Dekat satu jam aku berdiskusi dengan pelajar-pelajar tahun akhir yang menjalankan kajian di bawah pengawasan aku. Progress kajian mereka, data collection mereka, semua aku titikberatkan habis-habisan.
Aku memang sejenis particular dan cerewet, sebab tu kebanyakan pelajar mati hidup balik tak mahu aku jadi penyelia mereka. Hanya yang jiwa kental hati besi saja berani ketuk pintu pejabat aku dan tekad nakkan aku jadi penyelia projek mereka.
Untung pelajar-pelajar seliaan aku semua tahu berdiri atas kaki sendiri. Independent. Tak perlu aku nak mengeja satu per satu apa patut buat. Semua di celah kuku masing-masing. Bukan spesies spoon fed. Aku hanya perlu pantau dan betulkan mana silap dan tambah mana yang kurang.
"I nak you buat lagi 150 sampel. Tak cukup ni. Tak significant result you nanti." Nasihat aku pada Siti Nur, pelajar tahun akhir Biomedikal. Siti Nur terangguk-angguk sambil mencatat butiran yang keluar dari bibir aku tanpa banyak bunyi.
"So anything else?" Tanya aku. Wajah Siti Nur, Liam dan Preeti (orang Pakistan. Cantik, secantik namanya) aku pandang bergilir. Preeti melunjur pen biru yang dipegangnya ke atas.
"Yes Preeti?" Aku menjungkit kening.
"Sir, do you mind if we use your lab on weekends?" Soal dia lembut, penuh sopan santun.
Aku diam untuk 30 saat. Makmal yang aku tatang bagai minyak yang penuh. Semua orang tahu betapa berharganya makmal molekular itu bagi aku dan pelajar Pakistan ni berani minta izin untuk guna di luar waktu kelas.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Masa mereka suntuk dan aku menyuruh mereka kumpul sebanyak mungkin data. Akhirnya aku melepaskan hela nafas panjang.
"No later than 5 pm. And if one piece of the wall's paint is missing, you three are done. Are we clear?" Keras suara aku bergema dalam segenap bilik.
Mereka bertiga angguk serentak. "Thank you Sir. We promise we'll take care of the lab." Janji Preeti diiringi anggukan daripada Siti Nur dan Liam di kiri dan kanannya.
"Good. Now off you go." Aku mengerling ke arah pintu bilik aku. Mereka bangun dan mengucapkan terima kasih sekali lagi sebelum keluar.
Aku mengeliat besar sambil memandang jam yang membelit pergelangan tangan kiri aku. Pukul 4 petang. Padanlah terasa layu semacam.
Aku terus bangkit, telefon di atas meja aku capai dan selitkan ke dalam poket seluar sebelum aku menuju ke kafe fakulti. Aku perlukan refreshment dan aku perlu jumpa dia untuk beritahu tentang hal tu. Secepat mungkin.
Sejurus tiba di kafe, mata aku terus melekat pada seorang gadis berambut kerinting diikat low, lose twisted bun yang sedang terpacak di depan stall mamat jual waffle. Panjang umur. Terus kaki aku melangkah ke arahnya.
"Chocolate dengan strawberry ya bang." Suaranya lembut memesan.
"Buat dua bang." Tambah aku sejurus berada di sebelahnya. Berlipat leher dia berpusing mendongak memandang aku.
"Had- Sir!" Dia sempat membetulkan keterlanjuan lidahnya. Aku membiarkan senyuman sinis terbentuk di bibir.
"Baru habis kelas?" Aku bertanya datar. Mata aku mencuri pandang rambutnya yang terjuntai keluar dari ikatan dan jatuh menutupi telinga, pelipis dan sebahagian pipinya.
Dia mengangguk. "Sir tak ada kelas ke?" Tanya dia kedengaran canggung. Mata dia sesekali memandang cemas brader jual waffle. Muka tak ada nak kalut lagi. Gaya macam boleh masuk lokap je berbual dengan aku.
"I baru jumpa student FYP I. Berapa bang?" Aku mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit dan menghulurkan pada brader waffle tu.
"Sekali dengan dia punya." Tambah aku lagi sambil melirik pada Akira di sebelah.
YOU ARE READING
KITA
RomanceTak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon ya...