HADI 7

191 3 0
                                    

Aku mengeliat besar. Bahu aku yang terasa sengal aku urut-urut. Lebih 3 jam aku menghadap komputer, membina slides powerpoint dan membina soalan-soalan peperiksaan untuk pelajar-pelajar undergraduate dan postgraduate.

Cakap pasal pelajar postgraduate... Aku menekan butang keyboard dan sign in ke dalam email. Beribu email dalam Inbox.

Jenuhnya nak hadap. Majoriti daripada pelajar-pelajar tahun akhir yang sedang menyiapkan tesis, pelajar yang minta slides, nota, latihan, bertanya carry marks, bertanya soalan apa keluar exam, bila pop quiz, bertanya itu dan ini.

Ah malas aku nak melayan. Aku skrol ke bawah mencari satu nama. Ke bawah, bawah, bawah.... Ha, jumpa pun!

Nur Akira Huriya. Hui sedap nama.

Aku terus klik dan buka email yang dihantar pelajar aku yang seorang ni. Siang tadi aku hantar email kepada semua pelajar-pelajar postgraduate aku, mengingatkan mereka supaya emailkan assignment bertaip yang aku paksa mereka siapkan.

Assignment yang bernilai 25 markah. Aku mahukan soft copy dan juga hard copy. Aku download assignment yang dia hantar dan membukanya. Aku membaca sekali imbas sambil tangan aku mencapai kopi-o di tepi laptop. Perlahan-lahan aku hirup.

Hm boleh tahan. Jawapan Akira bukan jawapan Mr. Google. Lenggok penjelasannya terhasil daripada berjam-jam memerah neuron dalam kepala supaya memancarkan elektrik dengan lebih pantas, menghubungkan lebih banyak sel-sel saraf.

Aku menarik senyum bangga. Dia fokus dalam kelas. Walaupun dia tengah berang dengan aku, dia masih beri tumpuan. Aku menutup assignment dia dan sign out dari email.

Aku tersandar pada kerusi sebelum menghabiskan kopi-o yang masih berbaki hingga ke titisan yang terakhir. Ya Allah, aku perlu mandi. Aku perlu segarkan urat-urat yang bersimpul di bawah kulit.

Krukk.

Dan makan. Ya, aku perlu makan juga.

Baru saja aku nak tutup laptop, tiba-tiba Web Whatsapp aku berbunyi. Aku kembali duduk menghadap laptop.

Ir_Chanel: Hellooooo doc!

Aku tersenyum. Arij! Lama tak dengar khabar budak bertuah ni.

A.HaD: Helo budak wangi. Assalamualaikum 👋

Aku cuba mengingati perkataan Jepun yang dia pernah ajar aku dulu. Maksudnya, lama tak jumpa. Apa dia? Hisaburi? Hashiburi? Aku menaip apa yang ada dalam kepala. Taram saja la.

A.HaD: Hisashiburi

Ir_Chanel: Wahhh. Anata no nihon-go wa ii desu ne! 👍

Ah sudah. Dia dah mula karang bahasa Jepun dia. Aku menghentak huruf-huruf pada butang papan kekunci.

A.HaD: No idea wtf you just said

Ir_Chanel: Language doc 🚫

Ir_Chanel: I said your Jap is good 👍👍👍

Ir_Chanel: How's class? Busy sangat ke sampai takda masa nak chat dengan I

Aku menarik senyum nipis. Arij cukup tak suka bila aku mencarut. Asal aku bagi bom-F, berkajang nasihat dia akan bebelkan. Agak ajaib kali ini dia sekadar menegur satu ayat dan kemudian menukar topik.

A.HaD: Ok

Ir_Chanel: Ok je? C'mon doc, give me some sugar 💋 💋💋

Aku ketawa besar. Arij gila-gila orangnya. Kali pertama jumpa dia dulu, aku tak berkedip tengok muka dia. Cantik. Sangat cantik. Muka kacukan, ala macam pelakon Fathia tu. Memang cantik. Dan sebagai seorang lelaki Melayu sejati, aku tak melepaskan peluang menabur ayat manis pada dia, nak menghubungkan silaturrahim la katakan. Sekali bila dah berkenalan, hm, masuk air rupanya.

A.HaD: I can't. Nanti you diabetik

Ir_Chanel: 😒 😒 😒

A.HaD: Hahaha. How are you? Still 🏊 in the river of perfume?

Ir_Chanel: Ofkos. Tiap-tiap hari I 🏊 dalam Coco by Chanel kot

A.HaD: Kaya takpa. Funding berjuta kan

Ir_Chanel: Nak ke? Nanti I pos sebotol dua kat you

A.HaD: Eh tak payah. Yang you bagi dulu pun tak habis lagi

Botol hitam-kelabu Burberry Brit di atas meja aku kerling sekilas. Banyak lagi. Tak terluak pun. Ada nak bagi lagi sebotol dua. Nak aku berhenti kerja lepas tu jual minyak wangi ke apa dia ni?

A.HaD: You macam mana kat sana? Ok?

Ir-Chanel: I ok je. Makin sihat 💃

Aku ketawa lagi. Seingat aku, Arij tak gemuk tak kurus. Cantik je potongan badan dia. Curvy. Mungkin sekarang dah semakin berisi. Aku cuba membayangkan Arij berisi. Hm tetap cantik dan menggetarkan dada.

A.HaD: Bila nak kahwin? I tak sabar nak makan nasi minyak onigiri 🍙

Ir_Chanel: I tunggu you minang I la 👰

Ir_Chanel: Bila nak masuk meminang ni? 💍 Berjanggut I tunggu

Aku menggeleng kepala baca ayat Arij. Nakal tak sudah. Asal chat dengan aku je tanya benda yang sama, bila aku nak masuk meminang dia? Aku masuk meminang betul-betul nanti baru tau langit tu tinggi ke rendah!

A.HaD: Tak nak I kena kejar dengan cowok mata sepet you kat sana

Ir_Chanel: I mana ada cowok kat sini. I tunggu you ni haa. Cepatlah masuk meminang

Aku menjungkit kening. Dia ingat masuk meminang ni macam pos surat ke? Pergi pejabat pos, tampal setem, hantar surat. Esok lusa dah sampai. Dahlah kau tu kat bahagian paling timur bumi.

A.HaD: Mental la you

Ir_Chanel: Doc, lagi hujung tahun I balik Malaysia. Sila countdown

A.HaD: For good?

Ir_Chanel: You rasa?

A.HaD: I rasa dah masanya you rasa azab kejatuhan ringgit kita

A.HaD: Asyik jimba dengan yen je. Meh rasa jimba dengan ringgit pulak

Ir_Chanel: I screenshot ayat you ni lepas tu send kat govt baru you tau

A.HaD: Freedom of speech what

Ir_Chanel: More like freedom of typing-whatever-comes-into-your-booty-head

Aku ketawa lagi. Ada saja perkataan canggih si Arij ni guna. Aku baru nak menekan butang keyboard bila bahu kiri aku terasa seperti terjerut. Serta-merta tangan aku mengurut bahu kiri. Petanda aku kena berhenti hadap laptop. Aku pantas menaip minta undur diri sebelum log out. Cawan kopi-o aku angkat dan bawa ke dapur.

God, I'm knackered.

A/U notes:

I studied Japanese for about 1 year camtu. So legit jugaklah Japanese dalam ni. I also got some help from my bff's sis who studied in Japan. 

Anyone speak Japanese too?

Nihongo hanashimasuka
Kore story wa suki desuka. Ii desuka. 

Vote & Komen ya. Arigatou gozaimasu.

KITATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang