AKIRA 8

192 3 0
                                    

Menyeringai wajah aku bila Sarah menyiku lemak di pinggang. "Sakit tau tak?" Jerkah aku seraya berhenti menaip.

Ya aku sedang mengalami angin puting beliung utara. Sebab? Sebab semua pensyarah bergabung tenaga memberi kami assignment. Dah tu markah tak nak kalah. 15 markah, ada masa 20 markah. Sir McGrumpy tu lagi puaka. 25 markah terus!

Azab, azab. Paling menyakitkan hati, semua pensyarah minta hantar secepat mungkin. Adoi, azabnya sambung belajar. Tapi itulah, nak merungut pun tak boleh. Sendiri yang buat keputusan nak sambung. Sekarang, hadaplah kau.

"Tahu pun sakit. Aku panggil banyak kali tak dengar." Bebel Sarah dengan kerutan berlipat di dahinya. Aku menanggalkan earphone yang menutupi lubang telinga.

Suara Ed Sheeran enak bermelodi dari corong earphone. Terjungkit kening Sarah memandang aku.

"Padanlah tak dengar kita dok panggil dia. Kuatnya kau dengar! Ya Allah Akira! Boleh pecah gegendang telinga kau la!" Marah Sarah sambil menurunkan volume suara di Winamp.

Aku sekadar membiarkan dia mengemudi playlist aku. Mata aku masih melekat pada assignment di skrin. Apa lagi aku nak goreng ni?

"Aki, kau dah hantar assignment Biomol?" Tanya Sarah setelah puas hati dengan volume suara yang dipilihnya. Aku mengangguk sekali.

"Kau?" Soal aku tanpa mengalihkan pandangan dari lap top.

"Dah, dah. Biomol punya assignment aku siapkan dulu. Tak nak aku kena fire dengan carutan dia." Balas Sarah sambil menggeleng kepala laju-laju.

Trauma betul kena lempar ayat-ayat sarkastik dari Sir McGrumpy. Aku mengangguk setuju. Wajah Hadi bermain di layar fikiran aku. Beza betul dengan waktu aku jumpa dia di kolam depan The Mad's Lab kafe dulu.

Dia garang nak mati kot dalam kelas. Tapi kadang-kadang pandai pula berjenaka. Itu pun bila dia melawak muka ais batu tu juga dia suka pasang. Kitaorang nak gelak pun takut-takut. Psiko betul.

"Aki aku dah join 'Persatuan calon jodoh Akira'. So agak-agak bila kau nak date dengan aku ni?" Suara nakal Ben menghalau wajah garang Hadi dari menghantui fikiran aku.

Aku menoleh ke kiri, memandang Ben yang sedang tersengih-sengih sambil menompang pipinya atas telapak tangan kiri. Matanya menjamah serata wajah aku dalam-dalam. Bila masa dia muncul pun aku tak sedar.

"Aku dah bubarkan persatuan tu." Pendek aku beri noktah pada kegatalan Ben.

Dia menarik muka. "Ala kau ni Aki. Tak baik tau jual mahal. Nanti takda siapa nak pinang kau baru tau. Ni sementara aku ada, baik kau ambil kesempatan. Aki, ohhh Aki. Dengar tak? Akira. Oi Akira." Ben mengulang nama aku dekat 40 kali.

Aku pandang Sarah dan Sarah pandang aku semula. Aku yakin riak muka aku terpantul pada wajah Sarah. Riak muka meluat tahap nak cekik batang leher mamat tu.

"Benji boleh tak kau diam? Sakit kepala aku la! Orang nak buat assignment pun tak tenang." Desis aku dengan wajah masam mencuka.

Aku tak perlu sembunyikan rasa jengkel aku pada dia. Setakat Ben, tak payah jaga hati dan perasaan sangat. Ben ketawa meleret.

"Siapa suruh tak layan aku? Kau tak siap assignment siapa? Hadi?" Soal Ben sambil menjengahkan mukanya ke skrin laptop aku, mahu lihat isi kandungan kerja kursus aku.

Hadi? Aku mengerutkan dahi. Suka hati kau je panggil nama pensyarah macam tu. Ingat dia abang sedara kau ke?

Datang idea nakal, aku terus tolak kasar belakang kepala Ben sehingga muka dia melekat ke skrin laptop. Haa rasakan! Puas hati aku. Sarah dah terbahak-bahak ketawa.

"Habis berminyak skrin lap top kau Aki." Komen Sarah dengan tawa masih berbaki bila Ben menjauhkan wajahnya dari skrin dengan riak sebal terplaster.

"Aha la. Weh Benji, boleh goreng cekodok weh." Aku menambah kejam. Ben berdengus geram. Nak lawan dua perempuan? Sorilah brader, lu kena pancung la ceritanya.

