Hari ni hari Akira girls' outing dengan adik-beradik lain mak, lain bapak dia—Fyn dan Erika. Aku nak ikut tapi bila dia ugut tak nak buat ujian air kencing, terus aku zip mulut.
Dah sebulan aku dan dia cuba untuk mengandung, dan bulan ni, bulan ke dua haid Akira belum datang. Hati kami dah bersinar-sinar dengan harapan. Mana tahu lekat.
Pagi-pagi lagi aku dah keluar beli pregnancy test dan sekarang aku paksa diri tunggu tuan punya badan balik untuk buat ujian. Aku tak dapat kawal rasa bahagia yang menyelinap ke dalam hati aku bila membayangkan Akira membulat dengan anak aku dalam kandungan dia. Indahnya.
Aku belek telefon buat kali ke seratus juta. Satu mesej daripada dia pun tak masuk. Dari pagi keluar, sampai sekarang dekat nak Isya' tak balik-balik lagi. Aku dah separuh menyesal bagi keizinan bila pintu pagar terbuka dan gelak-tawa Akira, Fyn dan Erika memecahkan hening malam.
Aku bangun dari lounger dan buka pintu. Lega hati aku sejurus mata aku menjilat raut wajah bahagia Akira. "Ingatkan tak jumpa jalan balik rumah dah tadi." Kata-kata aku sarat dengan sindiran padu. Akira menjulingkan mata sebelum menarik tangan kanan aku dan dihadiahkan satu kucupan di belakang tangan aku.
"Assalamualaikum." Ucap dia dengan nada gembira. Aku jawab perlahan.
"Lamanya. Buat apa je?" Aku bertanya sambil menyorot pandangan ke wajah kepenatan tapi bahagia tiga wanita di depan aku.
"Shopping, makan, shopping, makan, wayang, karaoke, makan, shopping, balik." Jawab mereka serentak. Aku menjungkit satu kening, memandang kagum mereka sambil memeluk tubuh.
"Berapa lama ambil masa hafal dialog tu?" Bukan main synchronize jawapan. Ingat aku bodoh ke? "All the way back home." Balas Akira tanpa rasa bersalah. Aku menggeleng kepala. Nasib badan dapat isteri nakal spesies tak makan saman.
"Mana shopping bags?" Aku pelik tengok tangan mereka kosong. Akira, Fyn dan Erika saling berpandangan.
"Awak boleh tolong angkatkan?" Akira memeluk lengan aku, cuba memasang umpan. Aku memandangnya dengan ekor mata sebelum menuduh, "Ni mesti borong satu kedai ni." Akira menepuk lengan aku, menafi tuduhan aku tu.
"Mana ada, awak ni kan, tak baik tau. Sayang, since awak yang bagi kredit kad kat saya, awak tak boleh marah tau tengok barang-barang saya beli." Akira bisik manja.
Aku mengecilkan mata, memandang dia penuh curiga sebelum ikut mereka ke but kereta. Terjojol mata aku tengok puluhan beg shopping memenuhi but kereta.
"Are these all yours?" Suara aku melonjak naik beberapa oktaf. Akira menutup mulut aku sambil memandang kawasan kejiranan.
"Awak ni! Kan dah janji tak nak marah? Mestilah bukan SEMUA saya punya. Agak-agaklah awak ni. Mangkuk dua orang ni pun ada nafsu shopping juga." Akira menunding jari ke arah dua lagi penjenayah. Fyn dan Erika tayang riak serba-salah.
"Tapi majoriti dia punya Hadi." Erika menjuihkan bibir ke arah isteri aku.
"What did you buy?" Aku membelek isi dalam beg-beg kertas dan plastik yang aku dapat capai. Sneakers, jeans, dress, tudung, makanan, alat-alat solek (bukan dia bersolek pun), tuala, cadar, alas meja—
"Awak nak pindah rumah ke apa ni?" Aku berkerut tengok dia yang cuba kawal riak wajah.
"Can you stop dripping your words with sarcasm?" Marah dia sambil mencekak pinggang. Aih dia yang salah aku pula yang dimarahnya. "What's all this, wife?" Aku cuba melembutkan nada suara aku, wallahi aku cuba tapi aku masih tak berjaya.
