Tiga jam aku dalam makmal mengasingkan serangga dan segala macam binatang dalam larutan alkohol mengikut morfologi (bentuk luaran) mereka dengan penuh ketekunan.
Kebanyakan serangga yang terperangkap dalam perangkap Malaise datang dari order Hymenoptera dan Diptera. Serabut kepala aku nak mengagihkan satu-satu.
Hampir terlepas vial di tangan bila pinggang aku terasa dipeluk seseorang. Aku menoleh dan serta-merta degupan jantung aku kembali normal bila melihat Hadi di sebelah. Tangan dia yang erat membelit pinggang aku biarkan. Nasib baik aku buat kerja dalam makmal dia. Jarang makmal dia diserbu pelajar (kerana takutkan dia). Jadi aku tak risau sangat bila Hadi tayang PDA di sini.
"Still tak habis sorting?" Soal dia sambil membelek carta serangga yang aku coretkan pada buku log dengan sebelah tangan.
"Belum. Banyak dapat Hymenoptera dengan Diptera tapi nak asingkan diaorang ikut family sakit kepala oi." Rungut aku sambil memerhatikan morfologi serangga di bawah mikroskop. Hadi menolak aku ke tepi sambil melepaskan pinggang aku. Serangga di bawah mikroskop ditelitinya.
"Ni Forcipomyiinae bawah order Diptera." Beritahu dia datar tak sampai lima saat selepas dia menelek serangga di bawah mikroskop. Aku tak berkelip tengok dia.
"Hei makcik, dengar tak?" Hadi menjentik dahi aku. Aku menepis tangan dia.
"Mana awak tahu ni Forcipomyiinae?" Aku menyoal tak puas hati dengan kecekapan dia mengenalpasti subfamili agas.
"Tengok antena dia, sayang. Kan beza dengan sub-family lain." Hadi melukis antena agas spesies Forcipomyiinae dan agas spesies lain pada buku log aku. Aku terangguk-angguk sambil tersenyum meleret dengar tunjuk ajar dia.
Antara benda paling aku suka tentang Hadi ialah passion dia mengajar. Walaupun dia kejam dalam kelas tapi bila dia mengajar, dia mengajar sepenuh hati dan perasaan. Dia akan pastikan pelajar-pelajar dia betul-betul faham. Sifat itulah yang buat aku terus mahu berada dalam kelas dia dan sanggup hadap segala bentuk kekejaman yang dia pratikkan.
"Kenapa senyum-senyum ni? Mengelamun he?" Tanya dia sangsi. Pen yang dipegangnya digunakan untuk mengetuk kepala aku. Tak sampai lima minit dia dalam makmal ni, dah berapa kali dia ketuk aku. Cari pasal tau Sir McGrumpy ni. Aku menjeling sebelum menongkat dagu sambil menyorot pandangan ke wajah dia.
"What?" Dia menggerakkan dagu berjambang dia ke arah aku, bertanya.
"Art Borkent reply email saya." Beritahu aku, sedaya upaya menahan diri dari menjerit teruja. Hadi menarik senyuman mengejek. Dia tahu badan aku sedang bergelut dengan fikiran matang aku untuk melompat-lompat kegembiraan.
"Did he now? Dia cakap apa?" Tanya dia sambil meraih kembali pinggang aku. Mikroskop ditolak tepi.
"Dia cakap 'Feel free to ask anything. You're Ms. Hadi afterall.' Awak ada email dia before kita kahwin kan? Confident je saya nak kahwin dengan awakkan?" Aku meluruskan jari ke muka dia sambil mengecilkan mata.
Art Borkent beritahu yang Hadi ada email dia beberapa bulan dulu. Dia email saintis Kanada tu sebelum aku dan dia nikah dan dia dengan yakinnya cakap aku isteri dia. Confident level melangit tinggi. Hadi ketawa lagi.
"I always get what I want." Dia menjungkit bahu selamba. Aku menjulingkan mata. "Nasib baik saya betul nikah dengan awak. Kalau tak, buat malu member je." Bebel aku sebelum menyambung kerja mengasingkan serangga.
"Awak dah makan?" Tanya Hadi sambil membelek serangga halus yang aku perap dalam larutan alkohol di dalam vial.
"Belum. Lapar gila. Jom makan sayang." Aku mengajak tanpa mengalihkan mata aku dari mikroskop.
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...