"Aku lelaki yang sedang membesar. Kalenjar minyak aku terlebih aktif. Biasalah. Baru jantan." Balas Ben tanpa segan silu. Aku menjulingkan mata ke langit. Ada je alasan nak menang. Lantak kau la Ben. Janji kau bahagia.

"Assignment Hadi ke?" Ben mengulangi soalan yang sama. Aku menggeleng.

"Biostat." Balas aku pendek. Ben terangguk-angguk.

"Nak aku tolong? Untuk kau Aki, kau sanggup buat apa saja." Dengan baik hati Ben menawarkan diri. Mak datuk, suara kalah Mat Romeo.

Serentak aku dan Sarah bertentang mata. Geli-geleman anak tekak dibuatnya.

"Ben, stop it. It's not even funny anymore." Datar aku menegur. Ben tampal muka tak bersalah.

"What did I do? Offer nak tolong buat assignment pun salah ke?" Tanya dia sambil mendepakan tangan.

"Aku tak makan umpan super croc macam kau."

Zas! Setepek aku bagi. Ben memandang aku sesaat dua sebelum tawa kecil terlepas dari bibirnya.

"Okay aku mungkin ada sejarah silam. Tapi people change Aki. I've changed." Kali ni Ben memusingkan kerusinya menghadap aku. Dia mengurangkan jarak antara kami sehingga lutut dia hanya beberapa inci dari peha aku.

Sekali lagi aku menebar pandangan ke arah Sarah, meminta tolong. Dia menjungkit bahu sambil membiarkan matanya berkata, 'I'm out of here. You're on your own, handling this freak.', sebelum dia bangun dan berjalan pergi.

Rahang aku jatuh ke dada. Kepala paip punya member. Blah macam tu je. Aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan perlahan.

"Benji, aku bukan ta-"

"Nur Akira Huriya."

Terus tegak tulang belakang aku sejurus satu suara dalam dan garau memanggil nama penuh aku betul di telinga kanan.

Serentak aku dan Ben memalingkan wajah ke belakang. Hadi! Terasa darah aku membeku serta-merta. Monyet sekor kat sebelah aku ni boleh aku kawal lagi, tapi masuk Sir McGrumpy. Habislah aku. Ammaa.... Petala apakah ini?

"Ya Sir?" Aku terkebil-kebil tengok pensyarah Biomolekul aku ni. Serius bukan main.

"Ikut saya kejap. Sekarang." Arahnya datar. Suara dinginnya jelas memberitahu tiada ruang untuk betah. No room for arguement. Ikut saja.

Aku menelan air liur. Lambat-lambat mata aku mendarat pada wajah Ben di sebelah. Ben aku lihat sedang mencerun tajam Hadi, menelek pensyarah itu atas, bawah, bawah, atas, macam nak cari gaduh. Kepala dia ni. Tak ada adab langsung.

Aku menyikunya sambil menggerakkan anak mata dan berkerut, cuba menyampaikan ayat sinis yang dah terbentuk dalam kepala aku yakni, 'Kau apa hal pandang dia macam nak bunuh?'

Ben menggeleng kepala, menafikan apa yang bermain di benak aku. "Aku jumpa kau kat kelas." Beritahu dia datar. Aku memandang dia untuk beberapa saat sebelum mengangguk. Laptop aku tutup dan aku kepit ke dada sebelum berdiri.

"Sir?" Aku mendongak memandang Hadi. Dia aku lihat sedang memanah ais batu berapi pada Ben dan dibalas tak kurang hebatnya oleh lelaki itu. Aku mengerutkan dahi. Apa kena dua orang ni?

"Sir Hadi." Sengaja aku tinggikan suara beberapa oktaf. Hadi menamatkan silent battle antara dia dan Ben sebelum mengalihkan pandangan ke wajah aku.

"Ikut I kejap." Hadi memandang laptop di tangan aku untuk beberapa saat sebelum dia berjalan dahulu.

Aku terpinga-pinga melihat dia. What the fish just happened? Aku menebar pandangan ke wajah Ben pula. Merah menyala.

"Jumpa kat kelas Benji." Aku mengulangi ayatnya tadi. Ben sekadar menarik senyum tawar Aku mengangguk dan beredar, mengikut langkah pantas Hadi yang sudah hampir hilang dari pandangan.

A/U notes:

I had so much fun writing the silent battle antara Hadi & Ben.

I imagined them like two alpha male wolves trying to rip out each other's throats. Awesome. Hope korang have fun baca jugak.

Reviews are most welcomed. Votes are appreciated.

KITAWhere stories live. Discover now