Aku pegang dada. Masih berdegup laju. Sungguh dada aku terasa senak dengan rasa bersalah yang menghimpit setiap urat nadi aku. Aku tahu Hadi terluka, kecewa. Aku tahu dan aku perlu jelaskan pada dia situasi sebenar. Aku tak nak dia terus terluka. Aku kena beritahu dia.
Kerutan tertampal di dahi budak-budak bila nampak aku keluar dari stor sejurus Hadi keluar. "Balik dulu korang. Thanks banyak tolong kat LKM. Bye." Ucap aku laju sebelum bergegas keluar dari makmal.
Dalam kereta, sesekali aku curi pandang Hadi yang kekal melempar pandangan ke jalan. Sedikit pun dia tak toleh ke arah aku dan suasana senyap dan tegang menghimpit udara antara kami.
"Hadi." Aku tak mampu tahan diri lagi. Rasa bersalah terlalu membebankan sehingga sempit terasa dada aku. Aku perlu rayu ampunan dari suami aku. Hadi di sebelah diam membatu.
"Hadi." Panggil aku lagi.
Perlahan-lahan aku sulam jari aku dengan jari dia yang terehat di atas peha. Hati aku bagai dihiris-hiris bila dia tarik semula jari dia dari disentuh aku, seolah aku ni toksin, racun, yang membakar jari kalus dia.
"Hadi..." Aku menahan air mata yang sudah bergenang di tubir.
"We'll talk at home." Ujar dia tanpa menoleh. Aku memejamkan mata.
A/U notes:
Perasan tak setiap kali diaorang berjauhan je, mesti ada benda jadi yang messes up their relationship. PJJ isn't for this couple la. LOL
Okay sila vote and komen your reactions.

ANDA SEDANG MEMBACA
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...