HADI 45

165 3 1
                                    

Aku menutup laptop bila Fyn dan Erika keluar dari bilik selepas mereka menziarah Akira. Melihatkan wajah penuh berharap aku, Fyn dan Erika serentak geleng kepala, mematikan sekelumit harapan yang aku cuba cambahkan.

"Dia tak nak cakap Hadi. Dia... kosong." Beritahu Fyn lemah.

Aku menarik nafas dan menghela panjang. Sesuatu yang aku dah jangka. "What do I do to have her back?" Aku mengurut batang hidung. 

Setiap minggu, pakar psikologi datang memeriksa keadaan Akira. Umi, ayah, Arij dan Naufal pula datang menziarah dua hari sekali. Setiap hujung minggu, aku cuba ajak dia berjalan-jalan, beriadah, menonton wayang, tak kisah, apa saja, janji dia bangun dari katil, janji dia keluar dari bilik. Tapi Akira langsung tak berganjak. 

Sungguh aku dah habis jalan untuk pujuk isteri aku, untuk hidupkan semula semangat dia, untuk kembalikan Akira seperti dulu.

"Just do what you're doing now. Keep loving her. Insha Allah, lama-lama dia okay." Erika cuba meringankan senak dada aku tapi suara dia yang bergetar dah cukup beritahu aku dia sendiri tak yakin dengan kata-kata dia. Aku paksa diri untuk tersenyum. Mana tahu kata-kata dia naik tembus langit.

"Insha Allah. Thanks guys." Ucap aku ikhlas. Aku tak mampu hadapi semua ni seorang diri, wallahi aku tak mampu. 

"Tak ada apa-apa la Hadi. Aki is our sister. You just keep loving her okay? Don't give up on her." Nasihat Fyn sambil mengerling ke arah bilik Akira berada. Aku angguk sekali, mata aku ikut sekali anak mata Fyn.

"Kitaorang gerak dulu Hadi. Apa-apa just give us a ring." Erika mewarnakan wajah dia dengan segaris senyuman nipis sebelum dia keluar dari rumah sambil diikuti Fyn. 

"Jaga diri juga Hadi." Sempat Fyn berpesan. Aku hanya tersenyum separuh.

~*~

Aku renung lama tubuh isteri aku di atas katil, terbaring mengiring, menghadap tingkap sejak tadi. Selepas solat Isya', Akira kembali ke posisi yang sama. Sebutir kata pun tak keluar dari bibirnya sepanjang hari setiap hari. Hanya pergerakan yang terbatas. Hanya renungan kosong.

So emotionless, so distant...

Aku menggeleng kepala. Aku nekad. Aku nak dengar suara lembut dia, gelak tawa dia, nyaring suara dia. Ya Allah, aku rindukan isteri aku. Aku kena buat sesuatu. Aku simpulkan kekuatan dalam dada dan paksa diri aku untuk berani, berani selamatkan isteri aku dari terus tenggelam. Perlahan-lahan aku panjat katil dan mengesot hingga aku berada betul di belakang badan Akira.

Aku ambil masa, biarkan dia biasa dengan hangat tubuh aku sebelum lambat-lambat tangan kanan aku melingkari pinggang dia sementara tangan kiri aku usap ubun-ubun dia. Bila dia tak bergerak, aku kira dia menikmati usapan lembut aku. 

Mungkin Akira dah mula menerima. Aku dekatkan lagi tubuh aku hingga dada aku menempel pada belikat dia.

"Sayang." Aku gemersikkan suara garau dan dalam aku, seperti yang dia suka. 

Aku silangkan tangan aku ke dada dia, menarik dia rapat hingga depan aku dan belakang dia bertemu. Perlahan-lahan aku benamkan hidung aku ke celah helaian rambut dia dan menarik nafas dalam-dalam, menghidu lama.

Ya Allah, rindunya aku dengan hangat cinta isteri aku. Aku dapat rasakan Akira menarik nafas. Dia rasa gelora cinta yang mengalir dalam setiap urat nadi aku? Dia rasa apa yang aku rasa?

Beberapa saat berlalu, Akira masih tak menolak aku. Satu perubahan positif. Mungkin dia juga rindukan belaian aku. Aku biarkan rama-rama kekal bertenggek dalam dada aku. Aku menyelak rambut Akira ke tepi dan lambat-lambat aku taburkan kucupan halus di leher dia. 

Bila tangan dia menggenggam tangan aku di dadanya, aku memberanikan diri menghujani serata leher, telinga dan bahunya dengan kucupan yang membakar dengan bara cinta.

Ya Allah, nikmatnya kasih seorang isteri.

Aku berhenti melarikan bibir di leher dia bila aku terasa dada dia bergetar hebat. "Sayang?" Aku bangun, meletakkan berat aku atas lengan dan menjengahkan kepala ke depan, ke wajah Akira. Hancur berderai hati aku bila lihat linangan air mata di pipi dia.

"Sayang..." Aku memusingkan tubuh dia.

Perlahan-lahan jari aku mengesat air mata yang semakin deras mengalir membasahi wajah pucat isteri aku. "Sayang." Panggil aku lagi. 

"Saya t—tak b-boleh... Hadi saya t—tak boleh..." Rintih dia menggeleng kepala sambil menekup kedua tangannya ke wajah.

Aku memejamkan mata sambil menarik nafas sedalam mungkin. Sungguh aku tak sanggup tengok dia begini. 

"It's okay sayang. It's okay." Aku tarik dia ke dalam dakapan erat dan biarkan air mata dia membasahi baju yang tersarung di badan aku.

A/U notes:

Akira is extremely traumatized. Hadi's patience is really tested here.

Below's artwork really does speak for their intense moment. Artwork by Apriku.

Drop some reviews & vote for this story

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Drop some reviews & vote for this story. really appreciate it guys.

KITAWhere stories live. Discover now