AKIRA 19

283 1 0
                                    

Aku mengerutkan dahi bila terasa bahang cahaya matahari membakar retina mata aku yang terlindung di balik kelopak mata. Aku tolehkan wajah ke kiri, ke arah kawasan Hadi di katil, menjauhi sinar mentari pagi. Selalunya seperti ada heater di sebelah aku. Hadi ni macam matahari, tapi pagi ni terasa dingin pula.

Perlahan-lahan aku panjangkan tangan aku dan meraba kawasan tempat tidur Hadi. Aku separuh menjangka dapat merasa kehangatan dada dia di bawah telapak tangan aku tapi jangkaan aku meleset bila kulit aku menyentuh kelembutan cadar tilam.

Eh mana dia pergi?

Segar terus mata aku. Sebelah aku kosong. Mana Hadi? Mata aku tertancap pada sekuntum bunga ros merah di atas bantal dia dan di bawah bunga ada sekeping kertas post-it note sebesar tapak tangan warna hijau pisang. Aku tarik kertas itu dan baca.

"Your smile is the only sunshine I need... and a nice cup of strong black coffee.

Please, a cuppa for me. Morning my love"

Serta-merta bibir aku tertarik hingga ke pinggir dan tawa kecil berlagu dari mulut aku. Dah bernikah baru aku tahu Hadi ni sejenis lidah bermadah luar dalam rupanya.

Aku tenung lama surat cinta dari Hadi sebelum letakkannya di dalam laci table lamp di sebelah katil. Dalam laci tu saja ada lebih sepuluh post-it note yang bertinta bait romantik daripada Hadi. Bunga ros tu pula aku ambil dan aku letak dalam gelas berisi air di atas laci.

Strong black coffee, hmmm..

Aku terus bangun dari katil, tegangkan cadar dan susun bantal-bantal di tempatnya sebelum keluar dari bilik menuju ke dapur.

Aku tak minum kopi tapi tu tak bermakna aku tak tahu nak buat satu. Dah lebih dua minggu usia pernikahan aku dengan Hadi, dalam dalam masa dua minggu ni, aku belajar serba-sedikit tentang dia.

Hadi suka teh-o dan teh, tipikal anak British tapi waktu pagi dia perlukan kopi-o untuk mulakan hari. Dia tak makan makanan yang diproses dan dia sangat tak suka makan sayur yang bukan warna hijau terutama sekali taugeh. Dia alergik betul dengan taugeh. Aku pula hantu taugeh. Lagi besar taugeh tu lagi aku suka.

Rutin dia?

Pagi-pagi lepas Subuh berjemaah dia akan jogging, dan aku? Menikmati kelembutan bantal dan tilam. Ya, suami aku obses dengan senaman dan bersukan.

Kali pertama dia jog masa di Perhentian, dia paksa aku ikut sekali, bermatian aku tolak. Dia kena faham yang aku ni sangat benci aktiviti melibatkan larian dan berjalan kaki. Dia berkeras ajak aku dan sayang punya pasal, aku akur. Hampir satu jam kemudian, berjela-jela sumpah seranah aku palu kat dia.

Bukan setakat jog, dia heret aku jungle trekking sekali kat pulau yang treknya naik turun naik turun. Semput-semput aku dibuatnya. Dia, Naufal, Hamzah dan Tom sakan robek alam sambil meredah trek mencabar.

Aku dan Hidayah pula tertinggal di belakang sambil mulut kami tak henti mencemuh mereka. Malam tu tak putus-putus aku minta maaf sebab dah label dia dengan macam-macam nama haiwan.

Aku kerling jam yang tergantung di dinding. Selalunya pukul 8.30 pagi dia balik dari jogging. Aku tenggek air dan mula sediakan bahan nak masak sarapan pagi. Buat roti telur, omelette dan baked beans. Kegemaran Hadi. Tunas rasa dia mengalahkan mat saleh. Dah memang berdarah mat saleh.

"Smells good." Tegur satu suara.

Melompat aku sejurus dengar suara mama di telinga. Aku toleh ke kiri. Mama tersengih tengok aku yang dah pucat biru.

"Did I scare you, darling?" Soal mama dengan nada tak bersalah. Aku perhati mama Hadi besar kecil besar kecil. Masuk air betul mak mertua aku ni.

Pulang dari Perhentian, aku ikut Hadi pindah ke rumahnya. Mama dan adik-beradiknya ikut sekali. Beberapa minggu keluarga Hadi duduk bersama kami, aku rasa macam seumur hidup aku dah kenal mereka.

KITAWhere stories live. Discover now