HADI 4

204 8 0
                                    

Aku membalas senyuman pelajar-pelajar yang lalu-lalang, tunduk hormat dan memberi salam kepada aku. Sambil memegang perut aku yang dah berkompang, aku mempercepatkan langkah ke arah kafeteria fakulti.

"Macam biasa Hadi?" Tanya mak cik kafeteria yang sampai hari ni aku tak tahu namanya.

"Macam biasa la mak cik." Angguk aku sambil mengeluarkan sekeping not hijau lima ringgit.

"Nasi lemak nak telur kerbau ke rebus?" Tanya mak cik kafe. "Kobau." Balas aku pendek.

"Morning Hadi." Sapa Diyana, rakan sekerja aku, muncul di sebelah sambil meletakkan pinggan berisi mee goreng di atas meja kaunter.

"Morning D." Aku memaksa segaris senyuman nipis. Aku mengeluarkan satu lagi keping not lima ringgit. "Kopi-o dengan nasi lemak." Mak cik kafe menghulurkan minuman dan nasi lemak kepada aku.

"You minum apa?" Aku menoleh, mahu memandang Diyana di sebelah, namun mata aku terpandang satu wajah yang menjadi penyebab tidur aku tak lena di malam hari. Serta-merta tumpuan aku terpaku padanya.

"Hadi?" Diyana memegang lengan aku. Aku berkelip beberapa kali, tersedar dari minda separa sedar.

"Ha?" Aku menjungkit kening.

"You okay tak?" Diyana bertanya bimbang.

"Okay okay. Ni mak cik, kira dengan D punya sekali." Pinta aku sambil menghulurkan dua keping not lima ringgit kepada mak cik kafe.

"Oh susah-susah je. Thanks Hadi. So hari ni you ada kelas sampai petang?" Tanya Diyana mesra, cuba ajak berborak. Mata galaknya membelek wajah aku lama.

Aku mengangguk sekali. "Macam biasa." Mak cik kafe memberi aku wang baki.

"Terima kasih mak cik. D, I gerak dulu." Aku memandang Diyana sekilas sebelum terus bergerak menuju ke sebuah meja yang diduduki seorang gadis.

~*~

"Masih tak jumpa spark lagi?" Soal aku sambil duduk setentang dengannya.

Pinggan berisi nasi lemak dan gelas kopi-o aku letak atas meja. Akira memandang aku dengan sepasang mata hitam yang terbuntang luas.

"H-Hadi!" Bibirnya juga terbuka luas, seluas mata hitamnya. Dia ingat nama aku. Perlahan-lahan aku biarkan senyuman terbentuk di wajah.

"Dah breakfast? Nak apa? Nasi lemak ke roti canai?" Aku sudah mengangkat tangan memberi isyarat kepada mak cik kafe—nasi lemak satu. Langsung aku tak beri peluang untuk dia tolak pelawaan aku.

"A-Apa awak buat kat sini?" Akira masih tak berkelip memandang aku.

"Tukar tayar basikal." Balas aku pendek. Riak terkejut yang masih melekat di wajahnya berganda.

"What?" Dia bertanya hairan. Mata aku mendarat pada buku tebal Molecular Biology di atas meja di sebelah begnya.

"Awak student Bio?" Aku memandang wajah masih terkejut Akira. Dia mengangguk lambat-lambat.

"Awak student sini juga ke?" Dia bertanya perlahan, separuh berbisik. Suaranya seperti angin, sempit dan tersekat di kerongkong.

"Nah minum. Kasi lega sikit tekak." Aku meletakkan gelas kopi-o dekat dengannya. Akira memandang aku pelik. Matanya hitamnya masih membulat besar merenung aku.

"Stop freaking out. I'm not a stalker. I'm just as surprised as you are. Tak sangka kita jumpa kat sini. Kuat betul jodoh kita kan?" Aku dapat baca apa yang bermain di fikiran dia. Akira mengunci pandangannya untuk beberapa detik sebelum perlahan-lahan sorotan pandangannya mulai lembut.

"Awak busking kat sini juga ke? Mana gitar? Saya ingatkan fakulti tak bagi buskers perform sini." Akira tersenyum kepada mak cik kafe yang sedang meletakkan pinggan berisi nasi lemak di hadapannya.

