Hari ni, seharian suntuk aku dan Erika menemani Fyn ke pameran pengantin yang diadakan besar-besaran di Mid Valley Megamall. Fyn dan tunang dia, Jon, merancang untuk melangsungkan pernikahan mereka hujung tahun ni.
Selesai teguk air untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, aku dan dua kawan baik aku mengisi perut di sebuah restoran makanan Korea, Dubuyo.
"Aku tak sure nak pilih ni ke ni." Ujar Fyn menunjuk pada dua brochure pereka busana pengantin di atas meja sementara menunggu makanan sampai.
Aku mengerling brochure di atas meja sambil jari aku laju menghantar mesej pada suami aku bertanya juadah berbukanya.
Erika menekan jari telunjuknya pada brochure yang mempamer busana-busana ala Disney princess.
"Aku suka ni." Kata dia.
"Kau?" Fyn pandang aku pula.
"Kau tahu aku suka macam mana kan?" Aku menayang wajah bosan.
"Taste kau dengan aku sama." Angguk Fyn sambil mengambil brochure yang tak dipilih Erika.
"Kentot. Baik tak payah tanya." Erika mencebik tak puas hati dengan pilihan Fyn.
"Aku tak tanya pun kau suka mana." Fyn balas sinis sambil menayang gigi dan gusi sekali.
Erika baru nak membidas bila makanan sampai berasap-asap. Mata kami bertiga melekat pada setiap dulang yang diletak atas meja.
Daging bulgogi untuk Fyn, bibimbap untuk Erika dan sundubu-jjigae untuk aku. Tanpa buang masa, kami bertiga terus menikmati makanan kami tanpa sepatah bunyi.
Tiga puluh minit kemudian, aku, Fyn dan Erika menyandar pada dinding kaca sambil memerhati orang ramai yang lalu lalang di ruang promosi di bawah.
"Kau gerak pergi London bila?" Tanya Erika sambil menyuap gellato ke dalam mulutnya.
"Isnin ni." Jawab aku pendek.
Seperti yang dijanjikan Hadi, tahun ni kami akan menyambut syawal bersama keluarganya di England. Umi dan ayah tak sabar nak ke London buat pertama kalinya.
Naufal awal-awal dah pau Hadi duit nak beli baju sejuk. Kepala dia. Kat sana musim panas, jadahnya baju sejuk. Kakak pun akan ikut beraya di sana dengan teman lelaki separuh Korea, separuh Melayu dia, Daniel Kim.
Hadi cakap Hidayah tak beritahu anak-anak dia yang kita sekeluarga akan beraya bersama mereka. Mesti terkejut sakan dua anak beruang tu. Aku dapat bayangkan jeritan gembira Henry dan Harriet saat melihat aku dan Hadi. Ah rindunya dengan dua budak tembam tu.
"Weh, kau dengar tak?" Fyn menyiku rusuk aku.
Aku menyiku dia semula. "Apa dia?" Soal aku dengan dahi berkerut.
"Tu laki kau call tu." Fyn menjuihkan bibir ke arah beg silang aku yang terkepit antara aku dan dia.
Aku cepat-cepat keluarkan telefon. Bibir aku menarik sengih meleret bila nama 'My Penguin' terpampang di skrin. Fyn dan Erika dan tayang riak loya.
Aku swipe butang hijau dan memberi salam. "Dah berbuka dah?" Tanya suara dalam kegemaran aku.
"Dah. Awak?" Aku menyoal semula.
"Dah. Bila nak balik?" Hadi bertanya lagi. Wajah kerut Hadi terbayang di kepala aku.
"Kejap lagi. Kitaorang kat Mid lagi." Balas aku sambil melirik pada Fyn dan Erika di kiri dan kanan aku.
"Jangan lambat sangat, sayang. Dah malam ni." Pesan suami aku masih mengekalkan suara dalam dia. Aku mengangguk lagi.
"Nak gerak dah ni. Awak nak apa-apa tak?" Aku bertanya sebelum menamatkan perbualan.
YOU ARE READING
KITA
Roman d'amourTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...