AKIRA 38

174 3 0
                                    

Aku memandang susuk tubuh aku di cermin.

Fizikal aku berubah 180 darjah. Sebelum mengandung, aku bukanlah seorang yang kurus tapi aku juga taklah gemuk mana, biasa la lemak sana sini. Sekarang badan aku berubah tebal, bukan setakat double chin, triple chin terus

Pinggul aku melebar dan perut aku membulat. Paling aku kagum, dada aku yang semakin berisi dan pejal sampai aku kena tukar baju dalam ke saiz yang lebih besar. Hadi sangat bersyukur tentang perubahan yang satu ni. Dasar lelaki.

Aku menoleh bila pintu bilik terkuak dan Hadi melangkah masuk ke dalam dengan langkah acah bangsawan. Panjang umur. Bibirnya serta-merta mengukir senyum lebar bila menyedari apa yang sedang aku buat.

"Nak audition Malaysia's Next Top Model ke tu?" Seloroh dia sambil berdiri di belakang aku. Pantulan aku di cermin direnung seperti anak kecil yang sedang merenung rak mainan di Toys 'R' Us. Senyuman selebar alam kekal terpatri di bibir dia. Sungguh aku tak faham apa yang dia bahagia sangat tengok aku besar macam ni.

"Saya macam ikan paus." Keluh aku lemah.

Terus bercantum kening dia. "Jeans semua tak muat. Bra panties koyak rabak. Stokin pun ketat. Selulit merata-rata. God, I'm a freaking whale. How can you still want me I will never know." Rungut aku lagi sambil mengusap perut aku yang sebesar bantal busuk aku. 

Wallahi aku serius tak faham bagaimana Hadi masih boleh tengok aku dengan rupa aku begini, apatah lagi untuk bersama. Aku sendiri tak ada hati nak tengok badan aku lama-lama.

"We have a very different view on your pregnant body, my love. I on the other hand, think you look ravishing." Bisik dia sambil meratah rakus pantulan aku di cermin. Aku memandang dia dengan mata terbuntang luas.

"Awak gila he? Ni definisi ravishing awak? Ni?" Soal aku sinis sambil sebelah tangan aku gerakkan dari kepala aku ke bawah. "A bloody whale?" Tambah aku lagi. 

"I wouldn't say bloody. You're a beautiful whale." Hadi ketawa besar bila aku mencubit lengan dia.

"Sweetheart, I really wish you could see what I see in you now." Ujar dia sambil menggeleng kepala, riak kecewa terlakar di wajahnya. 

"Apa awak nampak?" Tanya aku sambil memeluk tubuh. Rasa ingin tahu membuak dalam dada. 

"Well, seeing you swelled with my tiny person inside, it's very overwhelming." Akui dia perlahan. Mata dia mendarat pada perut aku yang membulat.

"Plus, you glow. It's actually called the pregnancy glow, because more blood rush to your skin. But still, it makes you look radiant. Macam sunshine. You are my personal sunshine, did you know that?" Puji dia sambil merangkul pinggang aku yang dah tak rupa pinggang. Aku ketawa kecil. Sempat sisipkan ilmu Biologi dalam ayat dia.

"Awak minum ketum he?" Duga aku separuh serius.

Pecah lagi tawa dia. "I'm serious. You really do glow." Seboleh-boleh dia cuba nak meyakinkan aku.

 "Fine, I glow." Aku angguk sajalah sambil melekatkan jari aku ke rambut dia yang terjuntai. Malas nak bertekak lagi. Hadi membiarkan aku bermain dengan rambut dia sambil mata dia meleret dari wajah aku turun ke dada aku.

"Stop it! Stop looking at my chest. Macam tak pernah tengok pulak." Marah aku, betul hairan dengan lelaki yang tak pernah puas matanya. 

"What? They're there for a purpose. Takkan tak tengok pulak? Tak baik tau tak hargai ciptaan Ilahi." Dia ketawa tanpa rasa bersalah.

"Haa ya. Pandailah awak." Aku perhatikan dia meleretkan lagi mata dia ke bawah hinggalah mendarat di perut aku yang membonjol, menekan abdomen dia. Perlahan-lahan bibir Hadi mengoyak senyum nipis. 

"Not yet born but already getting in the way." Gurau dia, merujuk pada anak kami yang masih selamat dalam rahim aku.

Aku ketawa kecil. Dengan anak pun nak cemburu. "Sayang, masa first time jumpa awak kan, saya rasa macam nak cabut je beanie yang awak pakai. Lepas tu saya rasa macam nak pegang rambut awak macam ni." Aku buka cerita. Helaian rambut dia aku urai biar berada di celah jari-jari aku. Terjungkit kening Hadi dengar.