Aku hanya ketawa kecil. Kadang-kala, budak-budak muzik, budak-budak band akan pelawa aku busking sekali. Nak dapat markah lebih katanya bila ada aku jadi lead guitarist. Busking di tepi jalan, di kafe, di bus stop dan di pondok pengawal.

"Gitar ada dalam kereta. So Akira, any sparks with the males population yet?" Aku menyuap nasi lemak ke dalam mulut. Akira menarik senyum hambar.

"No." Balasnya kedengaran penat.

"Not even with me?" Aku mencuba nasib. Aku tahu dia serabut. Wajahnya saja dah cukup beritahu satu dunia betapa kusutnya fikirannya ketika ini. Tapi perasaan nak tahu membuak-buak dalam dada aku.

Akira aku lihat menelan air liur. "With you?" Soal dia seperti dipukau.

Aku angguk sekali. "Yeah. Any sparks with me?" Aku renung wajah gadis itu. Pipinya semakin merah dek ketajaman renungan mata aku. Aku tahan diri dari tersenyum puas.

"Saya...uh—" Akira mengurut pelipis sambil memejam mata. Aku tergelak kecil.

"What?" Gadis itu buka mata sejurus dengar tawa kecil aku.

"Nothing. It's okay if you can't answer me now. Anyway, umi awak paksa awak buat semua ni?" Aku bertanya, cuba kedengaran sekasual mungkin.

Akira menyelak rambutnya ke belakang telinga. "Nak kata paksa, taklah paksa. Tapi dia yang set up group kat social media untuk cari jodoh. For me. Urgh. Nak tak nak saya terpaksalah layankan saja kehendak dia. Umi punya mandat, jangan bawa main weh." Cerita Akira sambil memeluk lengan.

"And you're okay with it?" Aku memandangnya, mahu lihat reaksi gadis itu.

"Do I look like I'm okay with it?" Soalnya semula dengan wajah jengkel. Aku menjungkit bahu.

"You tell me. Awak interviewed 30 orang. Nampak macam okay." Balas aku sengaja memprovok.

"Macam saya cakap tadi, mandat seorang mak." Akira menghirup kopi-o. Kopi-o aku. Aku tersenyum penuh makna. Rasa senang terasa memenuhi dada aku.

"Oh shoot!" Akira berubah tak keruan. Telefon, botol air dan buku Molecular Biology diambil dan disumbat ke dalam beg. Bila begnya tak boleh dizip, buku setebal 3 inci itu dikeluarkan dan dikepit ke celah lengan.

"Late for kelas?" Aku cuba meneka walaupun sebenarnya aku tahu jawapannya. Akira berhenti kalut dan matanya terpaku lama pada nasi lemak yang tak berusik. Riak bersalah mula terlukis di wajah dia.

"Don't worry, I'll take care of it." Aku mengangguk, sekali lagi dapat membaca riak wajahnya. Gadis ni betul open book. Aku boleh baca dia sekelip mata.

Akira mengeluh lega. "Sorry sangat Hadi. Anyway, see you again, tak tahulah bila tu tapi...tapi.. insha Allah.. esok lusa... tulat..." Akira menggaru kepala. Wajahnya semakin panik.

"Akira. Pergi masuk kelas cepat sebelum lecturer awak penggal kepala awak." Aku menggerakkan kepala ke pintu kafe, menyuruhnya pergi cepat dan tak perlu risau tentang cuba menjaga hati dan perasaan aku.

Akira menghadiahkan aku satu senyuman penuh penghargaan sebelum berlari anak keluar dari kafe. Sebelum dia menutup pintu, gadis itu menggerakkan bibir, mengucapkan terima kasih.

"You're welcome." Aku mengangkat tangan kanan, melambai. Gelas berisi kopi-o aku bawa ke bibir, ke bahagian tercalit bekas lip balm

A/U notes:

I truly enjoyed writing scene Hadi drunk from Akira's cup betul kat bekas calit bibir dia. 

Got the inspiration from sirah our beloved prophet pbuh. He loved drinking from the same cup from his wife, Aishah ra, exactly where her lips had been, while staring at her. 

Awwww such a tease our prophet pbuh, wasn't he? 

VOTE if you love the scene too. Tak suka pun vote jugaklahhh he

KITATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang