AKIRA 21

223 2 0
                                    

Sekali saja masa diberhentikan dan matahari dikakukan—yakni khas untuk Nabi Yusha (as) kerana tika itu, dia sedang memerangi kaum Jababirah yang mendiami Jerusalem. Peperangan yang tercetus terlalu genting dan matahari merangkak hampir berbaring ditenggelami bumi.

Masa tu, peperangan tidak dibolehkan selepas matahari terbenam, jadi Nabi Yusha (as) tala jarinya ke matahari dan berkata, 'Kau terima perintah dan aku juga terima perintah dari Allah. Ya Allah, hentikan matahari.' Dan matahari berhenti mengorbit dengan izin Allah taala sehingga Yusha ibn Nun (as) berjaya tewaskan kaum Jababirah.*

Itulah sekali matahari berhenti dan masa ternoktah dan sekarang, ketika ni, aku sangat sangat sangat berharap matahari kembali mengulang sejarah. Hanya untuk satu jam, supaya aku dapat siapkan tugasan Sir McGrumpy yang sangat grumpy hari ni.

Gara-gara nak pujuk dia malam tadi, aku yang binasa. Dia bangun pagi bahagialah muka dapat qada' tiga hari lepas rindu. Aku bangun pukul tiga pagi, sengal-sengal badan, dah macam kena hambun dengan ribut Katerina rasa. Aku menguap buat kali ke berapa ratus.

"Kau tak siap lagi assignment laki kau?" Tegur Fyn sebaik saja duduk setentang dengan aku di kafe Mad's Lab. Aku sekadar berdengus kasar. Hidup sebagai seorang pelajar sarjana bukan mudah. Tugasan yang diberi pensyarah bukan sebarangan. Semua mirip jurnal dan artikel. Tak boleh aci main pakai buat saja. Bukan aku tak nak siapkan, dah malam tadi aku dan dia melepas rindu, takkan aku nak menidakkan hak suami aku?

Pukul tiga pagi aku bangun, mandi, dan paksa diri aku bersengkang mata cuba siapkan kerja diberinya sampai pukul lima pagi. Satu jam kemudian, aku kerah diri bangun Subuh dan selepas Subuh aku ingat nak print tugasan yang dah siap, sekali bila aku buka laptop nak semak, aku perasan yang aku terlupa untuk save apa yang aku sediakan pagi tadi.

Meleleh air mata aku. Berjam-jam aku hadap buat benda ni, hilang macam tu je. Lagi menambah nasib malang aku bila perut aku memulas-mulas, tekak aku loya. Lebih lima kali trip ke tandas, muntah dan buang air besar. Sudahnya ke laut tugasan aku. Hadi pula sudah gerak awal-awal pagi kerana ada mesyuarat dengan dekan fakulti, Prof. Linora.

Dalam sakit perut mual-mual, aku gagahkan juga diri bonceng motor skuter. Nasib baik pagi ni aku tak ada kelas. Hanya satu kelas saja yakni kelas Hadi. Jadi aku ambil kesempatan gunakan tempoh masa yang ada untuk cuba siapkan kerja terbengkalai yang diamanahkan dia.

"Dia memang tak bagi muka langsung kat kau kan?" Perhati Fyn sambil mengutarakan komen dia. Aku angguk sekali. Memang Hadi sedikit pun tak bagi muka kat aku. 

Dalam kelas, dia cikgu dan aku anak murid. Tak ada istilah laki-bini dalam kelas dia. Walaupun aku geram Hadi suka menyusahkan hidup pelajar dia, tapi satu benda aku kagum ialah dia tak lebih atau rendahkan seseorang. Semua orang dilayan sama, semua kena hadap kezaliman dia, semua ketawa dengan lawak sarkas dia.

"Weh mak mertua kau masih ada kat rumah kau?" Tanya Fyn selepas memesan air jus oren. Aku angguk sekali. Mata aku masih melekat pada skrin laptop dan jari aku pantas menghentak huruf-huruf pada keyboard

"Bila dia nak balik sana?" Fyn meneruskan pertanyaan dia. "Next month." Balas aku pendek. Sekejap je hampir sebulan mama dan adik-beradik Hadi duduk dengan kami. Bulan depan mereka akan kembali ke UK. Cepat betul masa berlalu.

"Lama juga dia duduk dengan korang. Tak ganggu privacy kau dengan Hadi ke?" Fyn menjentik laptop aku beberapa kali. Aku mengeluh berat. "Fyn, kau nampak tak aku tengah serabut gila ni?" Rungut aku geram. Fyn tampal riak tak bersalah. 

"Aku kisah apa. Nak jumpa kau sekarang dahlah susah. Dengan Hadi la, kelas la, study la. Ni bila jumpa member busy nak mati pulak." Bentak Fyn berapi. Berkerut-kerut kening dia marah pada aku.

KITAWhere stories live. Discover now