"Masa kat kolam tu?" Soal dia.

Aku angguk sekali. "Lepas tu saya curious nak tahu how soft your bulu kaki was compared to mine." Akui aku selamba. Sejak mengandung, aku tak larat dah nak mencukur atau wax kaki. Hadi yang tolong aku cukurkan, itu pun setelah aku ugut tak nak tidur dengan dia lagi.

Meledak terus tawa dia dengar. Hadi melepaskan aku dan mencangkung sebelum mengangkat sedikit maternity dress labuh yang tersarung di badan aku. Betis aku dibeleknya sambil sebelah tangan lagi memegang betis dia sendiri.

"Awak punya kasar lagi kot." Kutuk dia selamba. Aku berdesis sambil memukul bahu dia. Hampeh punya suami. Suka gurau kasar dengan aku tau. Hadi ketawa sambil mencium perut aku dan kembali berdiri.

"I love your hair." Beritahu dia sambil jari dia menyikat rambut kerinting aku.

"I know." Aku mengangguk. Hadi memang obses dengan rambut kerinting aku. Setiap malam dia akan peluk aku dan benamkan hidung dia ke dalam rambut aku sambil usap kepala aku. 

Bangun pagi pun sama dan sebab aku terlalu insecure, hampir setiap hari aku syampu rambut. Takut bau masam menyapa hidung dia, tercela maruah aku nanti walaupun aku tahu dia tak kisah dan tak pernah ambil peduli rupa, busuk masam dan segala kelemahan aku.

"Saya harap baby kita dapat rambut awak. Hitam dan curly." Ujar dia penuh berharap.

"Boy pun?" Duga aku. 

"Tak kiralah boy ke girl, kalau dia dapat rambut awak, mata awak, hidung awak, muka awak, he or she would be the most gorgeous baby in the world." Balas Hadi dengan mata bersinar-sinar. Aku menarik senyum malu. Amboi manisnya mulut dia. Tepuk nyamuk pun tak matilah. Bukan main berkilo-kilo gula dia bubuh. Nasib tak diabetik aku.

"Sayang, awak tahukan kakak balik sini this week? Kita jemput kakak kat airport he?" Aku baru teringat. Kakak hampir tamatkan PhD dia. Sekarang tinggal writing saja, jadi dia ambil keputusan untuk sambung penulisan tesis di Malaysia.

Tak sabarnya aku nak beritahu kakak pasal semua benda. Aku nak perkenalkan Hadi pada kakak tapi Hadi berkeras tak nak. Katanya nak buat kejutan pada kakak. Aku pun setuju sajalah. Harap-harap kakak tak merajuk lagi sebab dapat adik ipar segak macam Hadi ni. Tak dapat aku bayangkan reaksi kakak nanti.

"Okay no problem." Hadi mengangguk.

Jarinya masih bermain dengan rambut aku. "Are you ever going to let me go?" Aku cuba meloloskan diri dari pelukan dia. "Never." Dia menggeleng sambil berkata dengan nada muktamad. 

"Sayang, saya nak kencing." Aku berhenti cuba melepaskan diri memandang tepat ke dalam anak mata dia. Terus Hadi meleraikan pelukan sambil tergelak kecil. "Saya teman?" Soal dia sambil membenamkan tangan kanannya di belakang aku.

Aku biarkan saja. Sejak aku mengandung, Hadi langsung tak boleh berenggang dengan aku. Dia sentiasa cari peluang untuk pegang aku, peluk, usap, sentuh, apa saja, asalkan dia dekat dengan aku. Kalau boleh, agaknya dah diangkutnya aku ke fakulti, ikat aku kat pinggang dia, biar lekat selalu.

"I can manage." Balas aku laju.

Baru lima bulan mengandung dia dah layan aku macam aku lumpuh separuh badan. Tak dapat aku bayangkan bila nak beranak nanti, macam mana reaksi dia. 

"Jangan kunci pintu sayang. Saya tunggu sini." Suara Hadi menegur dari luar pintu bilik air.

Aku menjulingkan mata, menahan diri dari berdengus. Aku tahu aku patut bersyukur dapat suami superhero macam Hadi. 

Sepanjang kami hidup bersama, dia tak pernah sekali pun lalai dari tanggungjawab dia sebagai seorang suami tapi kadang-kadang tu naik rimas dibuatnya. Macam tak ada privasi langsung. Betul la manusia ni satu spesies yang tak reti bersyukur.

A/U notes:

How many men out there value their women not just physically?

Let me know.

Then vote.

KITAWhere stories live. Discover now