"Saya beli tu semua untuk umi dengan mama. Mama pernah cakap alas meja rumah kita cantik. Saya nampak tu saya teringat kat mama. Tu beli tu. Sayang, perlu ke saya bagi sebab kenapa beli setiap barang-barang ni? Seriously?" Riak wajah bosan dipakainya.
Aku mengerling Fyn dan Erika yang dah berdiri canggung tengok drama laki-bini aku dan Akira sebelum melepaskan satu keluhan berat.
"Fine. Whatever la. Janji awak happy." Aku melepaskan hela panjang sebelum mengangkut beg-beg tu masuk ke dalam rumah.
"I am happy." Akira mengikut aku dari belakang. Aku biarkan pinggir bibir aku mengoyak senyum mewah bila aku terdengar Erika berkata perlahan,
"God, you've him wrapped around your thumb."
~*~
"Dah?"
Aku menyandar pada jenang pintu tandas. Akira yang sedang duduk memeluk betis atas lantai menggeleng kepala. Matanya setia tertancap timer pada skrin telefon di tangan. "Lagi 30 saat." Balas dia. Aku terangguk-angguk.
Arahan kata tunggu lima minit tapi aku rasa macam dah berjam-jam tunggu. Okay, 30 saat. Aku mengira dalam hati. Cecah saja saat yang ke 30, aku pandang dia dengan penuh debaran. Ketika itu juga timer telefon dia berbunyi.
"It's time." Beritahu aku.
Akira gigit bibir bawah sampai aku rasa lagi sesaat kalau aku biarkan, mahu terkerat dua bibir munggil dia. Aku mencangkung di hadapan Akira sebelum menarik bibir bawah dia dengan ibu jari, melepaskan serangan dia ke atas bibir dia sendiri.
"Awak nak saya check?" Aku menawar diri. Aku boleh dengar debaran dada dia menghempas kasar rusuk. Akira angguk laju.
"Please sayang. I can't do it."
"I know. I'll do it. But you have to stop biting your lips. Okay love?" Aku meluruskan jari telunjuk ke bibir dia, memberi amaran. Akira mengangguk dan cuba memaksa segaris senyuman kelat.
Aku balas senyuman dia sebelum bangun dan mencapai pregnancy stick test di atas sinki. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum memberanikan diri melihat bilangan jalur yang muncul pada batang stick tu.
"So?" Akira bertanya perlahan.
Aku masih merenung lama jalur pada batang stick tu. "Positive ke negative?" Suara Akira bergetar tanya. Aku menelan air liur sebelum memusingkan badan, menghadap dia. "Positive berapa line?" Aku bertanya lambat-lambat.
"Dua." Jawab Akira laju. Aku terdiam lagi.
"Dua line ke sayang?" Akira memandang aku dengan sepasang mata hitam yang berkilau dengan harapan melangit. Aku tak terus jawab sebaliknya aku hulurkan stick tu kepada dia. Serta-merta kepalanya menggeleng laju.
"No, you have to tell me." Dia menekup wajah dengan kedua telapak tangan.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Dia tahu... Aku nampak perasaan hiba yang merobek hati dia, sebab aku pun rasa. Jadi bila bahu dia terhenjut-henjut, aku tahu aku kena kuat, aku kena pinjamkan kekuatan aku walaupun aku sendiri patah seribu. Dia perlukan aku, isteri aku perlukan aku.
Aku mencangkung di hadapan Akira sebelum memaksa dia dongak. Air mata berderai di pipi dia. Bibir dia terketar-ketar, mata dia merah, sarat dengan kekecewaan. Perlahan-lahan aku seka air mata dia sebelum aku tarik dia ke dada aku.
"We'll try again and again and again sampai positive, insha Allah. Practice makes perfect kan. We're gonna have so much fun practicing, okay love?" Aku cuba berjenaka. Aku perlu tengok senyuman menghiasi wajah lembut isteri aku. Bila bibir dia mengukir segaris senyuman nipis, aku hela nafas lega.
Insha Allah.
A/U notes:
For those who are still trying, don't give up. Keep trying.
Don't underestimate the power of 'insha Allah'.
Insha Allah, vote ✌
Insha Allah, komen.
Insha Allah, I can publish my books!
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...