum menekup kedua pipinya dengan tapak tangan aku. Wajah dia berhijab aku tatap lama-lama. Cantik. Sangat cantik. Kalau bukan sebab umi tengah perhati tekun, dah lama aku ratah bibir isteri aku ni buat pertama kali.

"Sejuk perut umi mengandung tengok Akira berhijab macam ni kan umi?" Aku masih tak puas mengusik dia. Umi di meja makan dah pegang perut.

"Sejuk. Macam dalam freezer rasa." Seloroh umi, menyambung usikan aku. Aku ketawa mengekeh. Untung dapat mak mertua masuk air sama.

Akira mencubit lengan aku. "Hadi! Tak kelakar tau!" Desis dia di balik gigi diketap rapat. Tak nak umi dengarlah tu. Eleh. Berlakon.

"Eh Aki panggil Hadi je? Hadi lagi tua dari Aki tau." Sekali umi dengarlah pula. Hayo tatayo.

Aku menoleh, mahu lihat reaksi wajah Akira. Terus berasap muka dia. Aku mengetap bibir menahan gelak tengok dia digoreng umi.

"Dah nama dia Hadi. Nak panggil apa lagi?" Akira menjeling aku dengan ekor mata.

KITAWhere stories live. Discover now